Asia Tengara

Platform Logistik

TheLorry adalah sebuah platform tempahan lori sewa yang mudah dan cepat. Kami menyediakan pelbagai jenis kenderaan dari muatan kecil sehingga ke lori 5 tan, khidmat pindah rumah profesional, pelupusan perabot, pindah pejabat dan solusi logistik kepada perniagaan.

Objectives

Menjadi platform logistik yang dipercayai dan peneraju pasaran di Asia Tenggara​.

Menjadi penghubung antara pengguna dan rakan-pemandu dengan menyediakan sebuah platform yang progresif​.

TheLorry adalah penghubung antara rakan-pemandu dan pengguna dengan teknologi yang terkini, berbeza dari cara tradisonal untuk memberikan solusi logistik yang terbaik dan efisien.

Kemudahan buat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)

TheLorry for Business membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dalam meningkatkan rantaian bekalan dengan menawarkan servis logistik yang dipercayai dan profesional.​

Tempah, jejak dan uruskan penghantaran logistik dengan mudah dan telus denga hanya beberapa klik di TheLorry for Business.​

‘Key Account Solutions’ untuk Perniagaan

Perkhidmatan kami telah digunakan oleh pelbagai syarikat multinasional terkemuka termasuk syarikat Fortune 500 bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mengoptimumkan kos. ​

Fokus kami adalah pengedaran produk FMCG/pakaian, line haul atau long haul trucking dan penghantaran perniagaan berskala besar untuk e-dagang. ​

Rangkaian rakan pemandu yang luas membolehkan kami memenuhi pelbagai jenis kehendak logistik perniagaan – sama ada 100 trak atau pun 10,000 trak, servis penghantaran on-demand atau berjadual.​

Pindah Rumah Dengan Harga Yang Berpatutan

Solusi teknologi TheLorry membolehkan pengguna pindah rumah dengan mudah, harga yang berpatutan dengan khidmat professional di rangkaian TheLorry.

Kami menawarkan servis lori sewa, pembungkusan, buka dan pasang perabot dan perlindungan insurans bagi pindah rumah.​

Cuba servis kami dengan membuat tempahan di laman web atau aplikasi kami.

Pemerkasaan Rakan-Pemandu

Rakan pemandu kami adalah nadi utama TheLorry.

Kami percaya dengan mewujudkan ekosistem produk, servis dan fasiliti percuma dapat memperkasakan kerjaya pemandu lori dan trak.​

Matlamat kami adalah untuk meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan memberi akses kepada pembiayaan & insurans kepada rakan-pemandu kami.​

Nilai Utama

Nilai utama merupakan kompas yang membimbing budaya, kerja, tindakan, dan keputusan kami​.

Hormat

Kami mementingkan nilai hormat. Kami memberikan layanan yang penuh sopan. Nilai ini dicerminkan sama ada di dalam syarikat atau kepada pelanggan kami.​

Percaya

Untuk mendapatkan kepercayaan harus ada rasa hormat terlebih dahulu. Sebagai sebuah platform – kepercayaan adalah sangat penting untuk mendapatkan keyakinan pihak berkepentingan.​

Mudah

Kami mempermudahkan urusan untuk perniagaan, kakitangan, penggguna dan rakan-pemandu.​

Teknologi

Sebagai syarikat teknologi, kami memanfaatkan teknologi untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna kami​.

Keusahawanan

Kami bukan hanya mengambil risiko dengan harapan mendapatkan pulangan tinggi, kami juga membuat setiap keputusan dengan teliti.

Kisah Perjalanan

Bagaimana kami bermula

2014

Kami bermula pada 7 September 2014 dengan satu matlamat yang jelas iaitu memberi nilai tambah kepada industri lori sewa yang tradisional dengan memperkenalkan platform digital tempahan yang mudah kepada pengguna .

2015

Kami berjaya meraih pendanaan sebanyak US$ 150,000 daripada KK Fund, dan mengembangkan pasukan kami kepada 10 orang.

2016

Kami berjaya meraih pendanaan sebesar US$1.5 Juta daripada SPH Ventures dan Elixir Capital, mengembangkan operasi ke Singapura, bertambah pasukan ke 30 orang, menguatkan servis pindah rumah dan mengembangkan ke sektor perniagaan.

2017

Menerima sejumlah amaun daripada pelabur dan keluarga dan mengembangkan pasukan ke 50 orang .

2018

Menerima dana daripada Unilever daripada pelaburan strategik dan berjaya mengembangkan operasi ke Thailand dan Indonesia. Berjaya memenangi kontrak daripada syarikat multinasional untuk pengedaran FMCG dan penghantaran barangan bersaiz besar e-dagang .

2019

Meraih dana sebesar US$5.85 Juta daripada First Floor Capital dan PNB-Inspire,CSV,ADIF dan SPH Ventures. Berjaya mengembangkan pasukan kepada lebih 100 orang dan memperkenalkan solusi logistik kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) .

Pelabur

Tanpa sokongan mereka, kami tidak akan berada di sini. Terima kasih kepada para pelabur yang mempercayai kami.​