Mencari lori sewa di kawasan Kuala Lumpur (KL) untuk pindah rumah boleh menjadi perkara yang rumit.
Yalah, kita mana tahu hal ehwal lori ini. Tengok lori atas jalan raya pernah lah.
Lagipun kita pindah bukannya selalu, maksima sekali setahun. Tak cukup pengalaman untuk tahu proses dan selok-beloknya secara menyeluruh mencari lori untuk disewa.
Jangan risau, tips-tips di bawah akan membantu tuan-tuan dan puan-puan melancarkan lagi proses mencari dan menempah lori sewa di KL.
1. Guna TheLorry untuk mendapatkan sebut harga
“Apa benda TheLorry ni, bang?”
Ha, mari sini saya cerita.
TheLorry ini adalah satu platform untuk menempah lori, van dan juga 4×4 dengan mudah dan telus.
Hanya perlu isi jenis kenderaan yang diperlukan, dari mana, ke mana serta tarikh dan harga sewa lori tersebut akan dipaparkan dengan serta merta. Sebelum anda pilih jenis kenderaan, anda boleh baca dulu tips memilih jenis lori.
Lebih kurang macam Uber lah, tekan beberapa butang terus keluar harga.
Macam magik!
2. Dapatkan servis tambahan seperti pekerja dan pembalutan
“Menarik tu. Kalau saya nak upah pekerja boleh?”
Boleh saja!
Selepas harga dipaparkan, tuan/puan boleh isi alamat pengambilan serta alamat penghantaran. Maklumkan juga jenis bangunan (bertanah, bertingkat ada lif atau bertingkat tiada lif) untuk kesenangan pasukan pindah rumah anda nanti.
Selepas tu, akan ada satu skrin yang memaparkan servis tambahan yang boleh ditempah.
Antara servis tambahan yang boleh dipilih
- Pekerja untuk mengangkat dan memunggah
- Bubble wrapping
- Shrink wrapping
- Buka pasang perabot
- Kotak
Mari kita huraikan:
a) Pekerja
Pekerja ini adalah abang-abang sado yang akan membantu tuan/puan mengangkat barangan ke dalam lori serta memunggah semula ke rumah baru.
Apabila kita membuat tempahan untuk pekerja, tips yang kami boleh kongsi adalah lagi ramai, lagi bagus.
Ya, mungkin kita mahu jimat duit dan upah 1 pekerja sahaja untuk mengangkat barang.
Tetapi perlu ingat 1 pekerja sahaja tidak boleh mengangkat peti sejuk yang besar! ?
Kalau rumah tuan/puan berada di tingkat empat dan tiada lif lagilah horror. ?
Patah belakang abang sado kita.
Ini adalah panduan berapa pekerja yang diperlukan berdasarkan saiz lori sewa:
1 tan (10 kaki) = 2 pekerja
3 tan (14 kaki) = 3 pekerja
5 tan (17 kaki) = 3 pekerja ke atas
b) “Bubble wrapping”
Apa itu bubble wrapping, tuan penulis?
Bukan bubble bath ya – itu lain.
Bubble wrapping ini adalah pembalut yang ada gelembung udara (ala, yang selalu kita tekan tekan dan ada bunyi ‘pop’ tu).
Tujuannya adalah untuk membalut barangan berkaca supaya tidak pecah dalam perjalanan.
Ini adalah kerana lori di atas jalanraya akan melalui jalan-jalan yang tidak berapa baik. Lubang, bonggol, jalan tidak rata boleh menyebabkan barang-barang dalam lori “terangkat” seketika.
Ini boleh membuat barangan berkaca pecah, sekiranya tidak dilapik dan dibalut dengan kemas.
Getaran dalam lori juga boleh membuatkan barangan berkaca bersentuh dengan barangan lain di dalam lori sewa tersebut. Ini juga boleh membuat barangan berkaca tersebut pecah.
Solusi? Gunakanlah bubble wrapping untuk pastikan tiada adegan ngeri berlaku (atau tidak mahu isteri bising bagi suami-suami).
Baca Lagi : Sewa Lori Lebih Menguntungkan Semasa Pindah Rumah
c) “Shrink wrapping”
Untuk shrink wrapping pula, fungsi utama adalah untuk memastikan barangan perabot tuan/puan tidak calar waktu mengangkat dan memunggah.
Sekiranya tiada shrink wrapping, peluang untuk perabot bersentuh dan calar sangat, sangat tinggi.
Maklumlah, jalan di Malaysia ini ada yang tidak berapa rata.
Dengan shrink wrapping juga, peluang untuk barangan tuan/puan kotor sangat rendah. Barangan yang dimaksudkan adalah seperti sofa serta tilam.
d) Buka pasang perabot
Servis ini amat diperlukan untuk barangan yang besar seperti almari dan katil yang memang tidak akan muat pintu (melainkan pintu tuan/puan 6 kaki lebar).
