Tips Pindah Rumah

Pindah Rumah, Hijrah Juga Ke?

By 17/06/2025No Comments

Pindah Rumah Hijrah Juga ke? Maksud Rohani di Sebalik Perpindahan Rumah dalam Islam

Pindah Rumah, Hijrah Juga Ke?

Maksud Rohani di Sebalik Perpindahan Rumah dalam Islam

 

Hijrah itu kita semua tahu—berpindah demi agama seperti Nabi SAW dari Makkah ke Madinah. Tapi pernah tak terfikir, berpindah rumah hari ini pun boleh jadi satu bentuk hijrah?

(Photo by Brett Jordan)

Ramai yang melihat pindah rumah sebagai sekadar urusan logistik. Angkat barang, sewa lori, cari rumah baru—selesai. Tapi dalam Islam, setiap tindakan, walau sekecil mana pun, dia sebenarnya ada potensi untuk menjadi ibadah jika kita niatkan dia dengan betul.

Dekat TheLorry, kami bukan sekadar nak bantu anda pindah barang. Kami nak bantu anda berhijrah—bukan saja ke rumah baru, tapi juga ke arah kehidupan yang lebih teratur, tenang dan penuh keberkatan. Pindah rumah ni boleh jadi satu langkah besar untuk keluar dari persekitaran yang tak elok, dan mula bina suasana baru yang lebih dekat dengan nilai-nilai Islam.

InsyaAllah, dalam penulisan kali ini, kami akan bimbing anda macam mana nak jadikan proses pindah rumah sebagai satu bentuk hijrah moden yang lebih bermakna—baik dari segi fizikal, emosi mahupun rohani.

(Photo by Safwan C K)

Apa Itu Hijrah? Jom Fahamkan Asal-Usul dan Maknanya

ditulis oleh TheLorry  pada 17 Jun 2025

Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang secara harfiah bermaksud berpindah atau meninggalkan sesuatu. Namun dalam Islam, makna hijrah tidak hanya terbatas kepada perpindahan tempat, tetapi turut merangkumi perubahan diri secara rohani.

Dalam ajaran Islam, hijrah boleh difahami dalam dua bentuk:

  1. Hijrah secara fizikal – iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan untuk menjaga akidah, menghindari kezaliman, atau mencari tempat yang lebih selamat dan membolehkan kita mengamalkan agama dengan lebih sempurna. Contohnya, seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah.
  2. Hijrah hati dan perilaku (dalaman atau rohani) – iaitu meninggalkan dosa, keburukan, dan gaya hidup yang lalai atau tak elok kepada cara hidup yang lebih taat kepada Allah SWT. Ini termasuklah berubah ke arah kebaikan, memperbaiki akhlak, dan mendekatkan diri kepada ibadah dan al-Quran.

Dalam dunia moden hari ini, terdapat banyak perkara yang telah dinormalisasikan oleh generasi muda seperti pergaulan bebas, pengaruh media sosial yang tidak terkawal, hiburan yang melampau dan gaya hidup yang menjauhkan daripada nilai Islam. Perkara-perkara ini dilihat sebagai “perkara biasa” dalam masyarakat sekarang, tetapi hakikatnya boleh menjauhkan seseorang umat islam daripada keberkatan hidup. Maka, hijrah dari aspek hati dan perilaku menjadi semakin penting untuk kembali kepada asas dan nilai-nilai Islam sebenar.

Berdasarkan artikel “Mendalami Makna Hijrah dalam Islam, kedua-dua bentuk hijrah ini mempunyai satu tujuan utama, untuk mencari keredaan Allah dan memperbaiki kehidupan. Dalam konteks berpindah rumah hari ini, jika disertai dengan niat yang betul dan usaha untuk menjadi insan yang lebih baik, maka ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk hijrah yang diberkati.

“Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

(Photo by Maxim Tolchinskiy)

Berpindah Rumah Dengan Tujuan Rohani

Dalam kehidupan moden, ramai orang berpindah rumah atas pelbagai sebab—untuk dekat dengan tempat kerja, berpindah ke kawasan yang lebih selamat, atau mencari persekitaran yang lebih baik untuk anak-anak. Tapi bagaimana jika kita melihat perpindahan ini sebagai satu peluang Hijrah rohani?

Apa maksud hijrah rohani? Hijrah Rohani ni merujuk kepada perubahan dalaman seseorang—dari segi niat, cara hidup dan amalan seharian—ke arah yang lebih baik menurut panduan Islam. Hijrah ini berlaku dalam hati dan perilaku kita, bila kita mula tinggalkan perkara yang melalaikan dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah.

