News & Info

Perkhidmatan Buang Perabot Lama

By 12/09/2025No Comments

Perkhidmatan Pembuangan Perabot Lama TheLorry di KL, Selangor, dan Lembah Klang

Buang Perabot Lama

oleh TheLorry pada 12 September 2025.

Pernah tak nak cuba buang sofa lama, tilam king yang besar gedabak, atau almari kayu berat yang dah bertahun simpan habuk? Ramai orang kat Kuala Lumpur, Selangor, dan seluruh Lembah Klang memang hadap masalah sama je. Perabot besar ni memang susah sangat nak buang sendiri lagi-lagi kat bandar.

Lori sampah pun tak akan angkat barang besar macam tu. Nak harap majlis perbandaran pon bukan senang nak tunggu ada tong roro.  Servis dia terhad dan kadang-kadang tak menentu masa dia ada tu. Ada pula yang cadang tinggal je tepi jalan je tapi silap-silap kena saman atau jiran komplen. Lama-lama, perabot lama tu lah yang akan tersadai, makan ruang dalam rumah.

Dekat TheLorry, kami faham benda ni memang leceh. Sebab tu, kami wujudkan servis pelupusan perabot kat KL, Selangor, dan Lembah Klang yang ringkas, harga berpatutan, dan boleh dipercayai. Senang cerita, tak payah pening kepala lagi. Rumah pun terus rasa lapang dan kemas!

Lori 1 tan penuh dengan barang buangan.

Kenapa Buang Perabot Lama Susah Sangat Kat Malaysia

Kalau nak buang perabot lama kat KL, Selangor atau Lembah Klang, memang ramai yang pening kepala. Dari sofa L-shape, tilam king size, almari kayu besar, sampai meja pejabat — semua tu bukan jenis barang yang senang-senang boleh dilupuskan.

Cerita pelanggan pun hampir sama je setiap kali:

  • Ada keluarga kat Lembah Klang nak ganti sofa lama, tapi baru perasan sofa tu langsung tak muat nak masuk lif kondominium.

  • Ada pulak tuan rumah kat Selangor pening kepala nak kosongkan rumah sewa sebab penyewa lama tinggal macam-macam perabot lama.

  • Kat KL pula ada banyak pejabat tengah renovate, tapi bila nak buang meja dan kerusi pejabat, terus stuck sebab tak ada lori dan masa nak kemas untuk buang.

Masalah utama yang selalu orang hadap bila nak buang perabot lama:

  • Barang besar tak muat lif atau kereta. Sofa 3-seater, almari dua pintu, katil queen — nak turun tangga pun kena 2–3 orang angkat.

  • Tilam & sofa terlalu besar untuk lori sampah. Memang confirm takkan dikutip macam sampah rumah biasa.

  • Almari dan kabinet kena buka pasang dulu. Kalau tak ada peralatan atau orang nak tolong, memang stress.

  • Harga pelupusan mahal + caj tersembunyi. Ada kontraktor mula dengan harga rendah tapi last-last tambah kos lain.

  • Susah nak cari servis “pelupusan perabot berdekatan”. Lagi-lagi kalau duduk kondominium tinggi, nak buang perabot lama memang rasa mustahil.

  • Tong Roro tak berbaloi. Nak buang 1–7 barang je, sewa tong besar tu punyalah mahal.

  • Tak ada masa & tenaga. Ramai orang kerja sibuk, nak fikir cara buang sofa lama pun dah letih.

  • Risiko kena saman. Tinggal perabot kat tepi jalan? Silap hari bulan kena denda dengan majlis.

Dekat TheLorry, kami tahu semua masalah ni memang real. Sebab tu servis pelupusan perabot kami dibuat khas untuk bagi jalan mudah, cepat, dan berpatutan supaya orang tak perlu risau lagi pasal sofa lama atau tilam berat yang dah makan ruang dalam rumah.

Perkhidmatan Pelupusan Perabot

Dekat TheLorry, kami tahu setiap orang ada situasi berbeza. Ada yang cuma nak buang satu tilam lama, ada pula yang nak kosongkan satu rumah penuh sebab tengah renovate. Sebab tu, servis pelupusan kami memang fleksibel. Boleh pilih ikut keperluan, tak payah bayar lebih dari apa yang digunakan.

1. Pelupusan Mengikut Item (1–7 Barang)

Kalau cuma ada sikit barang nak buang, ini pilihan paling jimat dan senang. Tak perlu sewa satu lori besar kalau sekadar nak buang:

  • tilam single atau queen,

  • sofa kecil,

  • meja makan lama, atau

  • almari kayu yang dah rosak.

Bayar ikut barang je, team kami akan datang angkat, turunkan, dan terus lupuskan ikut saluran betul. Senang kan?

Kalau tak buang cepat, tilam lama boleh jadi tempat pembiakan hama & kulat, almari kayu rosak pula jadi sarang lipas atau tikus. Bukan sekadar makan ruang, tapi juga bahaya untuk kesihatan seisi rumah.