Jadi sebaiknya kita tempah servis buka pasang untuk melancarkan proses pemindahan pada hari tersebut.
e) Kotak
Mana nak cari kotak untuk pindah rumah?
Yalah, nak packing barang-barang seperti baju, pinggan mangkuk, surat cinta girlfriend lama.
Ha, tak perlu cari-cari lagi. Kami ada dua pilihan
- Kotak percuma: Boleh rujuk artikel ini: Tempat untuk Mencari Kotak Pindah Rumah Secara Percuma. Bagus kotak percuma ini adalah ianya.. percuma! Namun begitu, susah nak dapat saiz yang kita mahu.
- Kotak kualiti tinggi: ini ada disediakan oleh platform TheLorry.Ada saiz Medium dan Large untuk dipilih. Ukuran adalah seperti berikut:Medium
Saiz (mm): 600 x 400 x 350
Berat (g): 1,120Large
Saiz (mm): 610 x 460 x 610
Berat (g): 1,120
3. Dapatkan butiran pemandu
Apabila selesai membuat tempahan, platform TheLorry akan menghantar satu emel untuk mengesahkan tempahan lori sewa tersebut.
Tuan/puan akan dihubungi oleh pihak khidmat pelanggan untuk pengesahan butiran serta untuk memastikan segala “special request” dinotakan.
Dalam masa selewat-lewatnya 1-2 hari sebelum hari pindah, tuan/puan akan mendapat butiran pemandu lengkap dengan nama penuh, nombor IC, nombor telefon serta nombor plat lori yang akan menjadi “team pindah” tuan/puan.
Butiran pemandu ini boleh diserahkan kepada pihak pengurusan kondominium atau pengawal untuk memudahkan team pindah masuk ke kawasan perumahan tuan/puan.
Pastikan juga tuan/puan mempunyai surat kebenaran untuk pindah pada hari tersebut – terutamanya untuk kondominium serta kawasan perumahan yang ada pihak pengurusan.
Sekiranya tidak ada, bergantung kepada pihak pengurusan, kita menangis dan buat drama macam mana pun mereka tidak akan layan.
Elok siap sedia awal!
4. Beritahu barang mana yang perlu diangkat
Apabila team pindah sampai, selalunya apa mereka akan buat adalah untuk minta izin masuk ke rumah tuan/puan dan survey barangan yang perlu diangkat.
Waktu ini tuan/puan perlu beritahu mereka barang-barang yang perlu diangkat. Mungkin ada barangan yang tidak perlu diangkat.
Selepas itu, mereka akan buat sedikit planning barangan yang mana perlu masuk dahulu dan yang mana perlu masuk kemudian.
Bahagian ini biar mereka yang tentukan kerana mereka berpengalaman. Dengan mata kasar kita rasa tak muat, tetapi kadang-kadang dengan susunan yang betul boleh muat!
Mereka juga akan tengok laluan ke lori dan pastikan kerja mereka lancar. Mungkin ada beberapa perabot yang perlu dialihkan sebentar untuk tujuan ini.
5. Buat pembayaran
Dalam platform TheLorry, tuan/puan boleh memilih sama ada untuk membuat pembayaran secara tunai ataupun online.
Sekiranya online, bolehlah buat pembayaran menggunakan credit card atau bank transfer. Senang dan tak perlu leceh keluarkan duit daripada ATM.
Sekiranya tunai, pastikan tuan/puan mempunyai duit yang mencukupi pada hari tersebut.
Sekiranya juga kerja dan servis yang dijalankan bagus, apa salahnya beri sedikit tips atau duit kopi? ?
Setelah tugasan ini ditukar status menjadi “Complete” dalam sistem, secara automatik satu emel “Thank you” serta Tax Invoice akan dihantar untuk rujukan.
6. Beri rating
Memandangkan TheLorry adalah satu platform menghubungkan pelanggan dengan pengusaha lori sewa, maklum balas serta rating adalah amat penting untuk kami.
Sekiranya bagus, minta jasa baik tuan/puan untuk buat rating 5 bintang kepada team pindah tersebut.
Sekiranya tidak baik, minta jasa baik juga untuk membuat rating yang setimpal.
Percayalah, kami baca setiap komen yang kami dapat – baik dan buruk.
Kami akan cuba perbaiki mutu perkidmatan sekiranya didapati team pindah tidak menjalankan kerja seperti yang dijanjikan.
Jika tuan,puan hendak mencuba servis TheLorry, bolehlah ikut cara sewa lori.
Tuan/puan ada lagi tips yang boleh dikongsikan untuk mendapat lori sewa di KL? Komen di bawah!