Moving Tips

9 Tips Pindah Rumah Semasa Puasa

9 Tips Pindah Rumah Semasa Puasa dengan Sewa Lori Pindah Rumah Profesional

Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, tetapi ia juga mencabar jika anda perlu melakukan kerja berat seperti pindah rumah. Aktiviti ini memerlukan tenaga, perancangan, dan strategi supaya anda tidak terlalu letih semasa berpuasa. Berpuasa adalah satu kewajipan bagi ramai rakyat Malaysia di bulan Ramadan. Banyak aktiviti seronok yang sering dikaitkan dengan bulan yang mulia ini, termasuk solat Tarawih, bazaar Ramadan, dan semestinya, shopping raya. Tapi ada beberapa juga perkara yang buat orang yang berpuasa berasa lemah semangat. Salah satunya adalah melakukan kerja berat, lebih-lebih lagi kalau seseorang itu perlu mengemas barang untuk pindah rumah. Memang pada kebiasaannya orang tidak akan memilih bulan puasa untuk pindah rumah. Tetapi mungkin ada di antara kita yang terpaksa pindah rumah juga akan sebab tertentu. Jika anda salah seorang daripada yang terpaksa, ini lah 5 tips untuk anda mengemas rumah untuk pindah di bulan Ramadan mulia ini.

oleh TheLorry pada 11 Ogos 2025.

Dengan perancangan yang betul dan bantuan daripada perkhidmatan sewa lori pindah rumah profesional, anda boleh berpindah dengan lebih lancar dan tanpa tekanan.

Berikut adalah 9 tips praktikal untuk membantu anda berpindah rumah semasa puasa.

1. Kerja berat di malam hari. Kerja ringan di siang

Kerja-kerja seperti mengalihkan atau mengangkat almari, katil, atau meja sepatutnya dibuat pada malam hari. Tenaga yang kita dapat selepas berbuka puasa lebih menolong untuk mengangkat barang-barang berat.

Kerja ringan sebaliknya perlu dilakukan di pada waktu. Ini termasuk memunggah dan mengemas pinggan mangkuk, pakaian, atau buku-buku.

2. Buat kerja menghampiri masa iftar

Satu teknik yang selalu dilakukan oleh orang yang perlu melakukan kerja berat di bulan puasa adalah dengan melakukannya berdekatan waktu berbuka.

Kalau waktu berbuka terjatuh pada pukul 7.20, mulakan kerja anda pada pukul 5 petang. Tambahan lagi, tiada yang lebih nikmat jika anda dapat berbuka puasa selepas melakukan kerja berat.

3. Lakukan langkah-langkah asas sebelum bermula

Salah satu benda yang asas dan penting perlu dilakukan sebelum memulakan kerja memindah rumah adalah dengan membuat check list. Kegunaan check list, terutamanya untuk memastikan barang-barang cukup semasa pindah rumah adalah sangat penting. Sebagai tips tambahan, sediakan check list dengan menulis di dalam buku nota.

Ini kerana kita akan lebih mengingati tulisan yang ditulis dengan tangan dari menaip ke dalam telefon bimbit atau komputer. Tulis besar-besar, supaya senang untuk kita baca walau macam mana keadaan pun.

4. Lakukan kerja dengan efisyen

51230036 – boxes shack and ready for moving day

Tugas mengemas rumah ni kadang-kadang boleh jadi senang, kadang-kadang susah. Semuanya bergantung dengan betapa cekap kita buat kerja tersebut.

Jadi, jangan cuba mulakan kerja selagi bahan-bahan asas seperti kotak, plastik wrap, surat khabar, dan pita pelekat masih tidak disediakan.

Kerja akan bertambah leceh kalau kita perlu keluar untuk beli sesuatu semasa sedang mengemas.

Untuk pastikan pekerjaan yang lebih efisyen, anda boleh mengamalkan kaedah seperti;

  • Labelkan kotak-kotak mengikut isinya
  • Menyusun pinggan mangkuk secara menegak di dalam kotak sambil beralaskan surat khabar
  • Menyediakan satu beg keperluan asas (supaya tidak susah untuk mencari sabun mandi, berus gigi, atau tuala di dalam mana-mana kotak kemudian)

5. Gunakan kreativiti untuk mengurangkan kerja

Selain kecekapan, kreativiti boleh juga tolong kita untuk meringankan sedikit kerja-kerja berat seperti ini. Maklumlah, kita kalau boleh nak kerja kita senang semasa puasa kan?

