Moving Tips

8 Tips Pindah Masuk Ke Rumah Mertua

8 Tips Pindah Masuk ke Rumah Mertua Tanpa Stres

oleh TheLorry pada 25 Ogos 2025.

Selepas melangsungkan perkahwinan, pasangan suami isteri pasti teruja untuk memulakan hidup baru. Namun, bagi sesetengah pasangan muda, cabaran bermula apabila perlu pindah masuk ke rumah mertua.

Walaupun situasi ini agak mencabar, ia boleh menjadi pengalaman yang positif jika diurus dengan bijak. Artikel ini akan berkongsi 8 tips berguna untuk membantu anda menyesuaikan diri dengan baik di rumah mertua, sekaligus menjaga keharmonian rumahtangga.

1. Minimumkan barangan anda (sekurang-kurangnya pada awalnya)

Elakkan membawa terlalu banyak barang ketika mula-mula berpindah. Mertua anda mungkin berasa janggal jika anda mengisi ruang rumah dengan terlalu banyak barangan peribadi.

Cara terbaik ialah membawa barang asas dahulu. Barang selebihnya boleh dibawa sedikit demi sedikit. Dengan ini, anda tidak kelihatan seperti “menguasai” rumah mertua.

2. Minta izin untuk lakukan apa-apa sahaja

Pada peringkat awal, biasakan diri untuk meminta izin walaupun untuk perkara kecil — contohnya menggunakan dapur, menonton televisyen, atau mengambil makanan.

Ini bukan sekadar tanda hormat, tetapi juga membantu membina rasa selesa antara anda dengan mertua.

Nak guna tandas? Minta izin. Nak makan? Minta izin. Nak buka televisyen untuk tonton drama kegemaran anda? MINTA IZIN.

3. Rajin kan diri anda

Kalau anda seorang yang memang rajin mengemas rumah, perkara ini tidak perlu ditekankan. Anda pasti akan mula bantu kemas dan bersihkan rumah secara automatik.

Tetapi kepada yang ?kurang? rajin, masa inilah masa anda PERLU menjadi rajin. Anda boleh mula dengan bertanya kepada mak atau ayah mertua akan kerja-kerja di rumah yang boleh dilakukan.

Menjadi rajin adalah kunci untuk mencuri hati mertua. Jika anda tidak biasa membuat kerja rumah, inilah masanya untuk belajar.

Bantu dengan menyapu, menyiram tanaman, atau menggantikan mentol lampu yang rosak. Tindakan kecil seperti ini membuatkan anda lebih dihargai.

💡 Menantu rajin = menantu kesayangan.

Siram pokok bunga ke, sapu sampah ke, tukar bulb lampu ke. Apa-apa pun boleh. Bila lagi nak jadi menantu kesayangan kalau bukan sekarang?

4. Sentiasa berpakaian sopan

Sopan santun bukan hanya untuk majlis rasmi. Di rumah mertua, pastikan pakaian anda sentiasa terjaga.

  • Lelaki → Jika memakai kain pelikat, pastikan ada seluar di dalam.

  • Wanita → Elakkan pakaian terlalu singkat atau ketat, terutama jika ada ahli keluarga lelaki lain di rumah.

Keselesaan bersama adalah asas keharmonian tinggal sebumbung.

5. Bangun awal!

Tidak kiralah anda kerja atau seorang suri rumah. Jika anda duduk di rumah mertua, cuba untuk bangun awal! Pada hari sabtu dan ahad pun, paling lewat patut anda bangun (kalau rasa nak tidur balik lepas Subuh) adalah pada pukul 8.30 pagi.

Tunjukkan kepada mereka bahawa anda bukan duduk di rumah mereka secara percuma. Bantu mereka sediakan sarapan, atau sapu di halaman rumah dan sebagainya. Anda boleh bantu menyediakan sarapan atau membersihkan halaman rumah. Ini menunjukkan anda bukan sekadar “menumpang”, tetapi benar-benar mahu menjadi sebahagian keluarga.

6. Tolong masak atau belikan makanan

Kalau mertua anda ingin masak untuk makan malam, misalnya, tidak salah untuk perempuan mahupun lelaki untuk membantu mak mertua memasak di rumah.

Jika tak pandai sangat masak, sekurang-kurangnya bantu sediakan pinggan mangkuk dan bancuh air.

