Info

Claim eMadani anda ditolak, ini cara anda boleh buat untuk rayuan?

By 12/12/2023No Comments

Baru-baru ini berita mengenai beberapa permohonan kredit eMADANI yang tidak diluluskan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet telah menjadi viral di media sosial. Dengan penolakan tersebut, penerima bantuan kredit tersebut tidak dapat menebus manfaat yang sepatutnya mereka terima.

Keadaan seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu, sebelum anda membuat rayuan, mari kita terlebih dahulu mengkaji kriteria yang harus dipenuhi oleh mereka yang ingin memohon insentif eMADANI pada kali ini.

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.


Penolakan tuntutan eMadani anda mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Penting untuk diingatkan bahawa walaupun anda telah memenuhi kriteria, terdapat lima sebab utama yang boleh menyebabkan penolakan tuntutan anda oleh penyedia perkhidmatan:

  1. Kerakyatan tidak diiktiraf.
  2. Ketidaksepadanan nama dan nombor kad pengenalan.
  3. Penerimaan eBeliaRahmah sebelum ini.
  4. Rekod tidak ditemui di Jabatan Pendaftaran Negara
  5. Penuntut tidak berumur 21 tahun pada 1 Januari 2023

Walau bagaimanapun, jika permohonan anda masih tidak diluluskan, jangan risau kerana anda masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan melalui penyedia e-dompet yang terlibat. Penting untuk diingat bahawa tempoh rayuan hanya dibuka sehingga Februari 2024. Anda juga dikehendaki untuk menyediakan maklumat tambahan yang diperlukan untuk memudahkan proses rayuan.


Perlu diingatkan juga bahawa terdapat empat platform eWallet yang boleh digunakan untuk menebus kredit sebanyak RM100 ini, iaitu melalui Setel, MAE by Maybank, Touch ‘n Go eWallet, dan ShopeePay. Oleh itu, untuk memohon rayuan eMadani adalah seperti berikut :-

  1. Permohonan Rayuan eMadani di Setel:

Jika anda menggunakan Setel untuk menebus kredit eWallet RM100 dan permohonan anda ditolak, anda digalakkan untuk mengemukakan sebab ke hello@setel.com.

Menurut Setel, jika permohonan gagal disebabkan oleh identifikasi yang tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk pengesahan semasa proses rayuan.

Untuk info lebih lanjut lagi sila klik sini

2. Permohonan Rayuan eMadani di Shopee:

Jika anda menggunakan Shopee untuk menebus kredit eWallet RM100 dan permohonan anda ditolak, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan mereka untuk membuat rayuan. Klik sini untuk bantuan Shopee (https://help.shopee.com.my/portal)

Pilih “Pemohon eMadani” sebagai jenis pengguna, pilih “Tidak dapat menuntut eMadani” dan isikan butiran peribadi anda. Anda juga boleh lampirkan screenshot sebagai gambar sokongan.

Info lagi berkenaan eMadani dari Shopee

3. Permohonan Rayuan eMadani di Touch ‘n Go eWallet:

Jika anda menuntut kredit eWallet RM100 melalui Touch ‘n Go eWallet dan permohonan anda ditolak, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan rayuan. Pilih “eMADANI” dan “Tuntutan Ditolak” sebagai jenis sokongan yang anda cari. Anda juga boleh menyediakan butiran tambahan mengenai penolakan permohonan eMadani dan lampirkan screenshot sebagai dokumen sokongan. Info lagi tentang eMadani dari Touch n go ewallet boleh klik sini

4. Permohonan Rayuan eMadani di MAE (Maybank):

Mengikut syarat dan terma eMadani Maybank, dinyatakan bahawa untuk sebarang rayuan berkaitan dengan operasi eMADANI, MAE oleh Maybank2u, dan/atau fungsi Scan & Bayar, anda boleh menghubungi Maybank Group Customer Care di 1300-88-6688 atau emel kepada mereka di mgcc@maybank.com.my. Untuk makluman terkini, dimaklumkan sebanyak 6.5 juta permohonan telah lulus dan RM650 juta telah dikreditkan kepada mereka yang layak.

Dapatkan info lagi tentang MAE eMadani

Sekiranya anda tidak dapat tuntutan untuk 1 platform boleh cuba lagi platform yang lain. Semoga dengan artikel ini, anda berjaya mendapat semula rayuan tuntutan eMadani dan dipermudahkan urusan anda.

Sumber :

https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI

https://help.setel.com/article/21844978550157/apa-yang-boleh-dibuat-jika-tuntutan-emadani-saya-ditolak

https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/sections/24211652281113-eMadani

https://help.shopee.com.my/portal/article/138885

Sharing is caring