Kita selalu dengar tentang kes-kes di mana pengusaha lori sewa dipersalahkan kerana mengenakan caj sesuka hati. Sesuka hati di sini bermaksud mengenakan caj tambahan tanpa memberitahu pelanggan terlebih dahulu. Atau sesuka hati menukar dan ‘edit’ harga. Ini adalah perbuatan pengusaha lori yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai contoh:
Sebelum lori sampai ke rumah – Harga sewa lori 3 tan termasuk 3 pekerja: RM350 Selepas lori 3 tan sampai ke rumah, pengusaha lori kata RM350 adalah harga untuk 2 tan. Untuk 3 tan adalah RM480.
(Dirumuskan daripada blog Myfizwan.com)
Aik? Tadi RM350. Tiba2 naik ke RM480?
Dengan The Lorry, anda tidak perlu risau lagi dengan semua ini. Kesemua caj-caj berkenaan seperti sewa lori dan upah pekerja akan dipaparkan di laman web dan harga itu adalah tetap. Tidak akan ada lagi rundingan antara syarikat lori dengan pelanggan. Caj berlebihan hanya akan dikenakan sekiranya barang tidak muat dan perjalanan kedua perlu dilakukan atau anda memerlukan kerja-kerja seperti memasang dan membalut.
Lori Pindah Rumah dan Servis Buang Barang Lama Sekali Jalan
Jika anda sedang mencari lori pindah rumah di Puchong, Subang, Shah Alam atau seluruh Lembah Klang, satu perkara yang sering pengguna hadapi ialah bagaimana nak buang barang lama seperti perabot rosak, barang elektronik tak guna, atau sampah besar. Ramai yang tak tahu ke mana nak hantar barang-barang ini atau terpaksa menunggu waktu kutipan majlis perbandaran. Jimat masa, tenaga dan wang.
Masalahnya?
-
Tempat buang barang terpakai tak selalu dekat dengan kawasan perumahan.
-
Tempat buang barang elektronik biasanya terhad kepada pusat kitar semula tertentu.
-
Ramai yang risau tentang kos lori buang barang, dan tak nak ambil lori berasingan sebab mahal.
Dengan TheLorry, kami bukan sahaja tawarkan lori sewa pindah rumah seperti lori 1 tan, 3 tan, 5 tan dengan pekerja berpengalaman, malah anda juga boleh gabungkan servis buang barang lama dalam satu tempahan. Jadi anda boleh jimat masa dan kos tanpa perlu sewa dua kali.
Contohnya:
✅ Pindah rumah + buang tilam lama
✅ Buang perabot rosak + penghantaran peti sejuk baru
✅ Buang barang elektronik lama dengan selamat & sah
Kami juga ada khidmat lori sewa untuk pelbagai tujuan – termasuk perniagaan kecil dan pergerakan barang pejabat.
Tak pasti nak buang di mana? Tak perlu pening kepala – tempah sahaja melalui TheLorry app dan kami akan bantu dari awal hingga selesai.
Proses perpindahan adalah proses yang rumit dan melecehkan. Jangan jadikan pengalaman perpindahan anda lebih leceh dengan pengusaha lori yang tidak bertanggungjawab.
Layari TheLorry untuk menempah lori sekarang.