Sesuai untuk: penyewa rumah yang nak pindah keluar, keluarga kecil, atau sesiapa yang nak cepat kosongkan ruang tanpa banyak hassle.

2. Pelupusan Pukal (Penuh Satu Lori)

Kalau projek besar — contohnya pindah rumah keluarga, buang perabot lama dari rumah sewa, atau syarikat nak lupuskan workstation pejabat laNo needdjsjsma — servis penuh satu lori jauh lebih berbaloi.

  • Lori 1 Tan + 2 Orang pekerja
    Muat sehingga 7 barang besar: almari, sofa, peti ais kecil, mesin basuh. Harga dari RM250* (ikut jenis bangunan).

  • Lori 3 Tan + 3 Orang pekerja
    Untuk lebih 8 barang besar — sesuai untuk rumah keluarga besar atau pejabat yang tengah renovate. Harga dari RM390* (ikut jenis bangunan).

Dengan pilihan ni, tak perlu risau trip ulang-alik, tak ada caj tersembunyi, dan paling penting pekerja akan buat semua kerja berat.

Kesan kalau cuba buat sendiri: Risiko cedera (angkat tilam berat seorang diri), risiko rosakkan lantai/dinding rumah, dan risiko buang perabot ikut cara salah → boleh kena saman bawah undang-undang pelupusan sisa pukal DBKL.

Sesuai untuk: keluarga yang baru upgrade perabot, tuan rumah yang nak kosongkan unit sewa, dan syarikat yang nak lupuskan perabot pejabat lama.

📌Menurut laporan The Star yang memetik SWCorp pada Januari 2024, kadar kitar semula negara mencecah 35.38% pada tahun 2023, dan sasaran ditetapkan untuk capai 40% menjelang 2025. Ini menunjukkan keperluan pelupusan perabot lama secara bertanggungjawab semakin penting, sebab kalau dibuang sembarangan bukan saja cemarkan alam sekitar, tapi juga menambah kos pembersihan majlis perbandaran setiap tahun.

Jenis Perkhidmatan Pelupusan Perabot TheLorry

Buang Barang Lama

Dekat TheLorry, kami sediakan beberapa pilihan servis pelupusan ikut keperluan. Tak semua orang ada barang sama banyak nak buang, jadi kami pecahkan kepada dua kategori utama supaya senang pelanggan pilih ikut situasi.

1. Disposal By Item (1–7 Barang Sahaja)

Kalau cuma nak buang sikit-sikit macam tilam lama, meja makan, atau sofa kecil, anda tak perlu pun sewa lori besar. Dengan pilihan ni, pelanggan hanya bayar untuk barang yang nak dibuang, bukan untuk harga keseluruhan lori.

Situasi biasa pelanggan guna pilihan ni:

  • Penyewa rumah yang nak pindah keluar dan cuma ada 2–3 barang besar.

  • Keluarga kecil yang ganti sofa atau tilam lama.

  • Orang bujang yang cuma nak kosongkan bilik atau stor.

  • Pelajar atau student yang menyewa

👉 Dengan cara ni, pelanggan jimat kos, barang cepat diangkut, dan tak perlu pening kepala nak fikir lori besar penuh atau tidak.

2. Bulk Disposal with Full Truck (Guna Pakej Lori Disposal)

Kalau nak buang barang banyak dan lebih besar. Contohnya pindah keluar dari rumah keluarga, kosongkan unit sewa, atau pejabat nak buang barang lama. Pakej sau lori dengan pekerja memang lebih berbaloi.

Lori 1 Tan

  • 1-Tan Lori + 2 Pekerja
    Sesuai untuk maksimum 7 barang besar (contoh: almari, kerusi, peti sejuk bersaiz sederhana). Harga bermula dari RM250*.

*Harga berubah ikut jenis bangunan (contoh: rumah landed lebih murah, manakala kondo bertingkat tanpa lif perlukan kos tambahan sebab pekerja kena angkat barang turun naik tangga).

Lori 3 Tan

  • 3-Tan Lori + 3 Pekerja
    Sesuai untuk 8 barang ke atas, lebih sesuai untuk keluarga besar atau pejabat yang tengah renovate. Harga bermula dari RM390*.

*Harga berubah ikut jenis bangunan (contoh: rumah landed lebih murah, manakala kondo bertingkat tanpa lif perlukan kos tambahan sebab pekerja kena angkat barang turun naik tangga).

Kelebihan pilihan ini:

  • Tak perlu risau trip banyak kali — semua sekali jalan.
  • Cukup pekerja untuk tolong angkat barang berat.
  • Sesuai untuk renovasi, pindah rumah besar, atau nak buang banyak barang.

💡 Contoh kes: Baru-baru ni, ada pelanggan di Damansara Utama tempah pakej 1-tan dengan 3 pekerja. Mereka buang beberapa perabot besar macam almari kayu, kerusi rotan, dan rak besi. Semua barang pekerja kami tolong buka, angkat, dan susun elok dalam lori. Dalam beberapa jam, ruang rumah tu dah kosong, terus boleh guna untuk bilik baru.

