Stories

Berhati-hati Dengan Lori

By 09/08/2016October 4th, 2021No Comments

1. Pastikan anda nampak muka pemandu lori

Sekiranya anda tidak nampak muka pemandu lori, kemungkinan besar pemandu tersebut tidak nampak anda juga. Lebih panjang lori tersebut, lebih besar ‘blind spot’ pemandu.

Pastikan anda nampak lori tersebut di cermin sisi sekiranya anda ingin memotong. Sekiranya tidak nampak, terus ke hadapan dan cari peluang yang lebih baik.

2. Jangan potong dari kiri

Lori mempunyai ‘blind spot’ yang ketara di belah kiri. Tentunya anda alami sedikit kepayahan apabila hendak memotong ke kiri berbanding ke kanan. Prinsip yang sama digunapakai di sini.

Sentiasa potong dari kanan lori.

3. Bersabar apabila anda di belakang lori

Lori kebiasaannya membawa muatan yang berat dan ini membuatkan pergerakan mereka lebih perlahan. Sekiranya anda di belakang lori, pastikan jarak lori, anda dan kereta di belakang adalah selamat sebelum memotong.

4. Jangan ‘cucuk’ lori di hadapan

Sama seperti poin no 3, lori mengangkut muatan yang berat, oleh itu mereka mempunyai momentum yang lebih besar. Lori mengambil lebih masa dan tenaga untuk berhenti.

Sebagai panduan, pastikan ada jarak 2-3 kereta di antara lori di hadapan dan kereta anda.
5. Beri laluan kepada lori di simpang

Lori merupakan kenderaan yang panjang dan memerlukan ruang yang lebih banyak untuk masuk ke simpang. Beri laluan kepada mereka dan berikan ruang yang secukupnya.

Lori yang selamat sampai ke destinasi lebih baik daripada lori yang sangkut di simpang!

6. Jangan memandu di lorong kecemasan

Lori kebiasaannya memandu di lorong perlahan (belah kiri). Sekiranya anda memandu di lorong kecemasan, ianya akan mengelirukan pemandu lori.

 
Adakah anda mempunyai tips-tips yang lain untuk pemanduan selamat?

Sharing is caring