News

Rakan Pemandu Kami, Wira Kami

Cabaran di waktu pandemik adalah berbeza bagi setiap individu mahupun perniagaan. Kami di TheLorry juga tidak terkecuali tetapi kami yakin bahawa setiap cabaran mampu dihadapi dengan sokongan padu pasukan terutamanya rakan pemandu kami.

Siapa rakan pemandu TheLorry? Sudah tentulah mereka yang tidak jemu memusing stereng menghantar barangan ke hadapan pintu rumah anda.

Rakan pemandu merupakan pekerja barisan hadapan TheLorry, mereka bekerja keras walaupun berhadapan dengan pandemik demi memenuhi keperluan pelanggan. Ini bermakna mereka terdedah kepada jangkitan virus Covid-19 apabila bekerja di luar pejabat dan berada di zon merah untuk membuat penghantaran. Namun begitu, rakan pemandu TheLorry tetap bertugas siang dan malam bagi memastikan penghantaran barang dapat dilakukan dengan cepat dan selamat kepada penerima.

TheLorry menghargai dan memandang serius setiap maklum balas yang diberikan oleh para pelanggan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti servis. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Disini kami kongsikan 4 cara untuk menghargai rakan pemandu TheLorry anda jika perkhidmatan mereka memuaskan.

4 cara untuk menghargai rakan pemandu anda;

  1. Mengucapkan terima kasih“Terima kasih” adalah ucapan yang ringkas tetapi sangat bermakna buat rakan pemandu.
  2. Sebarkan KebahagiaanIni bermaksud memberikan senyuman dan menggunakan perkataan yang positif ketika berurusan supaya dapat mewujudkan persekitaran yang positif dan juga selesa buat kedua-dua pihak, pelanggan dan juga rakan pemandu.
  3. Memberikan maklum balas yang positifJika perkhidmatan rakan pemandu kami memuaskan, anda boleh memberikan maklum balas yang positif atau penilaian. Dengan cara ini, pihak syarikat dapat mengenal pasti prestasi dan memberikan ganjaran kepada rakan pemandu.
  4. Mengesyorkan kepada rakan-rakan untuk menggunakan perkhidmatan TheLorryAnda boleh menikmati diskaun sehingga 10% bersama ahli keluarga, jiran mahupun rakan-rakan dengan menggunakan kod promosi THANK2U di TheLorry. *tertakluk pada terma & syarat
Sharing is caring