Moving Tips

3 Tempat Untuk Cari Kotak Pindah Rumah Secara Percuma

By 07/02/2015October 4th, 2021No Comments

Hendak pindah rumah tanpa stress tetapi tidak tahu mana nak cari kotak-kotak untuk simpan barangan anda? Jangan risau, ada 3 tempat yang sudi memberi kotak-kotak kepada kita secara PERCUMA!

1. Pasaraya Besar / ‘Hypermarket’

Pasaraya Besar seperti Giant, AEON Big dan Carrefour menerima beribu-ribu produk setiap hari ke premis mereka. Boleh dikatakan majoriti produk akan dihantar bersama-sama dengan kotak dan kadang-kadang kotak-kotak ini akan dibuang atau dikitar semula.

Cari tempat memunggah atau ‘loading bay’ di pasaraya yang berdekatan dengan rumah anda. Tanya dengan salah satu pekerja sekiranya ada kotak kosong.

Kami pergi ke AEON Big Subang Jaya untuk bertanya tentang kotak kosong dan inilah hasilnya:

2. Pasaraya Kecil / ‘Supermarket’

Boleh juga cari kotak-kotak kosong di pasaraya kecil atau ‘supermarket’ berdekatan dengan rumah anda. Selalunya mereka akan ada kotak-kotak kosong di bilik stor.

Kami pergi ke 99 Speedmart Subang Jaya untuk bertanya tentang kotak kosong dan inilah hasilnya:

3. Stesyen Minyak

Salah satu lagi tempat untuk kita dapat kotak kosong secara percuma ialah stesyen minyak. Tanya salah satu pekerja kedai Mesra (untuk Petronas) atau Star Mart (untuk Caltex) sekiranya mereka ada kotak kosong di belakang kedai.

Hasil ‘operasi’ di Caltex Glenmarie Shah Alam:

Tidak tahu kotak mana yang sesuai? Inilah cara memilih kotak yang betul untuk pindah rumah.