Moving Tips

Senarai Semak Lengkap Pindah Rumah

Senarai Semak Pindah Rumah Lengkap – Pindah Tanpa Stress

oleh TheLorry pada 13 Ogos 2025.

Berpindah rumah bukan sekadar memindahkan barang dari titik A ke titik B. Ia tentang memindahkan kehidupan – kenangan, emosi, dan harapan baru. Namun, realitinya, proses ini boleh menjadi antara pengalaman paling memenatkan.

Bayangkan anda perlu berurusan dengan kontraktor, syarikat utiliti, pembungkusan, lori, dan pada masa yang sama menjaga anak kecil. Stress? Sudah tentu!

Tetapi berita baiknya, semua ini boleh diuruskan dengan lebih teratur – dengan menggunakan senarai semak pindah rumah yang lengkap dan tersusun. Panduan ini disusun khas untuk membantu anda bergerak dengan lancar, cepat, dan tanpa tekanan berlebihan.

👉 Tip Profesional: Gunakan perkhidmatan TheLorry On-Demand Lori Sewa untuk memastikan barang anda sampai dengan selamat dan tepat masa.

Kami telah sediakan Senarai Semak Berpindah Lengkap untuk kemudahan pindah rumah anda! Anda juga boleh muat turun PDF senarai di bawah senangkan lagi proses pemindahan anda!

6 Minggu Sebelum Pindah – Perancangan Awal yang Bijak

Mengapa penting? Inilah masa emas untuk anda merancang, kerana setiap keputusan yang dibuat sekarang akan menentukan kelancaran hari pindah nanti.

Ambil Gambar Rumah Lama

Gambar ini bukan sekadar untuk kenangan. Ia boleh digunakan sebagai rujukan jika anda perlu mendapatkan sebut harga pembaikan atau penjualan semula perabot.

Selidik Khidmat Pindah Rumah

Bandingkan antara servis penuh (termasuk pembungkusan) dan pindah rumah DIY. Jika mahu jimat kos, cari rakan atau keluarga yang boleh membantu. Anda boleh semak panduan di Google Search: tips pindah rumah untuk mendapatkan idea.

Sediakan Fail Dokumen Penting

Simpan pasport, rekod cukai, sijil kelahiran, dan dokumen perbankan di satu tempat supaya tidak hilang semasa proses pindah.

Pastikan dokumen-dokumen penting di bawah selamat dikumpulkan ke dalam sebuah fail:

  • Dokumen kesihatan/perubatan
  • Rekod-rekod cukai
  • Surat gadai janji
  • Kad-kad insurans
  • Bil-bil utiliti terdahulu
  • Slip-slip gaji
  • Pasport, sijil kelahiran
  • Buku simpanan/bank
  • Sijil-sijil pelaburan (deposit tetap, dana bersama)
  • Sijil perkahwinan
  • Kontrak pajakan

Dapatkan Pelan Rumah Baru

Ini memudahkan anda merancang penempatan perabot dan barang. Jika tiada, lukis sendiri pelan kasar.

Kurangkan Pembelian Barang Dapur

Beli hanya yang diperlukan untuk jangka masa 6 minggu sahaja. Elakkan stok berlebihan untuk mengurangkan barang yang perlu dibawa.

Dapatkan Bekalan Pembungkusan

Anda akan memerlukan alat-alat berikut untuk proses pemindahan rumah anda, supaya pembungkusan dan pembalutan menjadi lebih senang. Khidmat pindah rumah anda mungkin dapat menyediakan alat-alat ini, tetapi ianya lebih murah jika dibeli sendiri. Berikut adalah yang diperlukan:

  • Kotak
  • Pita pelekat
  • Pembalut plastik (plastic wrap)
  • Pembalut gelembung (Bubble wrap)
  • Pen marker
  • Label
  • Stiker
  • Dispenser pita pelekat

Maklumkan Kepada Jiran dan Tuan Rumah

Jiran-jiran pasti akan merindui kepergian anda (kami harap). Beritahu akan pemindahan anda awal-awal! 

Beritahu Tuan Rumah

Jika anda menyewa, lebih baik memberitahu tuan rumah anda sekurang-kurangnya 60 hari sebelum hari pindah, atau pada masa yang telah ditentukan dalam perjanjian penyewaan.

5 Minggu Sebelum

 Labelkan Semua Barangan Anda

Perabot yang pada asalnya berada di ruang tamu mungkin akan diubah ke bilik tidur semasa di rumah baru (sebab pasangan anda suruh!). Labelkan kesemuanya berpandukan warna. Kod warna yang dicadangkan seperti berikut: 

Ruang Tamu, Ruang Tamu 2, Dapur, Ruang Makan, Bilik Tidur Utama, Bilik Tidur 1, Bilik Tidur 2, Bilik Tidur 3, Simpan, Jual, Derma, atau Buang.

