
oleh TheLorry pada 25 Ogos 2025.
Sebagai sebuah platform logistik yang membantu ribuan pelanggan setiap bulan, kami di TheLorry sering menerima soalan yang sama:
๐ โLori saiz apa yang saya perlukan untuk pindah rumah?โ
Memilih saiz lori sewa yang tepat memang mencabar. Jika lori terlalu kecil, anda mungkin perlu membayar caj trip tambahan. Tetapi jika lori terlalu besar, ruang terbuang dan kos meningkat.
Jangan risau โ artikel ini akan membantu anda membuat pilihan lebih bijak dengan 5 tips mudah.
1. Ukur kesemua perabot besar anda
Sebelum membuat tempahan, ambil masa untuk mengukur perabot besar seperti:
-
Almari pakaian
-
Rangka katil & tilam
-
Sofa 3-seater
-
Peti sejuk
-
Mesin basuh

Gunakan pita pengukur dalam unit kaki (ft) untuk lebih mudah. Jika ukuran anda dalam cm atau mm, tukarkan sahaja dengan Google. Dengan cara ini, anda dapat anggarkan kapasiti lori lebih tepat.
๐ Rujuk servis House Moving Package di TheLorry untuk memudahkan perancangan pindah rumah anda.
Baca Lagi : Lori sewa lebih menguntungkan semasa pindah rumah?
2. Ketahui saiz-saiz lori yang ada

Kami menyediakan saiz kesemua jenis pengangkutan yang disediakan di laman web kami. Tetapi untuk senangkan keadaan, boleh rujuk kepada rajah di bawah.
Jenis Pengangkutan | Saiz Ruangan Pengangkutan (kaki/ft) (P)x(L)x(T) |
---|---|
4×4 Pickup Truck | 4 x 3 x 2 |
Van | 8 x 3 x 4 |
Lori 1 tan/S | 9 x 5 x 5 |
Lori 3 tan/M | 14 x 7’2 inci x 7 |
Lori 3 tan(17kaki)/L | 16.5 x 7’2 inci x 7 |
*Lori 3tan (17kaki) adalah bersamaan dengan lori 5 tan.
3. Lori 1 tan tidaklah begitu besar
Terdapat ramai yang anggap sebuah lori 1 tan itu adalah sangat besar, dan boleh memuatkan kesemua barangan dalam rumah dengan senang.
Kita faham bahawa 1 tan itu bersamaan dengan 1000kg, jadi mesti kita akan berasa ia boleh membawa barangan yang sangat banyak!
Tetapi sebenarnya, merujuk kepada rajah di atas, saiz standard sebuah lori 1 tan adalah 9 x 5 x 5 (kaki) sahaja.
Sebagai gambaran, purata ketinggian penduduk di Malaysia adalah lebih kurang 5 kaki 5 inci (166cm bagi) bagi lelaki, dan 5 kaki (152cm) bagi perempuan, jadi beza antara ketinggian kita dan panjang seluruh ruang lori 1 tan hanyalah lebih kurang 4 kaki.
Jadi, sebuah sofa 3-seater bersaiz standard sudah hampir memenuhi panjang ruang lori tersebut. Apatah lagi sebuah katil bersaiz king yang tidak boleh diselenggara?
Ketinggian dan kelebaran ruang lori 1 tan juga adalah hanya 5 kaki, jadi peti ais yang lebih tinggi dari kita mungkin tidak boleh dimuatkan dalam keadaan berdiri!
Sebagai rujukan, perabot besar yang boleh dimuatkan ke dalam lori 1 tan adalah seperti katil bersaiz queen (boleh diselenggara adalah yang terbaik), meja, laci-laci kecil, mesin basuh, peti sejuk (yang bersaiz sederhana), dan almari bersaiz sederhana.
Tapi Sekejap!
Ramai menyangka lori 1 tan cukup besar untuk semua barang rumah. Hakikatnya, ruangnya hanya 9 x 5 x 5 kaki.
Contohnya:
-
Sebuah sofa 3-seater hampir penuh menutup ruang panjang lori ini.
-
Peti sejuk tinggi mungkin tidak muat untuk berdiri.
-
Katil king size sukar untuk dimuatkan tanpa diselenggara.
๐ Untuk isi rumah sederhana, lori 3 tan lebih sesuai kerana ruang lebih luas tanpa perlu banyak trip tambahan.
4. Pastikan jenis lori juga

Contoh lori dengan ruangan ‘box’.

