Tip Pindah

Nak Sewa Lori 1 Tan? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Anda Sewa Lori 1 Tan

By 08/06/2023November 26th, 2026No Comments

Nak Sewa Lori 1 Tan?

Untuk perbandingan 1, 3 dan 5 tan, rujuk panduan saiz lori sewa.

Ramai yang masih keliru lori yang patut anda pilih untuk sewa sebelum pindah rumah. Sebenarnya ada banyak jenis lori yang anda boleh pilih, kadang, bila anda tanya pada pemandu lori sewa pun mereka akan bertanya balik :-

  1. Apa barang nak pindah?
  2. Berapa barang?
  3. Nak lori 1 tan, 3 tan atau 5 tan?
  4. Nak lori jenis kanvas, lori kotak (bonded) atau tailgate?

Baca Lagi : Tips Memilih Saiz Lori Untuk Disewa


lori kanvas
Lori kanvas
lori 1 tan
Lori Bonded

Disini penulis ingin kongsikan apakah itu lori 1 tan? 

Apakah Itu Lori 1 Tan? 

Lori kecil sesuai untuk pindahan kecil. Perabot besar yang boleh dimuatkan ke dalam lori kecil kebiasaannya barang-barang adalah :-

  • Meja
  • Laci-laci kecil
  • Mesin basuh
  • Peti sejuk (saiz sederhana)
  • Katil queen
  • Almari saiz sederhana. 
  • Bawah 10 kotak-kotak atau barangan loose

Boleh rujuk gambar visual dibawah tentang saiz dan kebesaran lori 1 tan dengan menggunakan kiraan kaki.  

Lori kotak 1 tan TheLorry merah, untuk pindah rumah yang lebih kecil
lori 1 tan
Gambar Sebenar Lori 1 Tan

Jenis Rumah Yang Sesuai Untuk Lori 1 Tan

Jenis rumah yang sesuai untuk anda pindah barang menggunakan lori kecil adalah rumah apartment, atau bilik dengan jumlah barang yang tidak melebihi saiz lori kecil. Sekiranya ada barang yang terlalu tinggi, barang tersebut perlu dibaringkan dengan cermat agar barang tidak rosak. 

Rumah Apartment

Rumah jenis apartment adalah rumah yang sesuai untuk anda lori sewa 1 tan kerana dengan saiz apartment yang kecil (Studio room), servis apartment atau saiz 450 – 900 kaki persegi adalah mencukupi untuk meletakkan barang-barang untuk pindah rumah menggunakan lori 1 tan. 

Luas Bilik

Kepada yang nak pindah barang yang hanya bersaiz bilik sahaja juga sesuai menyewa lori 1 tan untuk pindah. Ini kerana barang-barang yang selalu ada dalam bilik adalah :-

  • Katil
  • Almari
  • Lampu
  • Kipas
  • Meja
  • Kerusi

Baca Lagi : panduan saiz lori sewa


Barang Yang Muat Untuk Diisi dalam lori 1 tan?

Berikut cadangan barang-barang yang boleh dimuatkan ke dalam lori 1 tan, iaitu:-

  • Katil dan tilam jenis Single dan Queen
  • Almari 1 atau 2 pintu
  • Meja belajar
  • Kerusi pejabat
  • Peti Ais 1 pintu
  • Mesin basuh
  • Sofa 1 atau 2 tempat duduk
  • Meja komputer
  • Meja makan
  • Piano (Digalakkan guna lori jenis tailgate)
  • Motorsikal (Digalakkan guna lori jenis tailgate)

Sekiranya memindahkan barang-barang kecil dan tak banyak, disarankan untuk sewa van atau 4×4 sahaja.

Barang Yang Tak Muat Untuk Isi 1 Tan Lori

Dengan saiz lori kecil, ada juga beberapa barang yang tidak boleh dimasukkan ke dalam lori kecil untuk pidah rumah. Berikut cadangan barang-barang yang tidak muat dimasukkan :-

  • Barang yang saiz tinggi melebihi 5 kaki dan panjang melebihi 10 kaki (Sekiranya lebih perlu di “adjust”, disarankan untuk menyewa lori bersaiz 14 kaki (3 tan) atau lori bersaiz 17 kaki (5 tan))
  • Katil saiz king (Melainkan dibuka katilnya) (Sekiranya lori kanvas muat untuk lori 1 tan)
  • Tilam saiz king
  • Set Sofa 3+2+1

anda boleh pilih sewa jenis lori 3 tan atau 5 tan untuk memindahkan barang-barang tersebut.


Baca Lagi : 5 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Semasa Mencari Lori Sewa


Anda sedang mencari lori sewa 1 tan untuk pindah rumah? Kami juga menyediakan perkhidmatan lori sewa 1 tan dengan pantas dan mudah, atau lihat harga sewa lori pindah rumah jika anda perlukan pakej lengkap dengan pekerja. Booking di www.thelorry.com/my

Sharing is caring