Stories

Lori Sewa, Oh Lori Sewa

Kita selalu dengar tentang kes-kes di mana pengusaha lori sewa dipersalahkan kerana mengenakan caj sesuka hati. Sesuka hati di sini bermaksud mengenakan caj tambahan tanpa memberitahu pelanggan terlebih dahulu. Atau sesuka hati menukar dan ‘edit’ harga. Ini adalah perbuatan pengusaha lori yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh:

Sebelum lori sampai ke rumah – Harga sewa lori 3 tan termasuk 3 pekerja: RM350 Selepas lori 3 tan sampai ke rumah, pengusaha lori kata RM350 adalah harga untuk 2 tan. Untuk 3 tan adalah RM480.

(Dirumuskan daripada blog Myfizwan.com)

Aik? Tadi RM350. Tiba2 naik ke RM480?

Dengan The Lorry, anda tidak perlu risau lagi dengan semua ini. Kesemua caj-caj berkenaan seperti sewa lori dan upah pekerja akan dipaparkan di laman web dan harga itu adalah tetap. Tidak akan ada lagi rundingan antara syarikat lori dengan pelanggan. Caj berlebihan hanya akan dikenakan sekiranya barang tidak muat dan perjalanan kedua perlu dilakukan atau anda memerlukan kerja-kerja seperti memasang dan membalut.

Proses perpindahan adalah proses yang rumit dan melecehkan. Jangan jadikan pengalaman perpindahan anda lebih leceh dengan pengusaha lori yang tidak bertanggungjawab.

Layari TheLorry untuk menempah lori sekarang.

Sharing is caring