Moving Tips

8 Tips Pindah Masuk Ke Rumah Mertua

By 24/09/2018October 11th, 2021No Comments

Setelah selamat bernikah, anda dan pasangan akan memulakan perjalanan baru untu membina perhubungan dan keluarga.

Tetapi bagi sesetengah pasangan muda zaman sekarang, terdapat satu cabaran yang perlu ditempuh oleh isteri ataupun suami. Berpindah masuk ke rumah mertua.

Ya, tuan-tuan dan puan-puan, jika pasangan anda masih belum mempunyai kediaman sendiri, anda berkemungkinan besar akan mendiami rumah mertua anda. Ia bukanlah sesuatu yang senang bagi ramai di kalangan kita.

Perlukan sedikit tips bagi yang akan berpindah masuk, atau kepada yang sudah berpindah masuk juga? Mari kita hayati sama-sama.

1. Minimumkan barangan anda (sekurang-kurangnya pada awalnya)

Jadikan pemindahan anda sesuatu perbuatan yang bukan terlalu agresif atau bersifat menceroboh.

Ibu dan bapa mertua anda akan berasa sedikit janggal dan kekok jika anda membawa selori penuh barangan anda sahaja semasa jejak kaki masuk ke rumah mereka.

Barangan anda boleh dibawa balik sedikit demi sedikit kemudian hari. Yang penting anda tidak nampak seperti ingin mengambil alih ruangan rumah mertua anda.

2. Minta izin untuk lakukan apa-apa sahaja

Perbuatan ini bukanlah perlu dibuat pada setiap masa. Tetapi ia sangat penting untuk sekurang-kurangnya seminggu pertama anda berada di rumah mertua.

Nak guna tandas? Minta izin. Nak makan? Minta izin. Nak buka televisyen untuk tonton drama kegemaran anda? MINTA IZIN.

3. Rajin kan diri anda

Kalau anda seorang yang memang rajin mengemas rumah, perkara ini tidak perlu ditekankan. Anda pasti akan mula bantu kemas dan bersihkan rumah secara automatik.

Tetapi kepada yang ?kurang? rajin, masa inilah masa anda PERLU menjadi rajin. Anda boleh mula dengan bertanya kepada mak atau ayah mertua akan kerja-kerja di rumah yang boleh dilakukan.

Siram pokok bunga ke, sapu sampah ke, tukar bulb lampu ke. Apa-apa pun boleh. Bila lagi nak jadi menantu kesayangan kalau bukan sekarang?

4. Sentiasa berpakaian sopan

Ini ditujukan bukan kepada kaum hawa sahaja ya! Lelaki pun dua kali lima. Kalau nak pakai kain pelikat, sekurang-kurangnya pakai lah boxer kat dalam.

Dan kepada isteri-isteri,janganlah seksi sangat. Takut di rumah mertua ada abang, adik, atau saudara lelaki yang sering mengunjung atau duduk sekali.

5. Bangun awal!

Tidak kiralah anda kerja atau seorang suri rumah. Jika anda duduk di rumah mertua, cuba untuk bangun awal! Pada hari sabtu dan ahad pun, paling lewat patut anda bangun (kalau rasa nak tidur balik lepas Subuh) adalah pada pukul 8.30 pagi.

Tunjukkan kepada mereka bahawa anda bukan duduk di rumah mereka secara percuma. Bantu mereka sediakan sarapan, atau sapu di halaman rumah dan sebagainya.

6. Tolong masak atau belikan makanan

Kalau mertua anda ingin masak untuk makan malam, misalnya, tidak salah untuk perempuan mahupun lelaki untuk membantu mak mertua memasak di rumah.

Jika tak pandai sangat masak, sekurang-kurangnya bantu sediakan pinggan mangkuk dan bancuh air.

Masakan yang anda bantu masak, atau masak sepenuhnya, adalah perkara yang paling akan dihargai oleh mereka. Jika kebahagiaan suami/isteri anda adalah melalui perutnya, begitu juga untuk keluarga mertua anda.

7. Amalkan sikap ramah mesra

Jika anda pada zahirnya adalah seorang yang sangat ramah mesra, anda boleh skip sahaja point ini.

Tetapi kepada yang kurang pandai bersembang, misalnya, inilah masanya untuk anda cuba amalkan sikap tersebut.

Kadang-kala ibu dan bapa mertua kita akan tampil sebagai orang yang garang dan tidak mesra, tetapi selalunya mereka hanya perlu ditegur dan bermesra bersama anda.

Tip tambahan: Ambil tahu minat dan hobi ibu dan bapa mertua anda. Mudah untuk anda bersembang dengan mereka apabila ada peluang.

8. Tebalkan telinga dan luaskan hati

Memang lumrah hidup sebagai seorang anak menantu yang mendiami rumah mertua untuk terasa hati. Terasa dengan sindiran, perlakuan, atau apa-apa perbuatan yang bersifat menyindir.

Mungkin kita masih tidak biasa dengan cara mertua kita bergurau atau menegur. Apa yang penting adalah untuk kita tebalkan telinga dan luaskan hati.

Sharing is caring