(Gambar dari facebook Anwar Ibrahim)
PENGHARGAAN PERDANA MENTERI UNTUK RAKYAT MALAYSIA
APA YANG DIUMUMKAN & APA MAKNANYA UNTUK KITA
oleh TheLorry pada 23 Julai 2025
Pada 23 Julai 2025, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan beberapa inisiatif besar di bawah kempen Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat sebagai satu bentuk penghormatan dan sokongan kepada seluruh rakyat Malaysia. Pengumuman ini telah dibuat secara rasmi melalui siaran langsung di akaun rasmi Facebook Anwar Ibrahim.
Antara pengumuman penting yang dibuat adalah:
1. Bantuan Tunai SARA RM100 Untuk Semua Rakyat Dewasa
Setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini akan disalurkan melalui MyKad bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.
“Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan asas di lebih daripada 4,100 kedai termasuk Mydin, Lotus, Econsave, 99SpeedMart dan kedai runcit seluruh negara.”
2. Cuti Tambahan Pada 15 September 2025
Sebagai penghargaan kepada semangat perpaduan rakyat Malaysia, kerajaan mengisytiharkan 15 September 2025 (Isnin) sebagai cuti umum tambahan sempena Hari Malaysia.
3. Harga Petrol RON95 Diturunkan
Harga minyak petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter bagi warganegara Malaysia apabila sistem penyasaran subsidi dilaksanakan kelak.
Sebaliknya, bukan warganegara akan membayar harga pasaran semasa, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
4. Tiada Kenaikan Kadar Tol
Kerajaan juga mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan di 10 lebuh raya utama. Langkah ini akan menjimatkan rakyat lebih RM500 juta.
Antara lebuh raya yang terlibat:
- Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
- Lebuhraya Pints Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
- Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
- Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
5. Bil Elektrik Turun
Sebanyak 85% pengguna domestik akan menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14% hasil penstrukturan semula tarif bermula bulan ini.
6. Jualan Rahmah MADANI Digandakan
Peruntukan untuk Jualan Rahmah MADANI akan digandakan kepada RM600 juta. Pelbagai jenis barangan keperluan harian akan disediakan. Kekerapan jualan akan ditingkatkan. Lokasi jualan akan diperluaskan merangkumi semua 600 DUN.
Apa Maksudnya kepada Rakyat?
Pengumuman ini bukan sekadar angka atau dasar – ia membawa kesan langsung kepada kehidupan harian kita.
Kesan Positif untuk Rakyat:
- RM100 bantuan tunai boleh digunakan untuk kurangkan beban belanja barangan dapur atau belanja harian.
- Harga minyak RON95 RM1.99/liter menjimatkan kos perjalanan harian terutama untuk penunggang motosikal & pemandu e-hailing.
- Cuti umum tambahan memberi peluang untuk keluarga luangkan masa bersama.
- Tiada kenaikan tol bermakna perjalanan lebih murah, terutamanya untuk yang ulang-alik bekerja jauh.
- Bil elektrik lebih rendah memberi kelegaan untuk isi rumah berpendapatan sederhana.
- Barang harga Rahmah senang untuk dibeli.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan MADANI untuk menyeimbangkan reformasi ekonomi dengan kebajikan rakyat. Ia bukan sahaja relevan dari sudut dasar, tetapi sangat bermakna bagi rakyat biasa yang bergelut dengan kos sara hidup.
Cara Tebus Bantuan RM100 SARA Guna MyKad
Bermula 31 Ogos 2025, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh menikmati bantuan tunai RM100 secara one-off melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) — tanpa perlu buat sebarang permohonan. Semuanya lebih mudah, kerana bantuan ini terus dikreditkan ke MyKad anda.
Bagaimana nak gunakannya? Ikuti langkah mudah berikut:
- Hanya Guna MyKad 🪪
Tiada borang, tiada pendaftaran. Anda hanya perlu bawa MyKad ke pasar raya atau kedai runcit terlibat untuk menebus bantuan tersebut. - Tebus di Lebih 4,100 Premis Seluruh Negara 🏪
Antara pasar raya yang menerima bantuan ini termasuk Mydin, Lotus, Econsave, Giant, 99 Speedmart, dan banyak lagi. - Hanya Untuk Barangan Terpilih🛒
Anda boleh gunakan RM100 ini untuk membeli lebih 90,000 jenis barangan keperluan dalam 14 kategori — seperti makanan asas, ubat-ubatan, produk penjagaan diri, dan keperluan sekolah. - Sah Hingga 31 Disember 2025 ⚠️
Gunakan bantuan ini sebelum ia tamat tempoh. Sebarang baki yang tidak digunakan selepas tarikh tersebut akan diagihkan semula kepada golongan rentan.
💡 Untuk panduan langkah demi langkah, baca artikel penuh oleh Astro Awani.
Rakyat Dihargai, Servis Harian Pun Lebih Mudah dengan TheLorry
Dengan pengumuman insentif terbaru daripada YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kini rakyat Malaysia bukan sahaja menerima bantuan tunai dan pengurangan kos sara hidup, tetapi juga peluang untuk merancang kehidupan harian dengan lebih bijak. Dan di sinilah TheLorry hadir sebagai penyokong mobiliti rakyat Malaysia.
Sama ada anda:
- Pindah Rumah ke lokasi baru di seluruh Semenanjung Malaysia.
- Perlukan servis Penghantaran Barang Besar segera dari rumah, pejabat atau kedai perniagaan
- Nak Buang Perabot Lama atau barangan yang besar dari rumah lama atau pejabat
- Bercadang untuk Pindah ke Singapura secara cross-border dari Malaysia
👉 TheLorry sedia membantu anda — mudah, murah dan memuaskan!
Dengan pilihan lori 1 tan, 3 tan, 5 tan & van, pekerja berpengalaman, serta tempahan mudah melalui app TheLorry, kami menjadikan setiap langkah anda lebih lancar.
💡 Bersama semangat MADANI dan sokongan kerajaan, rancanglah perpindahan dan keperluan logistik anda hari ini. TheLorry – solusi pintar untuk rakyat yang bergerak ke depan.