Contohnya, berpindah ke kawasan yang lebih dekat dengan masjid supaya lebih mudah solat berjemaah, atau berpindah ke kawasan yang lebih tenang supaya lebih fokus dalam beribadah. Ada juga yang berpindah untuk keluar dari persekitaran sosial yang toksik dan menggantikan dengan suasana yang lebih membina. Semua ini bukan sekadar pindah lokasi, tapi pindah niat, pindah hati, dan pindah cara hidup.

Dengan niat yang betul, setiap kotak yang dibungkus, setiap langkah yang diambil ke rumah baru bukan sekadar kerja fizikal—ianya satu langkah mendekati reda Allah SWT.

Apa itu reda Allah? Berdasarkan Salam Muslim, Reda Allah adalah apabila kita menerima segala ketentuan-Nya dengan kesabaran, keikhlasan, dan keyakinan bahawa yang terjadi adalah kehendak-Nya. Bagi setiap Muslim, Reda Allah adalah pengabdian diri yang diharapkan. Allah berfirman, bahawa tidak ada yang lebih baik daripada orang yang redha dengan takdir-Nya. Reda bukan bermaksud kita hanya pasrah tanpa berusaha, tetapi apabila kita dah berusaha dengan gigih dan akhirnya bertawakal kepada Allah.

(Photo by Masjid Pogung Dalangan)

Doa & Amalan Sunnah Ketika Masuk Rumah Baru

Dalam Islam, berpindah ke rumah baru bukan sekadar soal fizikal, tetapi juga merupakan peluang untuk memulakan fasa baru dengan keberkatan. Sebab itu, Islam menganjurkan beberapa amalan dan doa yang boleh diamalkan apabila nak masuk rumah baru.

Antara sunnah yang dianjurkan ialah:

1. Membaca Doa Masuk Rumah

Antara doa yang digalakkan dibaca ketika melangkah masuk ke rumah baru

اَللهُمَّ اِنّىْ اَسْأَلُكَ خَيْرَالْمَوْلِجِ وَخَيْرَالْمَخْرَجِ بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللهِ رَبّنَا تَوَكَّلْنَا

“Allahumma inni as-aluka khaira al-maulaji wa khaira al-makhraji, bismillahi walajna wa bismillahi kharajna, wa ‘ala Allahi rabbina tawakkalna.”

Maksudnya: 

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Atas nama-Mu kami masuk dan atas nama-Mu kami keluar. Dan kepada Allah Tuhan kami, kami bertawakal.”

Doa ini mengingatkan kita agar setiap langkah kita ke dalam rumah baru disandarkan kepada Allah SWT. Tambahan pula, dia bukan hanya permohonan keselamatan fizikal, tetapi juga memohon kebaikan rohani daripada tempat keluar dan masuk. Dengan membaca doa ini, kita menyerahkan urusan kepada Allah dengan penuh tawakal.

(Photo by Masjid Pogung Dalangan)

2. Membaca Surah Al-Baqarah

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda bahawa rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan selama tiga malam. Jadi, disarankan agar Surah ini dibacakan dalam rumah baru sebagai pelindung rohani.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Bacalah oleh kalian surat Al Baqarah; kerana mengambilnya adalah keberkahan dan meninggalkannya adalah kerugian, dan para tukang sihir tidaklah mampu (menggelincirkannya dari kebenaran)”

(HR. Muslim).

Berdasarkan artikel “Keberkahan Dalam Surat Al-Baqarah“, bacaan surah ini bukan sekadar simbolik, malah sebagai pelindung utama daripada gangguan halus seperti syaitan dan sihir. Surah Al-Baqarah mengandungi banyak ayat-ayat tauhid dan hukum, yang secara tidak langsung membentuk suasana rumah yang dilimpahi keberkatan.

(Photo by Masjid Pogung Dalangan)

3. Solat Sunat Dua Rakaat

Sebaik masuk rumah, digalakkan untuk menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda syukur dan memohon perlindungan daripada Allah daripada sebarang keburukan.Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

Maksudnya:

“Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.”

(Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah)

Terang sudah ini ditulis dalam artikel “IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-381“. Solat ini bukan hanya rutin ibadah, tetapi merupakan tanda syukur atas nikmat memiliki tempat tinggal. Ia juga adalah penghubung rohani yang pertama antara penghuni dengan rumah tersebut.

4. Memberi Salam dan Berdoa

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ

Maksudnya:

“Apabila seseorng masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.”

(Hadis Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765) dan lain-lain.)

Bukan itu sahaja, memberi salam bukan hanya satu bentuk sopan santun, tetapi juga kunci utama menghalang syaitan dari mendiami rumah kita. Zikir dan doa yang menyusul pula akan memperkuatkan aura positif dalam rumah.

Allah SWT juga berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)”

Surah al-Nur: 27

Artikel dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menunjukkan yang amalan-amalan ini bukan sahaja menyucikan ruang fizikal, tetapi juga menanam elemen rohani dalam rumah baru yang akan menjadi tempat kita dan keluarga berlindung dan beribadah.