Semasa labelkan barangan, tanya diri jika anda ingin:

Simpan – Barangan anda yang dibawa ke rumah baru

Jual – Anda mempunyai bajet untuk beli baru, dan dalam masa yang sama ingin dapatkan duit lebih

Derma – Barangan yang tidak diperlukan, tetapi sangat berguna untuk digunakan oleh orang lain

Buang – Barangan yang tidak diperlukan, tiada nilai jualan semula, dan anda pasti tiada mana-mana badan kebajikan akan terimanya. 

Jual Barangan di Carousell

Jika anda ingin menjual barangan lama, kami cadangkan Carousell.

Hanya muat naik gambar barangan yang ingin dijual dan tunggu pembeli yang berminat. Tip: beritahu kepada bakal pembeli bahawa mereka perlu mengambil barang di rumah anda. Senangkan kerja anda! 

Derma Kepada Badan Kebajikan

Di bawah adalah contoh badan-badan kebajikan yang boleh dihubungi untuk derma barangan anda:

 Buang Barangan Yang Tidak Diperlukan

Bergantung kepada kawasan perumahan anda, anda boleh melupuskan barangan anda dengan menyusun di luar rumah (abang kutip barang terpakai), atau hubungi khidmat pelupusan sampah untuk angkut dan bawa ke kawasan pelupusan.

📌 Syarikat seperti TheLorry menyediakan pelbagai pilihan lori dan tenaga kerja terlatih, jadi anda boleh fokus pada penempatan barang di rumah baru.

4 Minggu Sebelum

 Sahkan Khidmat Pindah Rumah

Pilih syarikat pindah rumah yang memenui kehendak anda, sesuai dengan bajet, dan yang sangat mesra! 

Mula Mengemas

Anda boleh mula mengemaskan baju-baju dan barangan penting lain ke dalam kotak. Jangan lupa untuk labelkan dengan baik. 

Tukar Alamat

Anda perlu berhubung dengan pihak-pihak ini untuk memberitahu akan penukaran alamat:

  • Bank
  • Syarikat kad kredit
  • Syarikat insurans
  • Peguam
  • Doktor
  • Majikan
  • Pembekal internet
  • Syarikat satelit (Astro)
  • Pembekal air
  • pembekal elektrik
  • Syarikat telefon bimbit

 Mohon Cuti

Mohon cuti pada hari berpindah daripada majikan anda (Jika anda masih bekerja di tempat sama selepas berpindah). 

Batalkan Langganan

Batalkan langganan daripada khidmat di bawah:

  • Surat Khabar
  • Pembersihan
  • Tukang kebun

💡 Tip Lanjutan: Gunakan Cross-Border Service jika anda berpindah ke luar negeri seperti Singapura atau Thailand.

1 Minggu Sebelum

 Sahkan Syarikat Pindah Rumah

Hubungi syarikat pindah rumah yang dilantik kembali dan sahkan tarikh/masa bersama kesemua butiran peribadi dan alamat. 

Sediakan First Day Kit

Pada hari pertama pindah masuk ke rumah baru, anda akan memerlukan beberapa barangan penting sebelum mula memunggah kesemuanya. Jadi lebih baik untuk anda kemaskan satu kotak/beg asing untuk barangan ini. Anda akan perlukan barangan ini:

  • Tuala
  • Sabun mandi
  • Sabun tangan
  • Tisu
  • Sabun cuci pinggan
  • Berus gigi
  • Cadar
  • Selimut
  • Charger telefon
  • Bekalan pencuci
  • Plastik sampah
  • Lampu suluh
  • Gunting
  • Pakaian
  • Pinggan dan cawan kertas
  • Mainan untuk kanak-kanak
  • Pisau
  • Tukul
  • Teh/Kopi

Buang Barangan Mudah Rosak

Mula membersihkan peti sejuk anda dan buangkan atau habiskan makanan-makanan mudah rosak. 

Tempah Pembersih

Anda akan memerlukan tukang pembersih untuk pindah keluar dan pindah masuk. Cuba taip “khidmat pembersihan rumah” ke dalam Google dan dapatkan sebut harga terbaik! 

Buat Permohonan Pindah Rumah

Jika anda tinggal di apartment atau condominium, perkara ini sangat perlu dibuat. Kebanyakkan rumah bertingkat seperti ini akan hanya membenarkan pindah rumah di antara 9am – 5pm pada hari bekerja, dan 9am – 1pm pada hari Sabtu.

Ahad dan cuti umum selalunya tidak dibenarkan.

1 Hari Sebelum

Ingatkan Pemindah Sekali Lagi

Ingatkan dan sahkan lagi masa, alamat dan lokasi. Lebih baik untuk anda terlebih bersiap sedia untuk pastikan proses pindah rumah yang lancar. 

Semak Kaedah Bayaran

Semak dengan pemindah rumah anda akan kaedah bayaran pilihan mereka. Ada yang pilih pindahan bank atas talian, dan ada yang lebih suka dibayar tunai. 

Nyahbekukan Peti Sejuk Anda

Nyahbekukan peti sejuk anda sebelum hari pindah, sebab anda pasti tidak mahu sebarang kebasahan mengotorkan lori dan rumah baru! 

