Moving Tips

Lori Sewa Murah Dengan TheLorry

By 22/12/2016October 4th, 2021No Comments

Antara faktor paling penting jika anda berada dalam situasi-situasi seperti berpindah rumah, mempunyai stok untuk dihantar mahupun ingin membeli perabot baru ialah penetapan khidmat logistik.

Ya, penetapan khidmat logistik yang dimaksudkan di sini ialah mencari khidmat lori sewa.

Walaupun tidak sukar untuk anda mendapatkan nombor telefon ‘provider’ lori sewa, tetapi isu-isu lazim seperti caj tambahan, penetapan waktu serta jaminan kualiti perkhidmatan akan menjadi persoalan utama sebagai seorang pelanggan.

Jadi, dengan menggunakan laman tempahan lori & penghantaran, TheLorry – bukan sahaja anda mampu menyelesaikan isu pencarian lori sewa, malah isu-isu lazim seperti yang dinyatakan di atas berada di bawah kawalan anda.

Proses tempahan lori sewa melalui TheLorry terbahagi kepada 4 langkah utama iaitu; mendapatkan sebut harga instant secara atas talian, menetapkan servis ekstra, dipadankan dengan pemandu lori, membuat bayaran & memberi ratings kepada servis.

Langkah tempahan yang straight forward

Mulakan Langkah-Langkah Tempahan

Proses tempahan lori sewa boleh dilakukan melalui laman web TheLorry atau muat turun aplikasi TheLorry untuk peranti iOS & Android.

Apabila anda sudah berada di laman utama TheLorry, anda akan dapat melihat 3 pilihan utama iaitu ‘BOOK (TEMPAH)’, ‘DISPOSAL (PEMBUANGAN)’ & ‘REDEEM (TEBUS)’.

Pilihan servis & fungsi di laman utama

Pilihan BOOK adalah untuk anda yang mahu memulakan proses tempahan lori sewa. Manakala pilihan DISPOSAL adalah untuk anda yang mahu mendapatkan khidmat pembuangan barang-barang tertentu seperti perabot lama, bahan binaan dan lain-lain.

Okay, jom kita kembali semula ke proses tempahan lori sewa. Setelah memilih BOOK, anda perlu memasukkan maklumat-maklumat basic iaitu jenis kenderaan pilihan anda, lokasi pickup, lokasi drop-off & tarikh pilihan anda. Kemudian, tekan butang ‘INSTANT QUOTATION (SEBUT HARGA)’.

***

Di sini ada beberapa tip menarik yang boleh kami kongsi dengan anda.

Pertama, gunakan panduan mencari alamat untuk lokasi pickup & drop-off. Ia dapat memudahkan pencarian alamat terutama bagi anda yang mempunyai alamat panjang atau tidak berapa common.

Tip pencarian alamat lokasi

Kedua, tempahan melalui laman web HANYA boleh dilakukan untuk tempahan tidak kurang dari tempoh 48 jam sebelum hari yang anda kehendaki. Bagaimana pula jika anda mempunyai tempahan yang urgent?

Muat turun aplikasi TheLorry dan lakukan tempahan lori sewa melalui aplikasi tersebut!

Ini adalah salah satu kelebihan menggunakan aplikasi TheLorry berbanding platform laman web.

***

Pada langkah seterusnya, anda akan dibawa ke sebuah halaman di mana anda akan diberi quotation (sebut harga) dan anda perlu memastikan kesemua maklumat yang dipaparkan adalah tepat. Ini termasuk maklumat mengenai jenis bangunan dan waktu pengambilan.

Pastikan semua butiran tepat

Jika anda mahu membuat sebarang perubahan maklumat seperti alamat penghantaran mahupun jenis kenderaan penghantaran, anda boleh melakukannya di halaman ini.

Setelah itu, anda boleh menekan butang NEXT (SETERUSNYA) untuk meneruskan langkah tempahan.

Mahukan Yang Ekstra? Boleh Sahaja

Khidmat pelanggan yang cemerlang adalah perkhidmatan yang mampu menyediakan apa yang tidak difikirkan oleh pelanggan.

Oleh kerana kami di TheLorry berazam untuk sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pengguna, kami menawarkan fungsi agar anda boleh mendapatkan add-ons atau servis tambahan di samping tempahan lori sewa.

Servis ekstra atau add-ons untuk anda pilih

Apakah add-ons atau servis tambahan tersebut?

Antaranya ialah anda boleh memohon untuk mendapatkan pekerja tambahan, bubble wrappingshrink wrapping, kotak dan khidmat membuka/memasang perabot.

Tetapkan Butiran Anda & Kaedah Pembayaran

Sebelum anda meneruskan proses tempahan ke langkah yang terakhir, anda akan diminta untuk log masuk atau membuka akaun di TheLorry.

Namun, jangan gusar. Ia bukan sesuatu yang compulsory. Anda masih boleh meneruskan tempahan walaupun tanpa membuka akaun. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuat pilihan untuk meneruskan tempahan tanpa log masuk.

Masukkan butiran anda di ruang yang disediakan

Sebelum memilih kaedah pembayaran, anda perlu memasukkan butiran diri anda ke dalam borang yang disediakan. Ini adalah untuk memudahkan proses komunikasi di antara anda, pemandu lori sewa dan pihak TheLorry.

Setelah itu, anda boleh memilih untuk membuat pembayaran secara online atau membuat pembayaran terus kepada pemandu lori (COD). Ingat, jika anda memilih kaedah COD, anda hanya perlu membayar servis berdasarkan jumlah yang telah tertera di halaman ini.

Paparan ini bermakna proses membuat pertempahan anda telah selesai

Paparan ini bermakna proses meletakkan tempahan anda telah selesai.

Dapat Lori, Ratings Diberi, Senang Hati

Selesai proses membuat tempahan, anda akan menerima emel pengesahan yang mengandungi reference number & tracking code untuk menyemak status tempahan anda.

Contoh tracking code & reference number

Apabila sistem TheLorry berjaya memadankan anda dengan lori sewa yang sesuai, anda akan menerima butiran mengenai pemandu lori tersebut.

Tiba waktu pengambilan, pemandu lori akan menghubungi anda dan proses pengambilan, pemindahan & penghantaran barangan anda bermula.

Setelah selesai semua tugasan yang telah ditetapkan, anda akan menerima invois untuk pembayaran yang telah anda lakukan. Anda juga akan menerima emel pengesahan mengenai tempahan yang telah disempurnakan.

Melalui emel pengesahan itu juga, anda diminta agar memberi kerjasama untuk memberi ratings serta komen terhadap kualiti servis dari pemandu lori tersebut. Ratings serta review dari anda amat penting untuk memastikan hanya perkhidmatan lori sewa yang berkualiti sahaja layak berada di laman TheLorry.

Beri ratings sejujurnya, berdasarkan kepuasan anda

Sewa Lori Sekarang!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi 1700-81-7170 atau hello@thelorry.com/my.

Sharing is caring