Tip PindahTips Pindah Rumah

29 Tips Pindah Rumah Tanpa Stress

By 24/07/2025November 19th, 2026No Comments
Gambar utama 29 tips pindah rumah tanpa stres
Pindah rumah memang mencabar, tetapi dengan perancangan yang betul, korang boleh elakkan tekanan yang tidak perlu. Dalam artikel ini, kami kongsikan 29 tips pindah rumah tanpa stress yang mudah diikuti untuk bantu korang kekal tenang dan teratur. Jadi, jom mula sekarang!
Orang mengangkat sofa kelabu, dengan grafik merah 29 Tips Pindah Rumah Tanpa Stress

Tips Pindah Rumah Tanpa Stress

oleh TheLorry pada 24 Julai 2025.

Memindah rumah adalah satu proses yang melecehkan! Fahmi kongsikan pengalamannya dalam Kenapa Fahmi Pilih TheLorry untuk Pindah Barang Rumah. Elakkan daripada mencabut rambut kerana stress dengan 29 tips pindah rumah berguna ini. Dengan merancang awal dan ikuti 29 tips pindah rumah tanpa stress seperti melabel kotak, bungkus barang mudah pecah, dan susun mengikut bilik, proses jadi lebih tersusun. 

1. Pastikan tiada komitmen pada hari perpindahan.

Halaman kalendar bertindih dengan tarikh hujung minggu dalam warna merah

Source: Shutterstock

Sebelum itu, mari kita lihat apa yang perlu dirancang lebih awal. Susah juga kalau pada saat terakhir baru anda teringat tentang temu janji atau komitemen yang dibuat 2 minggu lepas. Pastikan anda betul-betul lapang pada hari tersebut. Sebaiknya, pilihlah hari minggu atau cuti umum. Oleh itu, sebelum tandatangani sebarang kontrak pindah, pastikan anda benar-benar kosong pada hari tersebut.

2. Buat Senarai Semak (‘Checklist’)

Senarai semak pada buku nota dengan dua kotak bertanda dan pen biru

Source: Shutterstock

Tuliskan kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa hari perpindahan. Ini memastikan anda membuat kerja secara tersusun dan sistematik.

3. Hantar notis kepada tuan rumah

Tangan memasukkan sampul surat ke dalam peti surat putih

Source: Shutterstock

Sekiranya anda menyewa, jangan lupa hantar notis kepada tuan rumah mengikut terma dan syarat yang dipersetujui kedua belah pihak. Tambahan pula, kemaskini alamat dengan TNB, syarikat utiliti, bank, dan insurans penting supaya tiada gangguan servis.

4. Hubungi pihak bank, syarikat utiliti (TNB, SYABAS), Astro, insurans, dll untuk kemas kini alamat.

Logo Tenaga Nasional, CIMB Bank, Astro dan Air Selangor

Penting untuk meneruskan komunikasi anda dengan syarikat-syarikat di atas.

5. Jangan lupa langsaikan kesemua bil

Kalkulator, cermin mata dan longgokan bil dalam hitam putih

Source: Shutterstock

Bil telefon, bil Astro, bil TNB dan lain-lain seeloknya dibayar sebelum perpindahan.

6. Pastikan ada air, elektrik dan gas di rumah baru

Papan suis elektrik dengan pemutar skru merah dan wayar berwarna

Source: Shutterstock

Sebagai contoh, tiada air dan elektrik di rumah baru boleh melengahkan proses unpacking. Susah pula nak buat kerja di rumah baru tanpa air dan elektrik, kan? Seterusnya, kaji terus beberapa syarikat lori untuk dapat harga dan saiz terbaik.

7. Kaji dan cari syarikat lori untuk tujuan perpindahan yang sesuai.

Lori kotak putih diparkir di tepi jalan

Dapatkan sekurang-kurangnya 5 sebut harga daripada syarikat lori yang berbeza untuk memahami harga pasaran bagi servis sewa lori (atau dapatkan 5 sebut harga dalam masa 30 saat). Pastikan juga anda berbincang dengan pengusaha lori tersebut tentang saiz lori yang diperlukan serta terma dan syarat yang dikenakan.

Baca lagi : Sewa Lori Lebih Menguntungkan Semasa Pindah Rumah

8. Pastikan lori ada kebenaran masuk di tempat pengambilan dan penghantaran, terutamanya di kondominium yang ada pengurusan.

Menara kondominium tinggi pada waktu senja dengan kawasan lanskap

Source: property.malaysiamostwanted.com

Ini amat penting kerana sekiranya tiada kebenaran, lori tidak dapat masuk ke dalam kawasan rumah. Anda mungkin akan dikenakan caj perjalanan kedua pada hari berlainan atau caj menyimpan barang oleh syarikat lori (yang boleh mencecah sehingga empat angka semalam).

9. Jual barang lama dan gunakan duit untuk bayar sewa lori

Longgokan pakaian dan barang lama di atas lantai

Source: Shutterstock

Kalau ada perabot-perabot yang lama yang tidak dipakai, lebih baik jual kepada kawan-kawan ataupun di Mudah.my. Duit itu boleh digunakan untuk membayar syarikat lori untuk tujuan perpindahan.

10. Rancang susunan perabot di rumah baru

Pelan lantai rumah dengan susunan perabot di setiap bilik

Source: cdecablog.com

Orang putih cakap ‘Failing to plan is planning to fail’. Pastikan anda tahu susunan dan kedudukan setiap perabot yang hendak dipindahkan ke rumah baru.

11. Nyahfros (‘Defrost’) peti sejuk sehari sebelum perpindahan dan lap apa-apa cecair

Titisan hujan pada tingkap dengan latar luar yang kabur

Source: Shutterstock

Ini untuk mengelakkan lantai anda basah di rumah baru anda.

