Promosi

Pindah Sekarang, Bayar Kemudian: Cara Bayar Ansuran Dengan Hoolah

By 12/11/2021Ogos 16th, 2022No Comments

Kami telah berkolaborasi bersama hoolah bagi memberikan anda pilihan cara pembayaran yang lebih fleksibel, mudah dan telus. Anda kini boleh membuat pembayaran dengan menggunakan Hoolah di aplikasi atau laman web TheLorry.

Dengan hoolah, bil pembayaran anda kini boleh dibahagikan kepada 3 ansuran bulan tanpa faedah. 

Berikut adalah panduan mudah untuk cara pembayaran dengan menggunakan hoolah:-

Langkah 1 – Tempah perkhidmatan pindah rumah TheLorry

Isikan maklumat yang diperlukan dan tempah perkhidmatan kami seperti biasa.

Langkah 2 – Buat pembayaran

Di halaman pembayaran, klik hoolah sebagai cara pembayaran. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman hoolah bagi mengesahkan tempahan anda.

Langkah 3- Isikan maklumat yang diperlukan

Untuk pengguna baru hoolah, isikan maklumat untuk mencipta akaun bersama hoolah. Proses ini sangat cepat dan mudah.

Jika anda sudah mempunyai akaun dengan hoolah, anda hanya perlu log masuk dan terus ke proses pembayaran. Selepas tempahan berjaya, pembayaran untuk bulan pertama akan ditolak daripada kad anda secara automatik tanpa sebarang faedah atau caj tersembunyi.

Kami faham kos pindah rumah yang tinggi boleh menjadi satu beban jika dibayar sekali gus. Oleh itu, dengan pilihan pembayaran seperti hoolah akan membantu anda membayar kos pindah rumah secara ansuran – pindah rumah kini menjadi lebih berpatutan!

Pindah ke rumah baharu dengan TheLorry dan nikmati pilihan ansuran bulanan tanpa faedah.

 

Sharing is caring