Nak Sewa Lori 3 Tan?
Anda sedang mencari lori sewa? dan tak tahu jenis saiz macamana?
Lori untuk mengangkat barang pindah ada pelbagai jenis berat dan saiz. Kebanyakkan orang yang menyewa lori saiz yang biasa adalah lori 1 tan, lori 3 tan dan lori 5 tan. Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan apakah itu lori 3 tan?
Baca Lagi : Tips Memilih Saiz Lori Untuk Disewa
Apakah Itu Lori 3 Tan?
Lori 3 tan bersamaan juga dengan lori 3000 kg. Saiz standard sebuah lori 3 tan adalah 14 x 7 x 7.5 kaki. Kebiasaan barang-barang yang boleh dimuat dalam lori 3 tan adalah :-
- King + Katil
- Mesin basuh
- Peti sejuk 2 pintu
- Meja makan 6 kerusi
- Sofa 3+2 tempat duduk
- Almari
Baca lagi : Nak Sewa Lori 1 Tan? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Boleh rujuk gambar visual dibawah tentang saiz dan kebesaran lori 3 tan dengan menggunakan kiraan kaki. Sesuai untuk barang yang sederhana besar dan pindah pejabat.
Antara perkhidmatan awam yang menggunakan lori 3 tan juga adalah tentera dan bomba.
Jenis Rumah Yang Sesuai Untuk Lori 3 Tan
Jenis rumah yang sesuai untuk anda pindah barang menggunakan lori 3 tan adalah rumah sederhana atau besar dengan jumlah barang yang tidak melebihi saiz 14 x 7 x 7.5 kaki. Selalunya barang yang melibatkan tilam king akan menggunakan lori 3 tan kerana saiznya yang sesuai.
Baca Lagi : 5 Tips Untuk Pilih Lori Sewa Dengan Betul
Banyak barang-barang besar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam lori 3 tan asalkan tidak melebihi saiz 14 kaki x 7 kaki x 7.5 kaki. Jadi sekiranya anda memerlukan barang yang lebih banyak dan hanya memerlukan 1 trip sahaja anda digalakkan untuk mengambil lori 5 tan.
Anda sedang mencari lori sewa 3 tan untuk pindah rumah? Kami juga menyediakan perkhidmatan lori sewa 3 tan dengan pantas dan mudah hanya klik melalui website kami sahaja. Booking di www.thelorry.com/my