Moving Tips

Tips Memilih Kotak Untuk Perpindahan Menggunakan Lori Sewa

By 11/07/2015October 4th, 2021No Comments

“Nak guna kotak apa ya?” “Ada tempat untuk mencari kotak percuma?”

“Boleh tahan tak kotak ni?”

“Berapa banyak kotak nak guna eh?”

Persoalan seperti ini tentu pernah bermain difikiran anda ketika membuat persediaan untuk berpindah. Tambahan pula dengan kuantiti barang yang banyak serta berbagai jenis membuatkan anda garu kepala memikirkan kotak yang sesuai untuk digunakan dalam memindahkan barangan anda ke rumah baru. Jadi bagaimana untuk tidak lagi garu kepala bila berpindah?

Pekara pertama yang anda harus fikirkan adalah bilangan kotak yang diperlukan untuk memindahkan barangan yang memerlukan kotak, jenis kotak yang diperlukan (sama ada tahan lasak atau cukup kukuh untuk menanggung berat barang) dan kesesuaian kotak dengan barang yang ingin diisi. Kenalpasti barangan yang perlu pembungkusan khas dan barang yang diperlukan dalam proses pembungkusan. Seelok-eloknya, anda mula mencari barangan ini 6 minggu sebelum hari berpindah.

#1 Pilih kotak yang sesuai

Setelah anda kenalpasti barangan yang ingin dipindahkan, pemilihan kotak boleh dilakukan bagi barangan yang telah dikenalpasti ini. Jangan lupa untuk melabelkan kotak-kotak anda.

Untuk barangan yang mudah pecah atau berat, kotak yang kecil sesuai untuk digunakan. Saiz yang kecil membuatkan ianya lebih mudah dibawa dan mengurangkan risiko kerosakan semasa proses transit ke rumah baru.

Kotak bersaiz sederhana adalah saiz kotak yang paling banyak digunakan semasa berpindah. Saiz kotak ini sesuai untuk digunakan untuk membawa perkakas kecil dan juga pelbagai peralatan dan perkakas rumah yang lain. Set pinggan mangkuk, gelas dan barangan kaca boleh diletakkan di dalam kotak ini menggunakan pembalut dan penampan dari surat khabar lama.

Bagi perkakas dan kelengkapan beratnya ringan dan sederhana seperti pakaian, kusyen, dan bantal, kotak bersaiz besar sesuai digunakan kerana saiznya yang boleh memuatkan barangan tersebut secara optimum.

Anda juga boleh menggunakan kotak bersaiz XL bagi perkakas dan kelengkapan rumah yang besar tetapi ringan seperti tuala, comforter, cadar dan langsir.

Bagi perkakas yang berat seperti buku dan peralatan elektronik, anda perlu menggunakan kotak yang tebal dan keras supaya ianya boleh menampung berat barangan yang diisi.

Jika anda masih menyimpan kotak perkakas elektronik yang anda beli, anda boleh mengunakan kotak yang sedia ada tanpa perlu mencari kotak baru dan menjimatkan anda. Jika tidak, anda boleh dapatkan kotak terpakai yang boleh dicari di kedai perkakas elektronik.

#2 Bungkus barangan anda

Setelah anda kenalpasti kotak yang sesuai, barangan anda perlu dibungkus bagi mengelakkan sebarang kerosakan ketika berpindah. Kenalpasti jenis pembungkus yang sesuai untuk barang yang ingin dibungkus.

Surat khabar lama adalah pembungkus yang murah dan mudah didapati. Gunakan surat khabar lama untuk membungkus barang yang mudah pecah dan gunakan gumpalan surat khabar untuk mengisi ruangan kosong di sekeliling barang tersebut. Anda juga boleh menggunakan kertas pembungkus kitar semula sebagai alternatif bagi surat khabar lama.

Selain dari surat khabar, pembungkus gelembung sesuai digunakan untuk barang yang mudah pecah dan gelembung pembungkus mengisi ruang kosong di sekeliling barang dapat mengelakkan barang bergerak dan pecah semasa proses transit.

Pembalut plastik mudah regang digunakan untuk mengikat barangan seperti kabel, laci, dan kusyen. Pembalut ini juga dapat mengelakkan perabot dari tercalar, kotor dan berhabuk. Tetapi harus diingat pembalut plastik boleh memerangkap kelembapan yang boleh merosakkan perabot yang diperbuat daripada kayu dan kulit. Pastikan perabot anda kering dan bersih sebelum dibalut.

#3 Selain kotak, apa lagi?

Selain dari kotak dan pembungkus, anda perlukan peralatan lain bagi kerja-kerja pembungkusan. Dapatkan pita pelekat yang berdiameter lebar supaya dapat melekatkan penutup kotak dengan baik. Gunakan pita pelekat yang mudah dicarik bagi memudahkan dan mempercepatkan proses melekatkan penutup kotak. Pilih pita pelekat melekat dengan kuat bagi memastikan kotak anda kekal tertutup rapat.

Pen dakwat kekal atau “permanent marker” adalah penting bagi menanda, menulis isi kandungan, arahan khas atau peringatan pengendalian khas kotak-kotak yang telah siap dibungkus.

Bagi tujuan membuka kotak yang telah dibungkus apabila selesai proses memindah, gunakan pemotong kotak kerana ianya lebih mudah untuk memotong pita pelekat dan kotak berbanding gunting atau pisau biasa.

Sudah mendapat gambaran apa yang anda perlukan? Jika ya, anda sudah bersedia untuk memulakan proses memindah anda. Selamat maju jaya!

P.S. Anda boleh tempah kotak-kotak untuk tujuan pemindahan DAN lori sewa murah.

Sharing is caring