(Photo by Clique Images)

Barakah Semasa Pindah Rumah

Apa itu barakah sebenarnya? Barakah atau keberkatan bermaksud pertambahan kebaikan dan kurniaan daripada Allah SWT dalam sesuatu perkara, walaupun ia nampak sedikit atau sederhana. Dalam konteks pindah rumah, barakah bukan sekadar bermaksud rumah besar atau cantik, tetapi suasana rumah yang penuh ketenangan, rezeki yang melimpah, anak-anak yang taat, dan kehidupan yang tenang serta harmoni.

Bagi kita sebagai umat Islam, mengejar barakah adalah sebahagian daripada usaha mendapatkan reda Allah. Dalam artikel “Barakah yang Diberikan Allah pada Manusia“, rumah yang ada barakah ialah rumah yang penghuninya saling menghormati, menjaga solat, menyebut nama Allah, dan mengamalkan sunnah. 

 

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ وَالكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya:

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”

Surah Al-A’raf: 96

Ayat ini menunjukkan yang barakah ni adalah anugerah dari Allah SWT yang diberikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa. Tetapi lebih dari itu, ia adalah bentuk balasan dari Allah atas ketaatan dan ketakwaan hamba-Nya. Bila kita betul-betul meletakkan iman dan takwa sebagai asas dalam hidup kita—termasuk dalam hal sekecil pindah rumah—maka Allah bukan sekadar beri ketenangan hati, tapi juga keluasan rezeki, perlindungan daripada musibah, dan suasana keluarga yang harmoni.

Dalam ayat ini juga, Allah menyebut tentang barakah yang datang “dari langit dan bumi”—sebuah gambaran yang keberkatan itu merangkumi segala aspek kehidupan; dari keperluan harian hingga kepada perkara yang tidak kita sangka. Barakah bukan sekadar benda fizikal atau jumlah wang, tetapi rasa cukup, bahagia dan tenang yang datang tanpa sebab yang jelas. Itu semua hanya boleh datang bila seseorang itu hidup dengan iman dan takwa sebenar.

 

Kenapa Barakah Itu Penting Bila Pindah Rumah?

Sebab pindah rumah adalah permulaan baru. Ia peluang untuk kita bina suasana yang lebih baik — jauh dari perkara negatif, lebih dekat dengan masjid, suasana yang lebih baik untuk didikan anak-anak, dan gaya hidup yang lebih tersusun. Kalau kita mulakan pindah rumah dengan niat yang betul, adab yang betul dan pilihan yang baik, insyaAllah barakah itu akan ikut serta dalam perjalanan kita.

Dan untuk mereka yang tengah merancang nak pindah rumah atau tengah cari lori sewa yang boleh dipercayai — ini masa terbaik untuk fikir, “Macam mana aku nak pastikan perpindahan aku ni bukan sekadar pindah barang, tapi juga satu langkah yang penuh hikmah dan berkat?”

 

Realiti Pindah Rumah – Ramai Buat Tapi Tak Ambil Berat Tentang Nilai

Biasanya bila orang pindah rumah, semuanya nak cepat. Ada yang campak barang ikut suka, tak jaga barang, malah ada yang tinggal barang tanpa sedekahkan pada orang yang memerlukan. Tambahan pula, bila urusan jadi kelam-kabut, bergaduh dengan pasangan atau keluarga, barang rosak, penat dan stres — inilah antara tanda perpindahan itu tak dibawa dengan tenang dan hikmah.

Tapi cuba kita ubah perspektif. Bayangkan jika perpindahan itu dimulakan dengan doa, disusun dengan teratur, dan dilakukan dengan perkhidmatan yang amanah dan bertanggungjawab — tentu suasananya berbeza.

Pernah Dengar Tentang TheLorry?

Kami di TheLorry bukan sekadar menyediakan perkhidmatan lori sewa. Kami bantu anda berpindah dengan tenang, mudah dan penuh tanggungjawab. Dengan pemandu yang berpengalaman, sistem tempahan yang boleh dibuat di website kami, dan pilihan yang fleksibel, kami nak setiap pelanggan rasa selamat, dihormati dan dipermudahkan.

Bagi kami, membantu anda berpindah bukan sekadar kerja logistik — ia satu peluang untuk jadi sebahagian dari hijrah baru pelanggan kami. Sama ada anda berpindah demi keluarga, demi ketenangan, atau demi memulakan hidup baru — kami ingin bantu anda dengan cara yang paling berkat.

Layari laman web kami atau cari “TheLorry” hari ini untuk mula perjalanan anda. Moga setiap langkah anda diberi rahmat dan barakah oleh Allah SWT.

 

Sharing is caring