Buang Sampah

Hari ini adalah hari yang sesuai untuk anda buang dan kemaskan segala sampah yang terkumpul. Buang barangan mudah terbakar dengan sesuai.

Hari Pindah

Lakukan Semakan Terakhir

Pastikan perkara-perkara di bawah telah diselesaikan sebelum anda tinggalkan rumah lama anda:

  • Semua tingkap telah ditutup dan dikunci
  • Semua pintu telah ditutup dan dikunci
  • Tutupkan semua penghawa dingin
  • Segala punca air dan elektrik telah dipotong dan ditutup
  • Ambil gambar bacaan meter air dan elektrik anda
  • Anda ada tertinggal apa-apa barang lagi?

Hari Selepas Pindah

Kenal Kawasan Sekitar Rumah Baru

Biasakan diri anda dengan rumah baru dengan mengenal pasti lokasi untuk perkara-perkara ini:

  • Penghawa dingin
  • Meter air
  • Meter elektrik
  • Sambungan jalur lebar
  • Pemutus litar

Biasakan Diri Dengan Segala Kemudahan Di Kawasan Rumah Baru

Jika anda belum lagi, kenal pasti tempat-tempat penting ini di kawasan rumah baru anda:

  • Pasar raya
  • Stesen-stesen minyak
  • Restoran dan gerai makanan
  • Balai polis
  • Balai bomba
  • Pejabat pos
  • Klinik dan hospital
  • Sekolah dan tadika

Minta Tolong Jiran Lama Untuk Semak Peti Surat Anda

Anda masih akan terima surat-surat yang dihantar ke alamat rumah lama. Minta tolong jiran anda untuk semak peti surat anda sekali-sekala dan beritahu apa-apa perkara yang penting.

Kesimpulan

Kami harap artikel ini dapat membantu anda serba sedikit, dan membolehkan anda untuk pindah rumah tanpa stress!

Jika anda ingin bantuan untuk mengangkut barang-barang anda semasa pindah rumah, sila layari laman web kami di www.thelorry.com/my.

Kami menyediakan sebut harga dalam masa beberapa minit sahaja melalui laman web dan aplikasi mudah alih TheLorry. Kami akan sedaya upaya untuk membantu anda dengan menyediakan pemindah yang profesional dan boleh dipercayai!


Pindah rumah memang mencabar, tetapi dengan senarai semak pindah rumah yang lengkap, ia boleh menjadi pengalaman yang lebih teratur dan kurang meletihkan.

👉 Untuk pindah rumah yang cepat, selamat, dan tanpa stress, tempah House Moving Package TheLorry hari ini. Pasukan kami berpengalaman dan dipercayai ribuan pelanggan di seluruh Malaysia.

Perlu bantuan segera? Chat dengan kami di WhatsApp

Bacaan Lanjut di Blog TheLorry

  • Panduan Lengkap Perkhidmatan Cross Border Malaysia – Singapura
    Jika anda merancang untuk berpindah atau menghantar barangan ke Singapura, artikel ini memberi gambaran penuh tentang proses, dokumen yang diperlukan, serta kos yang terlibat. Sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan penghantaran rentas sempadan tanpa masalah.

  • Cara Tempah Lori Sewa 1 Tan Murah
    Ketahui langkah demi langkah menempah lori sewa 1 tan dengan harga berpatutan. Artikel ini juga berkongsi tip memilih saiz lori yang sesuai, menjimatkan kos, dan memastikan barang selamat sampai ke destinasi.

  • 29 Tips Pindah Rumah Tanpa Stress
    Dari proses pembungkusan hingga urusan logistik, panduan ini membongkar tip praktikal yang boleh membantu anda berpindah rumah dengan lebih teratur. Sesuai digabungkan dengan Senarai Semak Pindah Rumah Lengkap yang anda baca ini.


Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Senarai Semak Pindah Rumah?

Senarai semak pindah rumah ialah panduan langkah demi langkah untuk membantu anda mengatur dan mengurus proses pindah rumah secara teratur.

Bagaimana Senarai Semak Pindah Rumah membantu?

Ia membantu anda mengurus masa, mengelakkan barangan tertinggal, dan memastikan proses pindah berjalan lancar.

Adakah Senarai Semak Pindah Rumah ini berbaloi?

Ya, ia menjimatkan masa dan mengurangkan stress semasa proses pindah.

Siapa yang patut guna Senarai Semak Pindah Rumah?

Sesiapa sahaja yang merancang untuk berpindah rumah – sama ada individu, keluarga, atau syarikat.

Di mana boleh dapat khidmat pindah rumah?

Anda boleh menempah khidmat pindah rumah profesional melalui TheLorry di laman web rasmi.

Berapa kos khidmat pindah rumah?

Bergantung pada lokasi, jarak, dan saiz barang, harga boleh bermula dari RM150 hingga RM1,000+.

 

Sharing is caring