Mahu membeli-belah di IKEA tetapi kereta anda tidak muat untuk membawa pulang perabot? Jangan risau, TheLorry sedia membantu. Kami menawarkan penghantaran pada hari yang sama dari IKEA Cheras dan IKEA Damansara, tertakluk pada waktu tutup tempahan dan ketersediaan. Anda hanya perlu tekan beberapa butang, dan kami akan uruskannya untuk anda. Servis pemasangan perabot tidak ditawarkan.
Cara Ia Berfungsi
Membeli-belah di IKEA
Beli apa yang anda perlukan di IKEA Cheras atau IKEA Damansara
Masukkan Butiran Penghantaran
Masukkan butiran penghantaran seperti nombor resit IKEA, masa dan lokasi pengambilan, serta alamat penghantaran.
Pilih Jenis Kenderaan
Pilih jenis kenderaan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda juga boleh menambah tenaga kerja tambahan (dikenakan caj tambahan) untuk memuat dan menghantar ke unit anda.
Pengambilan Barang Anda
Pasukan kami akan mengambil semua barang yang anda beli mengikut resit IKEA anda.
Penghantaran Barang
Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu penghantaran tiba di depan pintu anda. Servis pemasangan perabot tidak ditawarkan.
