Tips Pindah Rumah

8 Tip Pindah Rumah Baharu Bersama Si Comel

By 10/04/2021Disember 10th, 2021No Comments

Kucing dikenali oleh sifat teritorial dan suka menghabiskan masa dalam persekitaran mereka sendiri. Apabila kucing dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain, mereka akan jadi kurang senang. Erti kata lain, sukar untuk menyesuaikan diri di tempat baharu. Apa yang anda boleh lakukan adalah pastikan proses pindah rumah tidak menganggu ketenteraman kucing kesayangan anda.

Disini kami kongsikan 8 tip pindah rumah bersama kucing:

1. Letakkan kucing anda di tempat yang selamat  

Sediakan keperluan kucing anda di tempatnya dan pastikan kucing tidak keluar ketika home mover mengangkat barang ke dalam lori.

2. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pastikan anda menutup rapat pintu dan tingkap bilik anda. Ini bagi menjamin keselamatan kucing dan kucing tidak melompat keluar ketakutan dan meganggu kerja-kerja home mover

3. Pastikan kucing anda selesa sepanjang dalam perjalanan

Letakkan kucing anda dalam carrier yang sesuai dan letakkan di tempat duduk belakang. Jangan buka pintu carrier kucing ketika anda sedang memandu. Jika anda perlu memandu dalam jarak yang jauh, anda dinasihatkan supaya “puasakan” kucing beberapa jam sebelum memulakan perjalanan.

 

 

4. Masukkan perabot ke bilik utama terlebih dahulu

Apabila tiba sahaja lori di rumah baharu anda, pastikan home mover meletakkan perabot di bilik utama dahulu dan anda boleh letakkan kucing bersama barang keperluannya di bilik utama atau di mana-mana tempat yang dirasakan selamat dalam rumah.

 

 

5. Tour rumah baharu bersama kucing

Persekitaran baharu boleh membuatkan kucing anda takut. Jadi, apa kata anda cuba bawa kucing melihat persekitaran rumah untuk mewujudkan rasa selesa di rumah baharu.

6. Kekalkan rutin

Jangan tukar rutin harian kucing dengan tergesa-gesa di tempat baharu. Bawa kucing berjalan di taman yang berdekatan atau biarkan mereka dalam rumah sahaja.

7. Pastikan tempat selamat dan cat-friendly

Pastikan rumah baharu anda tiada benda atau haiwan yang berbahaya yang boleh mengancam keselamatan kucing anda seperti sarang lebah atau rumput racun. Periksa persekitaran rumah sebelum anda berpindah bersama kucing anda

8. Berikan snek kegemaran kucing anda

Setelah melalui hari yang memenatkan dan mood yang tidak menentu, berikan snek kegemaran kepada kucing anda sebagai reward

Untuk pengalaman pindah rumah yang terbaik buat anda dan juga si comel, gunakan perkhidmatan TheLorry 😉

 Tempah sekarang

 

 

 

Sharing is caring