News

12 Jenis Pemandu Lori Kita Sering Nampak di Malaysia

By 18/05/2017October 6th, 2021No Comments

Jalanraya di Malaysia, lebih-lebih lagi sekarang, adalah satu tempat yang memberi tekanan tinggi kepada rakyat zaman ini.

Penambahan mendadak jumlah kereta di atas jalanraya telah menyebabkan kesesakan yang teramat, dan tidak kesemuanya mengikuti arahan lalulintas.

Pemandu lori di Malaysia terutamanya selalu mendapat reputasi buruk di kalangan pemandu jalanraya, walaupun pekerjaan mereka sebenarnya pekerjaan yang sangat lumayan.

Pemandu-pemandu jentera berat dipanggil lori di Malaysia adalah sekumpulan pemandu yang penuh dengan ragam dan rancak.

Lori-lori berbadan badang ini lah yang tidak selalu dicabar oleh pemandu kenderaan lain, mahu pun yang memandu kereta sport berenjin V8 dengan 940 kuasa kuda.

Selain dari pelbagai variasi lori yang kita jumpa di Malaysia, kita juga dapat melihat kepelbagaian jenis pemandu lori yang memandu gergasi jalanan ini.

1.Yang memandu laju tak ingat dunia

Antara yang paling biasa untuk kita nampak di mana-mana jalanraya negara ini adalah pemandu lori yang juga merupakan peminat siri filem Fast & Furious.

Lori-lori ini mempunyai kelajuan tidak disangka oleh kenderaan sebesarnya. Jika anda pernah memandu tengah malam di highway, anda kemungkinan besar pernah nampak The Flash gergasi ini.

Di bawah kemalapan bulan, mereka menekan pedal minyak ke lantai tanpa sedikit pun rasa takut.

Kebanyakkan pemandu lori yang memandu dengan kelajuan ini adalah mereka yang membawa lori ‘kontot’, atau lori tanpa muatan. Kelajuan mereka membuatkan Mitsubishi Evo-7 pun nampak seperti Kancil Turbo.

2.Yang suka mencelah

Selalunya pemandu lori seperti ini mempunyai perangai yang sama dengan yang di atas. Pemandu lori ini sangat suka menukar lane secara tiba-tiba, dan sering semasa memandu laju.

Biarpun di jalan besar, jalan kecil, jalan kampung, atau jalan bandar, lori mereka seolah-olah dipandu sebagaimana kereta Mini Cooper mencelah diantara kereta semasa traffic jam.

Kejutan yang diberi kepada pemandu lain semasa mereka menukar lane dengan tiba-tiba mungkin juga disebabkan oleh lampu signal mereka yang seringkali tidak jelas di mata pandangan.

Pemandu kenderaan perlu sentiasa berwaspada setelah mengenal pasti pemandu lori penukar lane ini.

3.Yang macam mengantuk (atau mabuk)

Ini antara jenis pemandu lori yang membawa bahaya kepada pemandu-pemandu lain. Kadang-kadang dia ke kiri, kadang-kadang ke kanan. Kadangkala dia memberi signal ke kiri, tetapi masuk ke simpang kanan.

Ada juga yang sentiasa tidak berjaya untuk mengekalkan lorinya di antara dua garisan putih jalanraya, walaupun jalannya selurus-lurus galah jolokkan cempedak.

Mungkin pemandu ini tidak mengamalkan cara-cara yang betul untuk bersedia dengan perjalanan jarak jauh.

4.Yang lorinya boleh ‘menari’

Kita juga dapat nampak beberapa lori di jalanraya Malaysia yang mempunyai skill tarian dangdut seperti Inul.

Walaupun lorinya dipandu lurus, muatan di belakangnya suka bergoyang-goyang seperti sedang menari. Mereka juga boleh buat corner baring jika pusingan jalan cukup tajam.

Jantung para pemandu lain akan berhenti sejenak terutamanya apabila lori seperti ini melalui bonggol di jalan.

5.Yang terlebih confident

Pemandu lori perlu mempunyai keyakinan yang tinggi akan skill memandu mereka, kerana kenderaan mereka selalunya lebih besar dan panjang dari kenderaan lain.

Setiap simpang dan pusingan memerlukan perhitungan jarak yang tepat. Tetapi kadang-kadang, kita akan berdepan dengan pemandu lori yang overconfident dengan kebolehan mereka.

Antara kejadian yang boleh berlaku jika pemandu lori terlebih yakin adalah pemandu lori gagal untuk melepasi pusingan U di jalan sibuk, atau lori tersekat di dalam terowong akibat terlebih ketinggian, atau juga yang ternaik divider jalan akibat mencelah.

Lori-lori muatan berat dan panjang, seperti lori kontena, adalah yang sering dijadikan mangsa pemandu lori overconfident ini.

