Moving Tips

29 Tips Pindah Rumah Tanpa Stress

By 28/10/2014June 12th, 2023No Comments

Memindah rumah adalah satu proses yang melecehkan! Elakkan daripada mencabut rambut kerana stress dengan 29 tips berguna ini.

1. Pastikan anda tiada apa-apa komitmen atau temu janji pada hari perpindahan.

Source: Shutterstock

Susah juga kalau pada saat terakhir baru anda teringat tentang temu janji yang dibuat 2 minggu lepas. Pastikan anda betul-betul lapang pada hari tersebut. Sebaiknya, pilihlah hari minggu atau cuti umum.

2. Buat Senarai Semak (‘Checklist’)

Source: Shutterstock

Tuliskan kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa hari perpindahan. Ini memastikan anda membuat kerja secara tersusun dan sistematik.

3. Hantar notis kepada tuan rumah

Source: Shutterstock

Sekiranya anda menyewa, jangan lupa hantar notis kepada tuan rumah mengikut terma dan syarat yang dipersetujui kedua belah pihak.

4. Hubungi pihak bank, syarikat utiliti (TNB, SYABAS), Astro, insurans, dll untuk kemas kini alamat.

Penting untuk meneruskan komunikasi anda dengan syarikat-syarikat di atas.

5. Jangan lupa langsaikan kesemua bil

Source: Shutterstock

Bil telefon, bil Astro, bil TNB dan lain-lain seeloknya dibayar sebelum perpindahan.

6. Pastikan ada air, elektrik dan gas di rumah baru

Source: Shutterstock

Susah pula nak buat kerja di rumah baru tanpa air dan elektrik, kan?

7. Kaji dan cari syarikat lori untuk tujuan perpindahan yang sesuai.

Dapatkan sekurang-kurangnya 5 sebut harga daripada syarikat lori yang berbeza untuk memahami harga pasaran bagi servis sewa lori (atau dapatkan 5 sebut harga dalam masa 30 saat). Pastikan juga anda berbincang dengan pengusaha lori tersebut tentang saiz lori yang diperlukan serta terma dan syarat yang dikenakan.

Baca lagi : Sewa Lori Lebih Menguntungkan Semasa Pindah Rumah

8. Pastikan lori ada kebenaran masuk di tempat pengambilan dan penghantaran, terutamanya di kondominium yang ada pengurusan.

Source: property.malaysiamostwanted.com

Ini amat penting kerana sekiranya tiada kebenaran, lori tidak dapat masuk ke dalam kawasan rumah. Anda mungkin akan dikenakan caj perjalanan kedua pada hari berlainan atau caj menyimpan barang oleh syarikat lori (yang boleh mencecah sehingga empat angka semalam).

9. Jual barang lama dan gunakan duit untuk bayar sewa lori

Source: Shutterstock

Kalau ada perabot-perabot yang lama yang tidak dipakai, lebih baik jual kepada kawan-kawan ataupun di Mudah.my. Duit itu boleh digunakan untuk membayar syarikat lori untuk tujuan perpindahan.

10. Rancang susunan perabot di rumah baru

Source: cdecablog.com

Orang putih cakap ‘Failing to plan is planning to fail’. Pastikan anda tahu susunan dan kedudukan setiap perabot yang hendak dipindahkan ke rumah baru.

11. Nyahfros (‘Defrost’) peti sejuk sehari sebelum perpindahan dan lap apa-apa cecair

Source: Shutterstock

Ini untuk mengelakkan lantai anda basah di rumah baru anda.

12. Sediakan “Barang-Barang Hari Pertama”

Anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak-kotak pada hari pertama. Seeloknya anda menyediakan “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain. Pastikan barang-barang anda dibungkus secara efisien.

13. Beli kotak dan pita pelekat

Source: Shutterstock

Boleh juga minta daripada kedai-kedai runcit sekiranya mereka ada kotak-kotak yang tidak digunakan untuk tujuan membungkus barang anda. Inilah 3 tempat untuk mencari kotak secara percuma.

14. Beli pembalut plastik

Source: Shutterstock

Elak barang anda daripada kotor atau tercalar.

15. Mula dengan bilik yang jarang digunakan seperti stor

Source: longislandnyhomeowner.com

Yang senang dibuat dahulu.

16. Jangan mengenang barang-barang lama

Source: Shutterstock

Memang lumrah dan naluri manusia untuk mengenang barang-barang lama apabila mengemas. Untuk memastikan proses perpindahan lancar, kenanglah barang-barang anda di rumah baru.

17. Balut benda mudah pecah dengan baju.

Source: makezine.com

18. Label kotak dengan nama dan gunakan kod warna.

Source: marthastewart.com

Ini menyenangkan pekerja syarikat lori anda memunggah barang ke tempat yang sepatutnya.

Baca juga : Tips Memilih Kotak Untuk Pindah Guna Lori Sewa

19. Susun pinggan menegak di dalam kotak

Source: apartmenttherapy.com

Ini mengurangkan peluang pinggan tersebut pecah waktu perpindahan.

20. Cara mudah untuk mengemas pakaian anda!

Source: Pinterest

Senang, bukan?

21. Balut laci-laci almari dengan pembalut plastik

Source: Pinterest

Tip ini mencepatkan proses mengemas dan membungkus.

22. Gunakan ‘sandwich bag’ untuk barangan kecil seperti skru dan paku

Source: Pinterest

Kalau hilang, habislah.

23. Ambil gambar barangan elektronik anda

Source: dayton-wright.com

Satu hal la pula nak ingat kedudukan asal wayar dan kabel di belakang komputer dan TV.

24. Gunakan beg tarik untuk barang berat seperti buku

Source: independenttravelcats.com

25. Guna cadar lama untuk elak tilam kotor

Source: rpodnation.com

26. Untuk kotak-kotak, susun barang berat di bawah dan barang ringan di atas

27. Asingkan barang berharga

Seperti laptop, barang kemas, jongkong emas dan harta karun.

28. Simpan botol rempah dan perasa di dalam periuk

Source: Pinterest

Jimat ruang dengan tip ini!

29. Gunakan plastik untuk elak botol-botol tumpah

Source: Pinterest

Sharing is caring