Jadikan Lori Sewa On-Demand Lebih Mudah Untuk Anda

Sama ada anda menghantar barang peribadi atau menguruskan penghantaran untuk perniagaan, kami sedia membantu. Dengan Lori Sewa TheLorry, tempahan penghantaran adalah pantas, fleksibel dan hanya beberapa klik sahaja.
Mudah berhubung dengan pemandu profesional melalui platform kami pada kadar tetap — tiada caj tersembunyi, tiada kejutan. Daripada bungkusan kecil hingga barang pukal, kami hantar dengan teliti dan cekap.

Tempah sekarang

Servis Khas Untuk Ketenangan Minda Anda

Kami menawarkan servis khas untuk menjadikan perpindahan anda lebih mudah, selamat dan lancar.

Muat dan Turun Barang

Tenaga kerja kami akan membantu memuat dan menurunkan barang anda seperti perabot utuh dan peralatan rumah dengan selamat semasa proses pindah.

Buka dan Pasang Semula Perabot

Membuka perabot mungkin kerja yang menyusahkan. Biar kami uruskannya untuk anda. Pasukan kami yang cekap sedia membantu.

Pembungkusan Kotak

Tenaga kerja kami akan memasukkan barang rapuh atau longgar ke dalam kotak dengan betul supaya ia tiba di rumah baharu anda dengan selamat.

Pembalutan

Tenaga kerja kami akan membalut perabot dan barang anda dengan gelembung udara (bubble wrap) untuk melindungi daripada kerosakan atau calar semasa proses pindah. 

Perlindungan Insurans

Dapatkan perlindungan insurans untuk ketenangan minda anda semasa pindah.

Tolakan Jarak Jauh

Tenaga kerja akan membantu menolak barang anda sejauh 50 meter hingga 100 meter dari kawasan muat/turun.

Angkut Tangga

Tenaga kerja akan mengangkut barang kecil hingga pukal menggunakan tangga apabila lif tidak boleh digunakan.

Jenis Kenderaan Yang Ditawarkan

Kami menawarkan pelbagai jenis kenderaan, daripada pikap 4×4 hingga lori 5 tan. Pilih jenis kenderaan mengikut keperluan anda.

Lori Saiz S (Lori 1 Tan – 10 kaki)

Berat maksimum: 1 tan (1,000 kg)
Saiz kargo maksimum (kaki): 10’ x 5’ x 5’
Sesuai untuk pindah bilik/apartmen.

Anggaran muatan:

  • Katil queen + tilam (x1)
  • Mesin basuh (x1)
  • Peti sejuk 1 pintu (x1)
  • Meja makan 6 tempat duduk –dibuka (x1)
  • Almari pakaian (x1)
  • Kabinet (x1)
  • Sofa 3 tempat duduk (x1)

Lori Saiz M (Lori 3 Tan – 14 kaki)

Berat maksimum: 3 tan (3,000 kg)
Saiz kargo maksimum (kaki): 14’ x 7’ x 7.5’
Sesuai untuk pindah rumah atau pejabat bermuatan sederhana

Anggaran muatan:

  • Katil king + tilam (x1)
  • Mesin basuh (x1)
  • Peti sejuk 2 pintu (x1)
  • Meja makan 6 tempat duduk (x1)
  • Almari pakaian (x1)
  • Kabinet (x1)
  • Sofa 3+2 tempat duduk (x1)

Lori Saiz L (Lori 5 Tan – 17 kaki)

Berat maksimum: 5 tan (5,000 kg)
Saiz kargo maksimum (kaki): 17’ x 7.2’ x 7’
Sesuai untuk pindah rumah atau pejabat bermuatan berat

Anggaran muatan:

  • Katil king + tilam (x2)
  • Mesin basuh (x1)
  • Peti sejuk 2 pintu (x1)
  • Meja makan 6 tempat duduk (x1)
  • Almari pakaian (x2)
  • Kabinet (x1)
  • Sofa 3+2 tempat duduk (x1)

Pikap 4x4

Berat maksimum: 500 kg
Saiz kargo maksimum (kaki): 4’ x 3’ x 3.5’
Sesuai untuk memindahkan perabot ringan atau kotak

  • HANYA satu daripada barang ini muat bagi setiap kenderaan

Anggaran muatan:

  • Mesin basuh (x1)
  • Kabinet kecil (x1)
  • Peti sejuk 1 pintu (x1)
  • Meja makan 4 tempat duduk -dibuka (x1)
  • Sofa 1 tempat duduk (x1)

Van

Berat maksimum: 500 kg
Saiz kargo maksimum (kaki): 8’ x 4’ x 3.5’
Sesuai untuk memindahkan perabot ringan atau kotak

Anggaran muatan:

  • Katil bujang + tilam – dibuka (x1)
  • Peti sejuk 1 pintu (x1)
  • Mesin basuh (x1)

Lihat servis lain