Business

Rahsia Jimat Kos Sewa Lori Sebanyak 30% Dengan ‘Lori Balik Kosong’

By 05/04/2017October 6th, 2021No Comments

Mahu tahu bagaimana hendak mencari servis pengangkutan lori (untuk pindah rumah, hantar barang niaga) yang 30% lagi murah daripada harga biasa?

Ada rahsianya..

Rahsianya boleh disimpulkan dengan tiga perkataan: “lori balik kosong”

Apakah itu “lori balik kosong”?

“Lori balik kosong” terjadi apabila pengusaha lori pergi dari satu destinasi A ke destinasi B dengan muatan, dan pulang semula ke destinasi A tanpa muatan.

Untuk perjalanan A ke B, kebiasaannya harga servis sudah cukup untuk menampung perbelanjaan operasi lori tersebut pergi dan balik.

Jadi untuk perjalanan B ke A, pengusaha lori bersedia untuk menurunkan harga kerana ianya pendapatan “bonus” untuk beliau.

Sila rujuk gambar di bawah untuk penjelasan yang lebih jelas:

Bagaimana nak cari “lori balik kosong”?

Banyak cara sebenarnya untuk kita mencari “lori balik kosong”. Antaranya adalah:

  1. WhatsApp dan Facebook group
  2. “Hot Deals” oleh TheLorry

Untuk sertai group Whatsapp yang membolehkan tuan/puan mencari “lori balik kosong” ikut langkah-langkah berikut:

  1. Cari admin WhatsApp group melalui kenalan/rakan, iklan di Facebook atau carian Google.
  2. Minta beliau add tuan/puan dalam group tersebut.
  3. Contoh iklan untuk ditulis dalam group: “Mencari lori kosong dari Johor Bahru ke Ara Damansara. Lori 3 tan 17 kaki diperlukan pada awal April. Barang: 50 kotak bersaiz 10x10x10cm. Mohon PM dengan harga yang ditawarkan.”

Untuk Facebook pula, tuan/puan boleh sertai Facebook group seperti LORI UNTUK DISEWA dan Lori Balik Kosong. Gunakan ayat iklan yang sama seperti di atas.

Namun begitu, WhatsApp dan Facebook sedikit leceh kerana tuan/puan perlu berhubung dan berunding dengan setiap pengusaha yang menghubung tuan/puan – ini mungkin mengambil masa yang lama.

Jadi bagaimana hendak menyenangkan kerja tuan/puan?

Dengan produk “Hot Deals” kami.

Apa itu “Hot Deals”?

Ia adalah satu platform dan produk untuk menyenangkan pelanggan mencari “lori balik kosong” dengan harga 30% lebih murah.

Cuma perlu layari www.thelorry.com/my/book/hotdeals dan lihat tawaran-tawaran yang disediakan.

Tawaran-tawaran di atas adalah perjalanan pengusaha-pengusaha lori dalam platform kami yang pulang tanpa muatan.

Kemudian, isikan alamat serta butiran masa dan tarikh kemudian buat pembayaran secara online. Siap!

Senang bukan?

Apa bezanya dengan servis lori biasa?

“Hot Deals”Servis Biasa
Jenis tempahanDitentukan oleh pengusaha loriDitentukan oleh pelanggan
JaminanTidak dijamin oleh pihak TheLorry. Sekiranya ada masalah daripada segi tempahan, TheLorry tidak akan mencari pengganti dan pelanggan berhak mendapat pembayaran balik (refund) untuk pembayaran. Tertakluk kepada terma dan syarat.Dijamin oleh pihak TheLorry. Sekiranya ada masalah daripada segi tempahan, TheLorry akan mencari pengganti.
Servis balut dan buka pasang perabotTidak disediakanDisediakan
PembayaranOnlineOnline & Cash on Delivery (COD)

Boleh percaya ke ni?

Kalau kita yang cerita, tuan/puan tidak akan percaya. Apa kata tuan/puan baca review kami di bawah:

“Mr.Chung menepati masa, Very friendly and helpful. Terima kasih sangat2. Sy akan suggest the lorry pada kawan2 lain. Perkhidmatan berbaloi dan memuaskan!!” – Wa’adah Yaakub

“Service bagus. Trusted. Driver on time. No hidden cost walaupun driver offer wrap fridge. Very recommended.” – Siti Raiza

“1. Hadir tepat pada masa 2. Pekerja yg mahir 3. Pengendalian barangan yg baik 4. Mr Letchumanan seorang berpengalaman dan dedikasi 5. Akan menggunakan servis ini dimasa hadapan 6. Rekomen pada kawan kawan” – Hairi Md Din

“perkhidmatan yang efisien, barang yang dipindahkan secara berhati2 dan selamat. Tq” – Aini Zamirah Abd Jalil

“Sangat pantas. Tiba lebih awal. Ramah. Barang rapi tanpa kerosakan. Terbaik.” – Mohamad Halim

“Sangat berpuas hati dengan servis yang telah diberikan. Friendly dan kerja yang dibuat sangat cepat.. On time memang terbaikkk… Will recommend to my collegue… Good Job guys” – Sumayyah

Ada terma & syarat?

Boleh klik di sini untuk membaca terma dan syarat untuk servis ini..

Bagaimana hendak membuat tempahan?

Step 1: Pergi ke www.thelorry.com/my/book/hotdeals

Step 2: Pilih perjalanan dan jenis pengangkutan yang diingini

Step 3: Isi butiran alamat, nama, emel dan nombor telefon

Step 4: Buat pembayaran secara online

Step 5: Tempahan selesai! Wakil khidmat pelanggan kami akan hubungi tuan/puan dalam masa terdekat.

Sharing is caring