Satu tips menarik yang anda boleh cuba untuk mengurangkan beban almari atau katil yang berat semasa mengalihkannya adalah dengan menggunakan karpet rumah anda. Luncurkan karpet ke bawah almari atau katil anda sebelum mula alihkan.

Dengan adanya karpet di bawah permukaan perabot berat, lebih senang untuk anda menolak almari atau katil tersebut daripada mengangkatnya. Ini boleh sekurang-kurangnya meringankan beban jika anda perlu angkat barang tersebut turun atau naik tangga rumah.

Selain mengalihkan perabot berat, tugas leceh seperti mengemas pakaian kita juga boleh disenangkan dengan sedikit kreativiti. Jika anda ada banyak baju tergantung yang perlu dikemaskan, anda boleh guna plastik sampah besar.

Kumpulkan beberapa baju tergantung (bersama hanger) dan bungkuskannya menggunakan plastik sampah. Dengan ini, baju-baju tersebut senang untuk dialihkan.

Bermacam-macam lagi cara kreatif yang boleh kita gunakan untuk memindah rumah tanpa stress. Semua boleh diketahui dengan lebih lanjut di sini.

6. Minta tolong rakan-rakan anda

Tips ini bukanlah tips yang eksklusif kepada bulan puasa, tetapi keperluan untuk rakan-rakan anda untuk datang menolong akan bertambah dengan pastinya semasa berpuasa.

Jadi janganlah malu untuk menelefon mereka dan meminta pertolongan. Anda boleh memberi insentif dengan menyediakan juadah berbuka puasa selepas mereka menolong anda. Lakukan kerja berhampiran waktu berbuka adalah sangat bersesuaian di masa ini.

Sebagai tips tambahan, beri tugasan khas kepada rakan-rakan anda supaya kerja dapat dijalankan dengan lebih cekap dan efisyen.

7. Sahur secukupnya

Sebagai manusia yang selalu lupa dan alpa, kita kadang-kadang akan terlambat bangun untuk sahur. Masa itulah kita akan kelam-kabut makan biskut atau roti berselangkan air masak.

Jika anda dah rancang untuk mengemas rumah untuk pindah, bersedialah awal dengan bersahur secukupnya. Makanan sahur adalah satu-satunya sumber tenaga kita sepanjang hari sebelum berbuka, jadi tolong jangan terlambat bangun sahur!

8. Pergi bazaar!

Seperti mana yang kita tahu, hanya pada bulan puasa sahajalah boleh kita jumpa makanan-makanan menarik dijual di bazaar Ramadan setiap hari sepanjang bulan.

Kepelbagaian makanan yang tersedia ini menjadi paling relevan jika anda terpaksa berpindah di bulan Ramadan. Tidak perlu untuk anda bersusah payah untuk memasak, sebaliknya tugaskan seorang dari keluarga atau rakan untuk tolong belikan juadah berbuka puasa.

9. Gunakan Perkhidmatan Sewa Lori Pindah Rumah Profesional

Pindah rumah semasa bulan puasa bukanlah satu tugas yang mudah. Selain kekangan masa dan tenaga, anda juga perlu memastikan semua barang dipindahkan dengan selamat. Inilah sebabnya perkhidmatan sewa lori pindah rumah profesional sangat membantu.

Daripada meminjam lori daripada rakan atau menyewa daripada pemandu yang tidak dikenali, memilih syarikat berpengalaman seperti TheLorry memberikan banyak kelebihan:

  • Pemandu berpengalaman dan boleh dipercayai
    Pemandu yang dilatih khusus tahu cara memuatkan dan mengendalikan barang dengan selamat. Mereka juga memahami selok-belok jalan untuk memastikan perjalanan lancar tanpa kelewatan.

  • Pilihan lori pelbagai saiz
    Sama ada anda tinggal di apartment kecil atau rumah dua tingkat, anda boleh memilih lori 1 tan, 3 tan, atau lebih besar, bergantung pada jumlah barang anda. Ini membantu mengelakkan pembaziran ruang dan kos.

