Setiap tahun, kita sering melihat melalui televisyen, mendengar di radio, atau membaca di laman web mengenai beberapa kawasan di negara ini yang pasti akan menghadapi masalah banjir, terutamanya ketika musim tengkujuh tiba. Pada masa yang sama, sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan daripada kita untuk mengambil cuti panjang dan melancong bersama keluarga atau rakan-rakan, tanpa mengabaikan kawasan-kawasan yang berisiko banjir.
Banjir boleh mengakibatkan gangguan dalam perkhidmatan termasuk kerosakan kepada infrastruktur. Selain itu, banjir juga membawa risiko penularan penyakit. Oleh itu, kepentingan komitmen dalam menyusun langkah-langkah keselamatan pada peringkat persediaan sangatlah penting untuk memastikan ketersediaan sumber-sumber yang diperlukan pada masa yang diperlukan.
Lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang ingin berpindah rumah pada musim hujan sekarang. Tetapi dengan menempah dengan TheLorry, kami akan uruskan pindah rumah dengan lebih mudah walaupun ketika sedang musim hujan.
Disini kami akan kongsikan 7 langkah persediaan sebelum menghadapi banjir.
Simpan Dokumen Penting dan Barang Berharga Ke Dalam Bekas Kalis Air
Anda ada barang-barang berharga dan dokumen-dokumen penting? Pastikan simpan dahulu dan letakkan dalam bekas kalis air atau simpan di tempat-tempat yang selamat dan tak terkena air. Ramai mungkin dalam kalangan kita yang masih lagi terlupa tetapi inilah yang kita sepatutnya bersedia dan simpan barang dan dokumen penting terlebih dahulu.
Simpan Air Bersih Untuk Kegunaan Mandi dan Minum
Bila sedang banjir nanti, kita akan selalu dapat air yang kotor. Oleh itu, simpan dari sekarang untuk kegunaan mandi atau minum. Lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang ada orang tua atau bayi yang masih kecil.
Pastikan Lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Yang Terdekat
Anda boleh dapatkan rujukan dengan wakil penduduk anda atau majlis anda untuk ketahui lebih awal dimana lokasi-lokasi yang mungkin anda terpaksa berpindah sekiranya memerlukan.
Sediakan Peralatan Kecemasan Yang Mencukupi
Berikut adalah peralatan kecemasan asas yang sangat penting. Ia terdiri daripada peralatan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Peralatan tersebut termasuk:
- Penutup luka (bandages)
- Gauze roll dan pad
- Bungkusan sejuk segera (instant cold pack)
- Bandages elastik
- Selimut kecemasan (emergency blanket)
- Termometer
- Pita perekat (adhesive tape)
- Manual pertolongan cemas (first aid manual)
- Peniti keselamatan (safety pins)
- Bandages segitiga (triangular bandage)
- Tisu antiseptik (antiseptic wipes)
- Sarung tangan (gloves)
- Gunting
- Penyepit bulu mata (tweezers)
- Maklumat kenalan kecemasan / maklumat perubatan untuk ahli keluarga
Sediakan Powerbank Untuk Kegunaan Kecemasan
Power bank sangat penting pada zaman teknologi canggih ini, kerana ia membolehkan kita mengisi bateri telefon pintar kita apabila bekalan elektrik terputus. Telefon pintar digunakan untuk berhubung dengan pihak berkuasa dan juga dengan kenalan untuk meminta bantuan. Sebaiknya, pilih power bank dengan kapasiti besar agar ia tahan lama dan boleh digunakan oleh lebih ramai orang.
Bersiap Sedia Untuk Berpindah (Patuh Arahan Pihak Berkuasa)
Berada dalam keadaan peka terhadap berita dan keadaan semasa di kawasan tempat tinggal anda adalah penting. Sekiranya hujan berterusan, anda perlu bersedia untuk pindah. Kerana bencana ini tidak mengenal waktu, apabila masanya tiba, air boleh naik dengan pantas ketika hujan lebat. Oleh itu, adalah penting untuk selalu memantau situasi di kawasan tempat tinggal anda, terutamanya jika ia adalah kawasan berpotensi tinggi mengalami banjir.
Dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan
Sentiasa mendapatkan berita terkini atau kemaskini daripada mana-mana radio, televisyen atau agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran. Dengan mendengar dan dapatkan berita terkini, anda serta keluarga anda boleh bersiap sedia ketika menghadapi banjir nanti.
Tetap waspada dan sentiasa memantau perkembangan cuaca. Sila peroleh maklumat amaran dan ramalan mengenai banjir, tahap air sungai di kawasan anda, dan jumlah hujan melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my atau aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir.