Moving Tips

Lori Sewa Lebih Menguntungkan Semasa Pindah Rumah?

By 20/11/2017June 12th, 2023No Comments

Tidak kira jika anda menetap di KL, Selangor, ataupun Johor Bahru, wujudnya sebuah persepsi di antara kita terhadap perkhidmatan lori sewa, di mana ia adalah sebuah beban yang perlu dipikul jika ingin pindah rumah.

Ada diantara kita juga yang berasa bahawa ianya beban yang sangat berkos tinggi sehingga sanggup bersusah payah memindahkan barangan dengan sendiri.

Bagaimana jika kami berkata bahawa menempah sebuah lori untuk menolong anda pindah rumah sebenarnya lebih menguntungkan, jika dibandingkan dengan mengangkut barangan dengan sendiri?

1. Sekali perjalanan

Jika anda enggan menyewa sebuah lori untuk berpindah akan kerana kosnya, anda mungkin perlu mengangkut barangan anda berkali-kali sebelum siap mengangkut kesemuanya.

Perkara ini mungkin akan terlintas di fikiran orang yang rumah barunya tidak berapa jauh dari rumah sekarang.

Tetapi anda perlu ingat bahawa kos perjalanan berkali-kali akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan sekali perjalanan dengan lori sewa.

Mencari lori sewa area KL boleh klik sini : Tips Mencari dan Menempah Lori Sewa di KL

2. Demi masa

44219372 – time is money concept. businessman draw simple image illustrating time is money concept.

Seperti pepatah popular; Masa itu emas, kita perlu faham bahawa dengan adanya perkhidmatan lori sewa, masa yang akan diambil untuk pindah rumah boleh dikurangkan dengan banyak sekali.

3. Kos lain-lain juga disertakan

Anda mungkin berasa bahawa dengan mengangkut barangan anda sendiri, anda dapat jimatkan kos perjalanan.

Tetapi dengan kos minyak, tol, dan juga kebarangkalian yang tidak diduga, kos untuk menyewa sebuah lori sebenarnya adalah sama sahaja.

Anda juga boleh baca 5 Tips Memilih Saiz Lori Sewa Dengan Betul untuk tahu lagi cara memilih saiz lori sewa yang pelbagai.

4. Elak dari kecederaan

52407668 – tired couple moving home suffering backache sitting on the floor

Banyak jenis kecederaan yang boleh didapati jika anda angkut barangan anda sendiri. Lebih-lebih lagi jika rumah anda merupakan sebuah apartment.

Pekerja-pekerja yang menganggotai syarikat prkhidmatan lori sewa selalunya adalah yang sangat berkelayakan dan berpengalaman.

Jadi, lebih baik untuk anda beri laluan kepada pekerja untuk mengangkat dan mengalih barangan tersebut, kerana mereka sudah biasa menjalankan tugas berat ini!

5. Kurang risiko kerosakan

Perkhidmatan lori sewa kini sudah maju dari segi kualiti, dan ramai pemandu lori sudah berada di tahap profesional dengan perkhidmatan mereka.

Ini membolehkan pengguna seperti kita untuk lebih meletakkan kepercayaan kepada mereka.

Sebagai pekerja yang profesional, pengalaman menguruskan barangan berat boleh mengurangkan risiko kerosakan yang mungkin berlaku jika kita sendiri yang ingin mengangkat.

6. Lebih senang untuk urus

Jika anda menjalani proses berpindah tanpa bantuan perkhidmatan lori sewa, kerja anda akan menjadi lebih susah dan rumit.

Ini kerana anda perlu menguruskan segalanya sendiri. Dari melangsaikan segala bil rumah sebelum pindah, penukaran alamat, mengemas, serta mengangkut segala perabot anda semasa hari pindah!

Dengan menggunakan perkhidmatan lori sewa, anda boleh tinggalkan tugasan berat mengangkut tersebut kepada pekerja, dan fokus sepenuhnya dalam pengurusan lain.

Saiz lori juga ada pelbagai, boleh dapatkan tips memilih saiz lori sewa di sini : Tips Memilih Saiz Lori Sewa

7. Perkhidmatan tambahan juga!

Sebagai seorang penduduk Malaysia yang sibuk, kita kadang-kadang tidak dapat menguruskan segalanya semasa pindah rumah. Maklumlah, ada sahaja perkara yang timbul apabila kita sedang sibuk melakukan sesuatu benda.

Terdapat beberapa perkhidmatan lori sewa profesional sekarang yang menyediakan perkhidmatan lebih dari hanya mengangkut dan menghantar barangan kita.

Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan seperti pembungkusan barangan (wrapping), penyelenggaraan barangan, dan juga penjualan kotak dan pita pelekat untuk digunakan semasa pemindahan.

8. Dilindungi dari yang tidak disangka

Pernahkah anda mengalami suatu yang tidak dijangka, di mana kenderaan anda tiba-tiba rosak semasa memandu?

Masa ini lah mulanya titik peluh anda bercurah-curah sambil anda memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan memanggil kenalan atau perkhidmatan tunda kereta.

Sekarang bayangkan jika perkara ini berlaku semasa memandu kenderaan ke rumah baru anda, dengan barangan anda memenuhi setiap penjuru ruang.

Jangan dibicara pula tentang perbelanjaan yang perlu keluar untuk membaiki! Aduh..sakit hati..

Tetapi jika anda menggunakan perkhidmatan lori sewa, perkara seperti ini akan diurus sepenuhnya oleh pihak mereka.

Dan anda tidak perlu membuat apa-apa bayaran lebih untuk menyelesaikan masalah tersebut.

9. Prosesnya kini sangat mudah

54127832 – man holding smartphone with touch on screen

Kini anda mungkin akan fikir bahawa untuk mencari perkhidmatan lori sewa ini bukanlah sesuatu yang senang.

Anda perlu mencari butiran dari ahli keluarga atau rakan untuk mendapatkan perkhidmatan yang boleh dipercayai.

Maklumlah, susah untuk kita percaya iklan lori sewa yang ditampal di tiang elektrik atau pokok sering kita nampak, bukan?

Tetapi pada zaman internet kini, mencari dan mengkaji selidik perkhidmatan lori sewa profesional yang terbaik untuk anda boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik butang sahaja.

TheLorry, antara platform pemandu lori terulung di Malaysia, adalah salah satu perkhidmatan pindah rumah yang boleh ditempah menerusi internet.

Harganya juga adalah tetap dan tiada caj terselindung.

Jadi jika anda ingin mencari jalan untuk pindah rumah dengan lebih senang dan menguntungkan, pilihan untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa adalah pilihan yang sangat bernas.

Sharing is caring