Oleh itu, tugas kita sebagai pemandu kenderaan kecil adalah untuk sentiasa berwaspada dan jangan mengikuti lori-lori besar ini terlalu dekat. Pastikan jarak anda dengan lori seperti ini cukup untuk anda mengelak atau berhenti ketika kecemasan.

6.Yang memandu terlampau perlahan

Ini sering dapat dilihat bila pemandu lori membawa lori muatan berat dan memandu di jalan bukit. Traffic jam berkilo-kilometer boleh terhasil disebabkan pemandu lori ini.

Tetapi kita tidak berhak untuk memarahi mereka, sebab mereka hanya melakukan kerja mereka dengan selamat dan berhemah.

7.Yang suka melambai

Satu perkara yang baik dengan pemandu lori perlahan ini adalah seringkali mereka juga adalah pemandu lori mesra.

Mereka gemar melambai ke arah pemandu-pemandu lain, selalunya untuk menyuruh pemandu lain memotong apabila terbentangnya peluang.

Jika kita sudah berada berjam-jam di belakang sebuah lori besar perlahan, sensasi menerima lambaian pemandu lori untuk melepasi kenderaannya adalah suatu perasaan yang sangat melegakan.

Sebuah tip untuk anda yang merasai keadaan ini. Angkatlah tangan tanda berterima kasih dan bunyikan hon pendek. Mungkin ia boleh melegakan tekanan pemandu lori tersebut, sebab dia pun tidak menggemari perjalanan lambat mereka.

8.Yang loading/unloading tengah-tengah jalan

Ini antara perkara yang sangat menjengkelkan diantara pemandu di Malaysia. Jalan-jalan rumah kedai sibuk adalah lokasi yang selalu berlakunya perkara ini.

Kita hanya mahu mencari parking untuk makan tengahari, tetapi sekarang terpaksa menuggu pemandu lori memunggah barang untuk kedai runcit pula.

Perasaan ingin membunyikan hon dan memarahi mereka di masa ini pasti akan ada, tetapi kita perlu beringat dan sedar bahawa jalan yang sempit itu tidak memberi banyak pilihan kepada mereka juga.

9.Yang suka berhenti di belakang terlalu dekat

Perkara ini adalah perkara yang sangat biasa kita lalui di perhentian traffic light.

Lori kebiasaannya tidak mempunyai hood di depan kenderaannya seperti kereta lain, dan pemandu lori sudah biasa dengan lorinya berhenti dekat dengan kereta di depan.

Kita yang memandu di depan pula akan basah dahi melihat lori itu mendekati punggung kereta melalui cermin pandang belakang.

Ketakutan pemandu akan bertambah-tambah jika kereta yang dibawanya adalah sebuah hatchback, kerana perasaan akan mengatakan lori di belakang berhenti sangat-sangat DEKAT.

10.Yang tak berbau wangi

Cuaca tropikal di Malaysia adalah sebuah tarikan kepada mereka yang duduk di negara bercuaca sejuk. Kadar hujan dan panas yang kita terima sepanjang tahun menghasilkan pelbagai flora dan fauna yang unik.

Tetapi, cuaca panas-lembap kita juga boleh membawa padah jika disaingkan bersama sampah sarap negara ini. Seringkali kita perlu tahan nafas apabila berjalan di sebelah kawasan pelupusan sampah.

Lori-lori sampah juga tidak dikecualikan, dan pemandu sering perlu menahan nafas bila memandu bersebelahan mereka.

Perasaan ingin marah akan sekali lagi muncul jika kita berdepan dengan pemandu lori yang busuk, tetapi kita sekali lagi perlu ingat yang mereka hanya melakukan kerja mereka.

Bersedia untuk menahan nafas atau sediakan wangi-wangian anda jika terserempak kelak. Mungkin anda boleh juga bertemu jodoh dengan pertemuan anda dengan lori sampah?

11.Yang bersikap professional

Setelah menyenaraikan beberapa jenis pemandu lori kita sering nampak di negara kita, kita perlu mengambil masa juga untuk memberi penghargaan kepada mereka yang bersikap professional.

Memandu lori adalah pekerjaan yang bukan senang. Ini kerana kerja mereka melibatkan pemanduan jarak jauh, di dalam jangka masa yang panjang, mengangkat barang-barang berat, dan melayan pelanggan mereka dengan baik dan cermat.

Tambahan lagi bila mereka yang menyediakan servis pemindahan rumah dan pejabat.

Pemandu lori yang bersikap professional semasa menjalankan tugas mereka juga adalah yang sering kita nampak, terutamanya jika anda mengambil servis pindah rumah thelorry.com/my.

Marilah kita menghargai pengorbanan para pemandu lori yang bekerja keras untuk menanggung kehidupannya dan keluarga, dan berhati-hatilah semasa memandu di sekitar lori-lori Malaysia.

Sharing is caring