Contoh lori dengan ruangan ‘canvas’.
Terdapat banyak jenis lori yang sering digunakan untuk penghantaran barang dan pemindahan rumah. Anda patut pastikan jenis ruangan lori yang anda tempah supaya anda boleh anggarkan saiznya dengan lebih tepat.
Sebagai contoh, terdapat jenis lori yang menggunakan ruangan ‘box’ untuk mengangkut barangan. Ruangan ini sangat sesuai untuk barangan berharga, di mana ia lebih selamat.
Tetapi, ruangan ‘box’ itu akan menyebabkan saiznya juga sangat terhad. Jadi jika ia berukuran 9 x 5 x 5 kaki, memang anda hanya boleh memuatkan barangan berukuran itu sahaja.
Sebaliknya, terdapat sebuah jenis lori yang menggunakan ruangan ‘canvas’. Lori ini menggunakan kain kanvas sebagai penutup ruangannya, jadi saiznya agak fleksibel untuk beberapa inci.
Tentukan Jenis Ruangan Lori: Box atau Canvas
Jenis lori juga penting:
-
Lori Box โ sesuai untuk barangan berharga (lebih selamat, tapi ruang terhad).
-
Lori Canvas โ fleksibel untuk barang tinggi atau bentuk pelik kerana penutup kain boleh laras.
Jika anda pindah rumah dan risau tentang cuaca, lori box mungkin pilihan terbaik. Tetapi untuk barang besar seperti almari tinggi, lori canvas lebih praktikal.
5. 4×4 atau van boleh menjadi penyelamat anda
Dalam kehidupan kita, berapa kali sahaja akan kita pindah rumah? Dan berapa kali sahaja kita akan menyewa sebuah lori? Mungkin 1 ke 3 kali sahaja?
Tetapi, anda mungkin sering memerlukan servis menghantar barangan besar, bukan?
Jika anda hanya inginkan sebuah meja kecil, beberapa kotak, dan kerusi untuk dipindahkan, anda boleh menempah sebuah 4×4 pickup truck untuk bantu!
Dan jika anda ingin memindahkan sebuah peti sejuk atau mesin basuh bersaiz sederhana, boleh juga menempah sebuah van!
Amaran:ย Anda tidak disyorkan untuk meletakkan mesin basuh anda dalam keadaan terbaring semasa pemindahan. Ia boleh membawa kepada kerosakan!
Tips tambahan:ย Jika anda baringkan peti sejuk untuk pemindahan, pastikan anda biarkannya berdiri kembali selama mana ia dibaringkan sebelum hidupkannya kembali.
Contoh:ย Jika peti sejuk anda sudah dibaringkan selama sejam di dalam van, berdirikannya selama sejam juga sebelum hidupkannya kembali.
Kadang-kadang, anda tidak perlukan lori besar.
-
Pickup 4×4 โ sesuai untuk hantar meja kecil, kerusi, atau beberapa kotak.
-
Van โ pilihan terbaik untuk peti sejuk sederhana atau mesin basuh.
โ ๏ธ Elakkan baringkan mesin basuh semasa pemindahan kerana boleh rosak. Jika peti sejuk dibaringkan, biarkan ia berdiri kembali untuk tempoh yang sama sebelum digunakan.
Baca lagi tentang tips memilih saiz lori sewa.
Tunggu apa lagi? Buatlah tempahan lori, van, atau 4×4 anda dengan TheLorry! Anda boleh juga muat turun mobile app kami untuk membuat tempahan!
Chat Dengan Kami Untuk Pilihan Lori Tepat
Masih keliru dengan pilihan lori? Jangan risau โ pasukan TheLorry sedia membantu anda memilih lori dengan tepat berdasarkan barang dan bajet.
๐ฑ Chat dengan kami di WhatsApp untuk cadangan segera.
Kini anda sudah tahu bagaimana cara memilih saiz lori sewa yang betul. Jangan biarkan pindah rumah jadi lebih stres daripada sepatutnya.
Tempah servis yang paling sesuai untuk anda:
-
House Moving Package untuk pindah rumah lengkap.
-
On-Demand Lori Sewa jika hanya perlukan lori segera.
-
Disposal Service untuk buang perabot lama.
-
Cross-Border Service jika pindah ke luar negara.
Baca Juga Artikel Berkaitan di TheLorry
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menempah lori sewa, jangan berhenti di sini sahaja. TheLorry menyediakan banyak panduan lain yang boleh membantu anda membuat keputusan lebih bijak dan jimat kos semasa berpindah. Berikut adalah artikel yang patut anda baca seterusnya:
Nak Sewa Lori 1 Tan? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Ramai orang anggap lori 1 tan cukup untuk semua barang, tapi realitinya tidak semudah itu. Dalam artikel ini, kami jelaskan kelebihan, kekangan, dan tips praktikal untuk tentukan bila lori 1 tan sesuai digunakan. Jika anda tinggal di apartment atau hanya bawa barang minimum, panduan ini sangat penting untuk anda.
Lori Sewa Lebih Menguntungkan Semasa Pindah Rumah
Adakah lebih berbaloi guna lori sewa berbanding cara lain? Artikel ini membandingkan kos, fleksibiliti, dan kelebihan lori sewa berbanding anda menguruskan sendiri atau guna perkhidmatan lain. Ia sangat sesuai dibaca bagi mereka yang mahu pindah rumah tanpa stres dan tanpa pembaziran wang.
5 Kesalahan Perlu Elak Semasa Cari Lori Sewa
Kesilapan kecil boleh menyebabkan anda bayar lebih atau menghadapi masalah semasa hari pindah. Artikel ini senaraikan kesilapan paling biasa pelanggan buat, seperti tersalah pilih saiz lori, tidak mengira masa dengan betul, atau memilih servis yang tidak sesuai. Dengan membaca panduan ini, anda boleh elakkan diri daripada menanggung kos tambahan yang tidak perlu.
๐ Teruskan membaca artikel-artikel ini supaya anda lebih yakin dan bersedia memilih lori yang tepat. Semakin banyak anda tahu, semakin mudah proses pindah rumah anda bersama TheLorry.