  • Perlindungan barang semasa pemindahan
    Kebanyakan perkhidmatan profesional menyediakan pembungkusan tambahan, tali pengikat, dan perlindungan untuk mengurangkan risiko kerosakan. Ini penting terutamanya untuk barang rapuh seperti kaca atau peralatan elektrik.

  • Harga jelas tanpa caj tersembunyi
    Dengan lori pindah rumah profesional, anda akan menerima sebut harga yang telus. Tiada caj “tiba-tiba” pada hari pemindahan, jadi anda boleh merancang bajet dengan yakin.

💡 Tip tambahan: Tempah lebih awal, terutamanya jika tarikh pindah anda jatuh pada hujung minggu atau cuti umum. Musim perayaan sering kali penuh tempahan.

👉 Tempah sekarang: On-Demand Lori Sewa

 

Rancang Jadual Pindah Rumah Mengikut Tenaga dan Cuaca

Pindah rumah semasa Ramadan memerlukan strategi masa yang bijak. Elakkan mengangkat barang pada waktu tengah hari kerana cuaca panas boleh mempercepatkan keletihan dan dehidrasi.
Sebaliknya, pilih masa awal pagi selepas sahur atau lewat petang sebelum berbuka untuk kerja berat.

Selain itu:

  • Bahagikan tugasan mengikut hari supaya tidak terlalu membebankan satu hari sahaja.

  • Gunakan cuti hujung minggu atau cuti umum untuk tugasan besar seperti memindahkan perabot.

  • Semak ramalan cuaca supaya anda boleh elak hujan atau panas terik pada hari pindah.

Dengan jadual yang teratur, proses pindah akan lebih lancar dan badan anda kekal bertenaga walaupun berpuasa.


Hubungi Kami Terus

Kami faham bahawa setiap pindah rumah mempunyai cabarannya sendiri, apatah lagi jika dilakukan di bulan Ramadan. Jika anda ingin berbincang tentang keperluan pindah rumah anda, pasukan TheLorry sedia membantu memberikan cadangan saiz lori, anggaran kos, dan tips mengemas secara percuma.

👉 Chat dengan kami di WhatsApp untuk mendapatkan bantuan segera.


Cadangan Artikel Berkaitan di Blog TheLorry

Jika anda suka panduan ini, kami cadangkan anda baca artikel-artikel berikut untuk mendapatkan lebih banyak tips pindah rumah tanpa tekanan:

  1. 29 Tips Untuk Pindah Rumah Tanpa Stress
    Panduan menyeluruh untuk memastikan proses pindah rumah anda berjalan lancar dari awal hingga akhir.

  2. The Step-by-Step Guide to Packing When Moving Homes
    Pelajari teknik membungkus barang yang betul supaya semuanya tiba di rumah baru dalam keadaan selamat dan teratur.

  3. Cara Tempah Lori Sewa 1 Tan Murah
    Panduan langkah demi langkah untuk menempah lori sewa bajet tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu sewa lori pindah rumah?

Sewa lori pindah rumah ialah perkhidmatan untuk mengangkut barang ke rumah baru dengan lori yang sesuai saiz dan selamat.

Bagaimana cara sewa lori pindah rumah berfungsi?

Anda hanya pilih tarikh, saiz lori, dan lokasi. Pemandu profesional akan datang membantu pindah barang ke rumah baru.

Adakah sewa lori pindah rumah berbaloi?

Ya, ia menjimatkan masa, tenaga, dan mengurangkan risiko kerosakan barang semasa berpindah.

Siapa boleh guna perkhidmatan sewa lori pindah rumah?

Perkhidmatan ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin pindah rumah, pejabat, atau mengangkut barang besar.

Di mana boleh tempah sewa lori pindah rumah?

Anda boleh tempah dengan mudah di laman rasmi TheLorry atau melalui aplikasi mudah alih mereka.

Berapa kos sewa lori pindah rumah?

Kos biasanya bermula sekitar RM150 hingga RM500 bergantung kepada saiz lori, jarak, dan perkhidmatan tambahan.

 

Sharing is caring