Tips Pindah Rumah

5 Tempat Untuk Cari Kotak Pindah Rumah

By 21/11/2021Februari 17th, 2022No Comments

Kotak adalah penting bagi tujuan mengemas barang untuk pindah ke rumah baharu. Jumlah kotak yang diperlukan adalah bergantung kepada kapasiti barangan yang anda mahu pindahkan. Jika anda mempunyai barang yang banyak, makan banyaklah kotak yang anda perlukan.

Jadi bagaimana untuk dapatkan kotak untuk pindah rumah? Sebab tidak semua orang akan simpan kotak terpakai seperti kotak televisyen, kotak ketuhar dan barangan elektrik. Penyimpanan kotak terpakai di rumah akan mengambil ruang yang banyak. Tapi apabila hendak pindah rumah, pening pula nak cari kotak đŸ˜…

Di artikel kali ini, kami kongsikan 5 tempat yang anda boleh dapatkan kotak untuk pindah rumah:

1. Pasaraya Besar / ‘Hypermarket’ 

Jika anda kerap membeli barang keperluan harian di pasaraya besar seperti Giant, Tesco atau pun Econsave, mesti anda akan perasan lori menurunkan barangan di loading bay. Anda boleh dapatkan kotak secara percuma di bahagian loading bay dengan hanya meminta kebenaran daripada pekerja yang bertugas.

2. Pasaraya Kecil / ‘Supermarket’ 

Sekiranya ada pasaraya kecil atau kedai runcit di kawasan rumah, anda boleh mencuba nasib dengan meminta dan nyatakan tujuan – iaitu pindah rumah. Takut tuan kedai tak bagi sebab ingat anda nak jual semula kotak itu pula đŸ˜…

3. Stesen Minyak 

Stesyen minyak adalah antara tempat yang mudah bagi mendapatkan kotak kosong. Saiz kotak yang anda dapat mungkin agak sedikit kecil seperti kotak air mineral dan kotak makanan. Saiz ini sesuai untuk simpan buku atau bingkai gambar.

4. Platform e-dagang 

Zaman sekarang ramai yang memilih untuk membeli apa sahaja barang keperluan diatas talian atau e-commerce. Lebih mudah dan tidak perlu keluar dari rumah. Sekiranya anda masih mencari kotak untuk pindah rumah, anda juga boleh beli kotak terpakai daripada Shopee atau Lazada!

5. TheLorry 

Akhir sekali, jika anda mementingkan saiz dan kualiti kotak yang akan digunakan. Anda boleh beli kotak di TheLorry dengan add-on service dan pilih saiz dan kuantiti kotak yang anda mahukan sebelum checkout di laman web kami. Senang kan?

Sharing is caring