Info

Senarai Perkhidmatan Yang Naik 8% dan Yang Dikecualikan Cukai SST Bermula Mac 2024

By 12/03/2024No Comments

Pada bulan Mac 2024, Kerajaan Malaysia telah meningkatkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 6% kepada 8%, berbanding sebelum ini. Walaupun demikian, peningkatan SST di Malaysia adalah yang terendah jika dibandingkan dengan beberapa negara lain.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai senarai kenaikan cukai SST, anda boleh merujuk kepada kumpulan perkhidmatan yang telah disenaraikan oleh Kerajaan Malaysia menerusi laman web rasmi mereka.

Apa Itu Cukai Perkhidmatan (SST)?

Cukai perkhidmatan merujuk kepada cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu. Selain itu, cukai perkhidmatan juga dikenakan kepada perkhidmatan yang diimport (B2B) dan perkhidmatan digital (B2C).

Senarai Cukai Perkhidmatan (SST) Yang Dikecualikan Kenaikan 8%

Untuk makluman, kenaikan adalah untuk semua perkhidmatan bercukai dikenakan dengan kadar cukai baharu iaitu 8% kecuali bagi perkhidmatan berikut:

  1. Perkhidmatan penyediaan makanan atau minuman di bawah Kumpulan B;
  2. Perkhidmatan telekomunikasi di bawah Kumpulan I;
  3. Perkhidmatan penyediaan ruang parkir kenderaan di bawah Kumpulan I; dan
  4. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.

Kadar Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan di bawah Kumpulan B iaitu makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan serta perkhidmatan logistik kekal dikenakan dengan kadar cukai 6% sahaja.

Kadar cukai untuk kad kredit dan kad caj kekal dikenakan pada RM25/setahun.

Senarai Cukai Perkhidmatan (SST) Yang Naik 8% Bermula Mac 2024

Kumpulan A

  • Jenis : Hotel, pangsapuri servis dan rumah inapan
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan C

  • Jenis : Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, pusat kesejahteraan, rumah urut
  • Perluasan Skop : Pusat Karaoke
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan D

  • Jenis : Kelab persendirian termasuk rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan E

  • Jenis :  Padang golf atau lapang sasar golf
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan F

  • Jenis : Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan G

  • Jenis : Bidang Profesional seperti Perundangan :Perakaunan, Penilaian/ Penaksiran, Kejuruteraan, Seni bina Perundingan, latihan & tunjuk ajar, Teknologi maklumat (IT)/ Digital, Perkhidmatan pengurusan (penyenggaraan, penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, kemudahan sukan dan kesetiausahaan), Perkhidmatan pekerjaan, Perkhidmatan pengawal/ perlindungan (sekuriti)
  • Perluasan Skop : Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan I

  • Jenis : Penyedia Perkhidmatan Lain seperti Insurans & takaful, Telekomunikasi, Agen Kastam, Penyedia ruang (parkir) letak kenderaan, Servis kenderaan bermotor, Perkhidmatan kurier, Perkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan bas persiaran, Pengiklanan, Bekalan elektrik domestik >600kWh, Pengangkutan penumpang udara tempatan kecuali RAS, Pembrokeran & penajajaminan (berhubung kewangan) dan Pembersihan.
  • Perluasan Skop: Pembrokeran & penajajaminan (peluasan ke atas perkhidmatan selain kewangan seperti kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah)
  • Kadar Baharu : Semua dinaikkan dengan kadar cukai perkhidmatan 8% kecuali perkhidmatan berikut kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%:
    • Perkhidmatan telekomunikasi
    • Penyedia ruang (parkir) kenderaan
    • Makanan dan minuman (F&B)

Diharapkan dengan perkongsian senarai cukai SST naik bermula bulan Mac ini membantu anda semua mengetahui perkhidmatan jenis apa yang akan ada kenaikan.

Info lanjut tentang perkhidmatan cukai boleh layari disini

Sharing is caring