Masakan yang anda bantu masak, atau masak sepenuhnya, adalah perkara yang paling akan dihargai oleh mereka. Jika kebahagiaan suami/isteri anda adalah melalui perutnya, begitu juga untuk keluarga mertua anda.

7. Amalkan sikap ramah mesra

 

Jika anda pada zahirnya adalah seorang yang sangat ramah mesra, anda boleh skip sahaja point ini.

Tetapi kepada yang kurang pandai bersembang, misalnya, inilah masanya untuk anda cuba amalkan sikap tersebut.

Kadang-kala ibu dan bapa mertua kita akan tampil sebagai orang yang garang dan tidak mesra, tetapi selalunya mereka hanya perlu ditegur dan bermesra bersama anda.

Tip tambahan: Ambil tahu minat dan hobi ibu dan bapa mertua anda. Mudah untuk anda bersembang dengan mereka apabila ada peluang.

8. Tebalkan telinga dan luaskan hati

Memang lumrah hidup sebagai seorang anak menantu yang mendiami rumah mertua untuk terasa hati. Terasa dengan sindiran, perlakuan, atau apa-apa perbuatan yang bersifat menyindir.

Mungkin kita masih tidak biasa dengan cara mertua kita bergurau atau menegur. Apa yang penting adalah untuk kita tebalkan telinga dan luaskan hati.

Nak Tau Lebih Lanjut?

Kalau anda sedang merancang untuk pindah ke rumah mertua, pastikan proses pemindahan lebih mudah dan teratur.

👉 Chat dengan kami di WhatsApp untuk dapatkan khidmat pindah rumah yang cepat, selamat dan dipercayai.

Pilihan servis TheLorry untuk anda:

Bacaan Lanjut di Blog TheLorry

Kalau anda rasa artikel 8 Tips Pindah Masuk ke Rumah Mertua ini bermanfaat, ada banyak lagi panduan berguna di Ruang Berita TheLorry yang boleh membantu anda lebih bersedia untuk sebarang proses pindah rumah.

Beberapa artikel pilihan untuk anda teruskan bacaan:

  1. 29 Tips Pindah Rumah Tanpa Stress
    Artikel ini penuh dengan tip praktikal untuk mengelakkan kekalutan ketika hari pindah. Dari cara packing barang hingga urusan logistik, panduan ini sangat sesuai untuk pasangan muda yang baru pertama kali pindah.

  2. Perkara yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Sewa Lori 5 Tan
    Kalau anda merancang pindahan besar atau membawa banyak perabot, artikel ini menerangkan segala yang anda perlu tahu tentang sewa lori 5 tan. Sangat berguna untuk memahami kapasiti, kos, dan situasi di mana lori besar lebih sesuai digunakan.

  3. Lori Sewa Pindah Rumah: Panduan untuk Pindah dengan Mudah dan Efisien
    Artikel ini memberi panduan lengkap bagaimana lori sewa boleh menjadikan proses pindah lebih teratur, cepat, dan menjimatkan masa. Ia juga membantu anda faham cara pilih servis lori sewa yang tepat mengikut bajet dan keperluan.

Dengan membaca artikel-artikel ini, anda bukan sahaja dapat ilmu tambahan, malah boleh mengurangkan risiko masalah ketika pindah rumah. TheLorry sentiasa komited untuk membantu anda berpindah dengan lebih lancar, efisien, dan tanpa stres.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa maksud pindah masuk ke rumah mertua?

Ia merujuk kepada situasi pasangan suami isteri menetap sementara atau kekal di rumah ibu bapa pasangan.

Bagaimana nak sesuaikan diri bila pindah ke rumah mertua?

Dengan menjaga adab, membantu kerja rumah, berpakaian sopan dan menghormati peraturan keluarga.

Adakah tinggal bersama mertua susah?

Ia bergantung kepada sikap dan kesediaan kedua-dua pihak. Dengan komunikasi baik, ia boleh jadi pengalaman positif.

Siapa yang biasanya pindah masuk ke rumah mertua?

Biasanya pasangan muda yang belum ada rumah sendiri atau ingin berjimat kos.

Di mana nak dapatkan khidmat lori pindah barang?

Anda boleh gunakan perkhidmatan TheLorry yang mudah ditempah secara online.

Berapa kos lori pindah barang TheLorry?

Kos bermula daripada kadar mampu milik, bergantung kepada saiz lori dan jarak perjalanan.

 

Sharing is caring