TheLorry menjadikan pindah rumah mudah. Platform kami membolehkan anda menempah pasukan dalam masa beberapa minit. Dengan beberapa langkah mudah, buat tempahan dan biarkan pasukan profesional kami menguruskan pindahan anda. Nikmati pindah ke tempat baharu anda bersama TheLorry pada kadar tetap, tanpa caj tersembunyi.
Ketahui servis kami untuk semua keperluan pindah anda
Servis Tambahan Untuk Pindahan Anda
Servis tambahan menjadikan pindahan anda lebih selamat, mudah dan lancar.
Tenaga Kerja
Pasukan kami akan membantu memuat dan memunggah barang anda dengan selamat, termasuk perabot berat dan barang rumah, ke tempat baharu anda.
Pasang & Buka Perabot
Perabot lebih mudah diangkut apabila dibuka dengan alatan yang betul oleh pasukan yang berpengalaman.
Kotak
Pasukan kami akan memastikan barang mudah pecah atau barang kecil anda dibungkus dengan selamat di dalam kotak.
Servis Pembalutan
Balut perabot atau barang anda dengan shrink wrap atau bubble wrap untuk melindunginya daripada kerosakan atau calar semasa pindah.
Perlindungan Insurans
Lindungi pindahan anda dengan insurans tambahan (pilihan) untuk ketenangan fikiran.
Tolak Jauh
Pasukan kami akan membantu menolak barang anda lebih 50 meter dari kawasan memuat / memunggah.
Angkat Tangga
Pasukan kami akan mengangkat barang kecil hingga besar melalui tangga dengan berhati-hati apabila lif tidak boleh digunakan.
Lupuskan barang lama dan tidak digunakan dengan beberapa langkah
Jika anda perlukan bantuan untuk membuang perabot lama atau barang yang tidak digunakan lagi, pasukan kami akan memastikan semuanya dilupuskan dengan betul.
*Servis pelupusan hanya tersedia di Lembah Klang dan Johor Bahru.
Cara ia berfungsi
Pakej ini termasuk kenderaan pilihan anda dan tenaga kerja untuk membantu melupuskan perabot lama atau barang yang tidak digunakan lagi.
Tenaga Kerja
Rakan pemandu akan membantu mengangkat barang ringan hingga berat ke kenderaan untuk dilupuskan.
Kenderaan
Pilihan lori bersaiz kecil hingga sederhana.
Penghantaran dari titik ke titik dengan beberapa klik
Daripada parcel hingga barang keperluan rumah, hantar barang anda dengan selamat dan cepat bersama TheLorry pada harga berpatutan.
Penghantaran Parcel
Hantar parcel anda dengan selamat dan cepat pada harga berpatutan.
Penghantaran Barang Runcit
Hantar barang runcit dan keperluan rumah anda dengan cepat dan selamat.
Apa Yang Boleh Saya Hantar?
Barang kecil
(cth: Parcel, Dokumen, dll.)
Barang runcit dan keperluan rumah
(cth: Keperluan harian, Penghantaran makanan, dll.)
Barang berharga dan mudah rosak
(cth: Hadiah, Cenderahati, dll.)
Pindah Rentas Sempadan
Pindah dari Malaysia ke Singapura, atau dari Singapura ke Malaysia? Kami menawarkan servis pindah antarabangsa yang menyeluruh.
Dapatkan sebut harga PERCUMA dengan mengisi maklumat di bawah.
Kami permudahkan perjalanan pindah anda!
Kami faham pindah rumah bukan sekadar memindahkan barang. Pakar kami di lapangan sedia menguruskan segalanya, besar atau kecil, supaya semuanya lebih mudah.
Pengangkutan
Pilih daripada pelbagai lori, dari 1 tan hingga kargo 20 kaki.
Tenaga Kerja
Pasukan profesional kami boleh membantu memuat, memunggah dan juga membungkus barang anda untuk pindahan.
Pelepasan Kastam
Berikan senarai barang yang tepat untuk diisytiharkan dan kami akan menguruskan semua dokumen yang diperlukan semasa pelepasan rentas sempadan.
Pengendalian khas
Pasukan kami cekap mengendalikan tugas pindahan yang memerlukan pengendalian khas.
*Masalah kastam mungkin timbul jika anda tidak mengisytiharkan mana-mana barang atau barang larangan mengikut undang-undang negara berkenaan.
Panduan Memilih Kenderaan Yang Sesuai
Kami menawarkan pelbagai jenis kenderaan, daripada pikap 4×4 dan van hingga lori 5 tan.
Lori Saiz S (Lori 1 Tan – 10 kaki)
Berat maksimum: 1 tan (1,000 kg)
Saiz kargo maksimum (kaki): 10’ x 5’ x 5’
Sesuai untuk pindah bilik/apartmen.
Anggaran muatan:
- Katil queen + tilam (x1)
- Mesin basuh (x1)
- Peti sejuk 1 pintu (x1)
- Meja makan 6 tempat duduk –dibuka (x1)
- Almari pakaian (x1)
- Kabinet (x1)
- Sofa 3 tempat duduk (x1)
Lori Saiz M (Lori 3 Tan – 14 kaki)
Berat maksimum: 3 tan (3,000 kg)
Saiz kargo maksimum (kaki): 14’ x 7’ x 7.5’
Sesuai untuk pindah rumah atau pejabat dengan muatan sederhana
Anggaran muatan:
- Katil king + tilam (x1)
- Mesin basuh (x1)
- Peti sejuk 2 pintu (x1)
- Meja makan 6 tempat duduk (x1)
- Almari pakaian (x1)
- Kabinet (x1)
- Sofa 3+2 tempat duduk (x1)
Lori Saiz L (Lori 5 Tan – 17 kaki)
Berat maksimum: 5 tan (5,000 kg)
Saiz kargo maksimum (kaki): 17’ x 7.2’ x 7’
Sesuai untuk pindah rumah atau pejabat dengan muatan berat
Anggaran muatan:
- Katil king + tilam (x2)
- Mesin basuh (x1)
- Peti sejuk 2 pintu (x1)
- Meja makan 6 tempat duduk (x1)
- Almari pakaian (x2)
- Kabinet (x1)
- Sofa 3+2 tempat duduk (x1)
Pikap 4x4
Berat maksimum: 500 kg
Saiz kargo maksimum (kaki): 4’ x 3’ x 3.5’
Sesuai untuk memindahkan perabot ringan atau kotak
Anggaran muatan:
- Mesin basuh (x1)
- Kabinet kecil (x1)
- Peti sejuk 1 pintu (x1)
- Meja makan 4 tempat duduk – dibuka (x1)
- Sofa 1 tempat duduk (x1)
*Hanya satu daripada barang ini muat dalam kenderaan ini.
Van
Berat maksimum: 500 kg
Saiz kargo maksimum (kaki): 8’ x 4’ x 3.5’
Sesuai untuk memindahkan perabot ringan atau kotak
Anggaran muatan:
- Katil bujang + tilam – dibuka (x1)
- Peti sejuk 1 pintu (x1)
- Mesin basuh (x1)
