Tips Pindah RumahUncategorized

5 Tip Pilih Lori Sewa Yang Sesuai

By 13/12/2021Februari 11th, 2022No Comments

Tidak seperti dahulu, lori sewa kini mudah didapati. Malah, pelbagai perkhidmatan juga ditawarkan oleh syarikat lori sewa seperti pindah rumah, pindah pejabat dan juga penghantaran barang secara pukal.

Akan tetapi tidak semua orang mempunyai pengalaman menempah lori sewa. Ini termasuklah untuk menganggarkan saiz lori sewa yang sesuai. Jika anda tersalah pilih saiz atau jenis lori, anda terpaksa membayar caj tambahan atau risiko barang melebihi muatan lori yang disewa.

Untuk blog kali ini, kami ingin berkongsi 5 tip mudah untuk pilih lori sewa yang sesuai.

1. Kenal pasti keperluan

Anda perlu mengetahui tujuan lori disewa sama ada untuk pindah rumah, pindah pejabat atau penghantaran barang. Setiap keperluan memerlukan saiz dan jenis lori yang berbeza. Sebelum tempah lori sewa, sebaiknya anda senaraikan dan ukur saiz barang atau perabot yang akan dimuatkan dalam lori sewa nanti.

2. Pilih saiz lori sewa yang bersesuaian

a) 1 tan

Sesuai untuk pindah bilik atau apartmen studio

b) 3 tan

Sesuai untuk pindah rumah dan pejabat yang mempunyai muatan sederhana

c) 5 tan

Sesuai untuk pindah rumah dan pejabat yang mempunyai muatan yang besar

3. Pilih jenis lori yang betul

Lori sewa mempunyai dua jenis iaitu yang berkanvas atau box. Jenis lori sewa ini akan menentukan fleksibiliti saiz muatan. Saiz lori sewa yang mepunyai ruangan box agak terhad manakala ruangan yang menggunakan kanvas pula agak flesibel kerana ia menggunakan kain kanvas sebagai penutup ruangan lori.

4. Berurusan dengan syarikat lori sewa yang dipercayai

Semak latar belakang syarikat dan baca komen atau pengalaman pelanggan mereka. Kemudian, baru anda buat keputusan untuk menggunakan servis mereka ataupun tidak.

5. Bincang dengan pemandu lori sewa

Apabila tempahan lori sewa telah dibuat, anda sebaiknya berurusan dengan pemandu lori sewa. Berikan senarai barang atau perabot yang perlu dipindahkan supaya kejadian seperti lori tidak muat boleh dielakkan.

Jika anda sedang mencari lori sewa untuk kegunaan peribadi mahupun perniagaan, anda boleh menempah di http://thelorry.com. Pihak kami akan membantu anda daripada proses tempahan hinggalah pemindahan selesai.