12. Sediakan “Barang-Barang Hari Pertama”

Kotak kadbod berlabel Barang-Barang Hari Pertama untuk hari pindah

Anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak-kotak pada hari pertama. Seeloknya anda menyediakan “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain. Pastikan barang-barang anda dibungkus secara efisien.

13. Beli kotak dan pita pelekat

Kotak kadbod terbuka dengan gunting, pita kuning dan bungkus gelembung

Source: Shutterstock

Boleh juga minta daripada kedai-kedai runcit sekiranya mereka ada kotak-kotak yang tidak digunakan untuk tujuan membungkus barang anda. Inilah 3 tempat untuk mencari kotak secara percuma.

14. Beli pembalut plastik

Gulungan plastik stretch wrap lutsinar berdiri tegak

Source: Shutterstock

Elak barang anda daripada kotor atau tercalar.

15. Mula dengan bilik yang jarang digunakan seperti stor

Stor penuh dengan kotak, tong dan barang tersusun bertingkat

Source: longislandnyhomeowner.com

Yang senang dibuat dahulu.

16. Jangan mengenang barang-barang lama

Buku nota terbuka dengan dua gambar polaroid dan pen

Source: Shutterstock

Memang lumrah dan naluri manusia untuk mengenang barang-barang lama apabila mengemas. Untuk memastikan proses perpindahan lancar, kenanglah barang-barang anda di rumah baru. Walau bagaimanapun, jangan terlalu dikenang—balik terus fokuskan diri pada barang baru.

17. Balut benda mudah pecah dengan baju.

Bekas kaca dibalut dengan kain gelap untuk dilindungi

Source: makezine.com

18. Label kotak dengan nama dan gunakan kod warna.

Kotak kadbod tertutup dengan stiker anak panah ke atas

Source: marthastewart.com

Ini menyenangkan pekerja syarikat lori anda memunggah barang ke tempat yang sepatutnya.

Baca juga : Tips Memilih Kotak Untuk Pindah Guna Lori Sewa

19. Susun pinggan menegak di dalam kotak

Kotak kadbod terbuka berisi kertas bungkus dan barang

Source: apartmenttherapy.com

Ini mengurangkan peluang pinggan tersebut pecah waktu perpindahan.

20. Cara mudah untuk mengemas pakaian anda!

Pakaian tergantung dalam beg plastik lutsinar semasa pindah rumah

Source: Pinterest

Senang, bukan?

21. Balut laci-laci almari dengan pembalut plastik

Longgokan laci storan plastik lutsinar untuk menyusun barang kecil

Source: Pinterest

Tip ini mencepatkan proses mengemas dan membungkus.

22. Gunakan ‘sandwich bag’ untuk barangan kecil seperti skru dan paku

Beg skru dilabel Kitchen Table dan Hallway Bench dengan pen merah

Source: Pinterest

Kalau hilang, habislah.

23. Ambil gambar barangan elektronik anda

Longgokan menara komputer desktop dengan wayar tersambung

Source: dayton-wright.com

Satu hal la pula nak ingat kedudukan asal wayar dan kabel di belakang komputer dan TV.

24. Gunakan beg tarik untuk barang berat seperti buku

Beg pakaian terbuka berisi buku dan buku nota

Source: independenttravelcats.com

25. Guna cadar lama untuk elak tilam kotor

Sarung tilam beige sedang dileraikan daripada tilam busa putih

Source: rpodnation.com

26. Untuk kotak-kotak, susun barang berat di bawah dan barang ringan di atas

Kotak terbuka berisi barang dibungkus putih dan kertas perang

27. Asingkan barang berharga

Tangan memegang jongkong emas dengan jongkong lain di latar

Seperti laptop, barang kemas, jongkong emas dan harta karun. Sebaliknya, simpan botol rempah di dalam periuk untuk elak pecah dan jimat ruang.

28. Simpan botol rempah dan perasa di dalam periuk

Periuk perlahan berisi botol dan peket rempah seperti thyme dan bay leaves

Source: Pinterest

Jimat ruang dengan tip ini!

29. Gunakan plastik untuk elak botol-botol tumpah

Botol tandas dan tisu di atas kaunter, satu botol dibungkus plastik

Source: Pinterest

29 Tips Pindah Rumah Tanpa Stress Yang Ramai Orang Terlepas Pandang

Walaupun ramai dah biasa dengan proses pindah rumah, masih ramai yang tak tahu beberapa tips pindah rumah tanpa stress yang sebenarnya boleh jimatkan masa dan tenaga. Dalam bahagian ni, kami kongsikan tips tambahan supaya korang lebih bersedia.

Soalan Lazim Tentang Pindah Rumah Tanpa Stress

Apa tips pindah rumah tanpa stress yang paling penting?

Rancang awal, pastikan tiada komitmen pada hari pindah, dan buat senarai semak. Label kotak, bungkus barang mudah pecah, dan susun mengikut bilik supaya proses lebih teratur dan kurang tekanan.

Bila patut pilih tarikh pindah?

Pastikan anda benar-benar lapang pada hari tersebut. Sebaiknya pilih hari minggu atau cuti umum, dan pastikan tiada temu janji sebelum anda mengesahkan tarikh pindah.

Macam mana nak bungkus barang supaya lebih selamat dan teratur?

Balut benda mudah pecah dengan baju, susun pinggan menegak di dalam kotak, label kotak dengan nama dan kod warna, susun barang berat di bawah dan barang ringan di atas, dan asingkan barang berharga seperti laptop dan barang kemas.

Sharing is caring