Home & living

Apa kaitan hartanah dengan ‘traffic jam’ yang teruk di Malaysia? – Saufi Karim

By 07/01/2015October 4th, 2021No Comments

Banyak teori-teori di dalam memilih lokasi yang sangat baik untuk mencari rumah atau hartanah yang menguntungkan. Namun saya selalu mengenengahkan 3 lokasi umum selalu dikaitkan dengan membeli rumah dan pelaburan. Ini sangat penting kerana walaupun kita hendak membeli rumah untuk duduk dan bukan untuk pelaburan tetapi kita mahu mendapat keuntungan setelah 5 atau 10 tahun kita duduk.

3 lokasi panas untuk melabur dan membeli hartanah untuk jangka masa panjang adalah:

#1 Lokasi rumah berdekatan dengan susur keluar lebuh raya

Oleh kerana Negara Malaysia yang tercinta terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang teruk, jadi jika rumah anda berdekatan dengan susur keluar lebuhraya ianya memudahkan anda untuk keluar pergi kerja tanpa perlu fikir tentang kesesakan dan juga lampu isyarat yang melambatkan perjalanan anda.

#2 Kawasan sesak dengan pusat beli belah lokasi yang baik

Memang tidak dapat dinafikan yang lokasi pusat membeli belah memang banyak membantu pembeli rumah yang mahu menyewakan rumah mereka.

Kebanyakan penyewa seperti pelajar university dan kolej mereka suka menyewa jika rumah berdekatan dengan pusat beli belah. Para pekerja yang datang dari luar bandar juga suka dengan lokasi sebegini.

#3 Lokasi berdekatan dengan pusat bandar

Lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar menjadi pilihan dek kerana banyak pekerjaan di pusat bandar. Jadi permintaan untuk tinggal di kawasan yang hampir dengan bandar-bandar besar sangat tinggi. Sebagai contoh, lokasi seperti Seri Kembangan dan juga Subang Jaya mahupun Sg Buloh mendapat permintaan yang tinggi kerana masih lagi mudah dan dekat ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Apa pula kaitannya dengan lokasi yang sesak dengan hartanah?

Jika dilihat 3 lokasi penting yang saya kongsikan, lokasi lokasi tersebut merupakan lokasi yang sangat padat dan tinggi permintaan pada masa kini. Jika anda hendak pindah ke KL, anda perlu tahu 3 perkara yang penting.

Jadi memang tidak dapat tidak, kawasan yang mengalami kesesakan mempunyai potensi yang tinggi untuk rumah pelaburan anda mudah disewa dan mudah untuk di jual.

Sebagai contoh, rakan saya membeli rumah di kawasan Gombak, dan kawasan ini sangatlah dekat dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur seperti KLCC dan kawasan tumpuan utama perniagaan.

Oleh itu, walaupun beliau telah membelinya 3 tahun dahulu dan mempunyai masalah kewangan untuk membuat bayaran ansuran bulanan, beliau akhirnya berjaya menjual hartanah beliau dan mendapat keuntungan 2 kali ganda.

Kesesakan lalu lintas berkait rapat dengan permintaan yang tinggi di sesebuah lokasi. Namun, tidaklah susah sangat untuk mencari lori sewa di KL untuk memindah barang-barang. Kesimpulannya, kebanyakan pelabur hartanah suka akan kawasan atau lokasi yang sesak ini kerana mereka dengan mudah dapat menyewakan dan menjual rumah mereka dengan keuntungan berganda.

Artikel asal: http://proprtyes.com/apa-kaitan-hartanah-dengan-traffic-jam-yang-teruk-di-malaysia/


Saufi Karim merupakan pengulas dan pelabur hartanah di Malaysia. Menghasilkan dua buah ebuku iaitu 7 kesalahan ketika hendak beli rumah untuk pembeli baru dan juga e-book Pelaburan Hartanah Tanpa Modal yang kini telah dibukukan.

Sharing is caring