Ada sebarang soalan tentang servis pelupusan kami, atau tak pasti pakej mana yang sesuai untuk anda?
Jangan risau, pasukan TheLorry Customer Support sedia bantu anda bila-bila masa.

💬 Hubungi Kami di WhatsApp

👉 Jadi, sama ada anda cuma ada satu tilam nak buang atau satu lori penuh perabot lama, TheLorry ada pilihan yang fleksibel untuk anda.

Buang Tilam Lama, Buang Sofa Lama, Buang Almari Lama, Buang TV

Perkhidmatan Khas Pelupusan Perabot & Barangan Rumah

Setiap rumah ada cabaran tersendiri bila nak buang perabot lama. Ada barang senang diangkat, tapi ada juga yang memang susah nak urus — sama ada sebab besar, berat, atau ada risiko kesihatan. Sebab tu TheLorry sediakan servis khas untuk beberapa jenis barangan yang paling biasa pelanggan nak buang.

1. Pelupusan Tilam Lama

Tilam antara barang paling susah nak buang. Saiz besar, berat, dan tak muat lori sampah biasa. Tambahan pula, tilam lama yang dibiarkan terlalu lama boleh jadi tempat habuk, hama, dan kulat terkumpul.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), tilam lama yang rosak atau lembap boleh jadi punca penyebaran bakteria seperti MRSA dan Pseudomonas aeruginosa yang menjejaskan kesihatan pernafasan.

👉 Dengan TheLorry, pelanggan boleh jadualkan kutipan tilam lama (single, queen, king) dan pasukan kami akan uruskan dari mula sampai habis.

2. Pelupusan Sofa Lama

Sofa fabrik atau sofa L-shape mudah sangat jadi sarang habuk, alergen, dan kulat terutamanya dengan cuaca lembap Malaysia.

Kajian oleh pakar pembersihan upholsteri di KL menunjukkan sofa lama yang tak dijaga boleh simpan habuk halus dan spora kulat yang jadi pencetus alahan dan asma. Sebab tu penting buang sofa lama yang dah tak sesuai dipakai. Menurut Baso Upholstery Cleaning di Kuala Lumpur, pembersihan profesional boleh membantu buang hama habuk, bakteria, dan spora kulat yang memang tak boleh hilang dengan vakum biasa. Kalau sofa lama dibiarkan terlalu lama, ia boleh jadi punca alahan, gatal-gatal kulit, dan masalah pernafasan.

Sebab tu, kalau sofa dah reput, berbau, atau tak sesuai nak guna lagi boleh buang terus dengan servis pelupusan lebih selamat. Pasukan TheLorry bukan sekadar angkat sofa, tapi juga pastikan ia dibawa keluar dengan selamat tanpa cemarkan ruang rumah anda.

3. Pelupusan Almari & Kabinet

Almari kayu besar atau kabinet besi biasanya perlu dibuka/dismantle dulu sebelum diangkat keluar kalau terlalu besar. Kalau tak, boleh rosakkan lantai atau dinding rumah semasa dipindahkan.

Tambahan pula, kajian tempatan mendapati perabot kayu lama antara punca utama habuk & hama rumah yang boleh jejaskan kesihatan penghidap asma. Dengan servis TheLorry, pekerja kami akan tolong buka, angkat, dan buang semua almari lama anda dengan cara selamat.

4. Pelupusan TV & Barang Elektronik Lama (E-Waste)

Nak buang TV lama, entertainment unit, atau peralatan elektrik besar tak boleh dibuang sesuka hati. Ini sebab ia tergolong sebagai e-waste, iaitu sisa elektronik yang ada logam berat dan bahan toksik.

Mengikut peraturan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, e-waste mesti dilupuskan ikut prosedur khas supaya tak cemarkan tanah & air. Kalau buang sembarangan, anda boleh didenda.

👉 Dengan TheLorry, anda boleh buang TV lama atau barangan elektrik besar tanpa risau langgar undang-undang.

💡 Sama ada tilam, sofa, almari, atau TV lama — setiap barang ada cabaran sendiri. TheLorry sediakan penyelesaian khusus supaya pelanggan boleh buang dengan cara mudah, selamat, dan patuh peraturan.

Kenapa Pilih TheLorry untuk Pelupusan di KL, Selangor & Lembah Klang?

Bila orang cari servis pelupusan, biasanya mereka bukan sekadar nak lori datang angkat barang. Mereka nak sesuatu yang lebih penting iaitu kepastian barang akan diurus dengan selamat, harga telus, dan servis yang boleh dipercayai.

Berikut sebab kenapa ramai pelanggan di Lembah Klang pilih TheLorry untuk servis pelupusan barang lama:

1. Liputan Kawasan Luas

TheLorry memang fokus untuk pelanggan di Kuala Lumpur, Selangor, dan seluruh Lembah Klang sahaja. Ini bermakna pasukan kami betul-betul faham cabaran kawasan bandar besar seperti kondo bertingkat, kawasan perumahan sempit, dan jadual pengurusan sisa tempatan.

2. Harga Telus, Tiada Caj Tersembunyi

Ramai pelanggan pernah kecewa bila kontraktor lain bagi harga murah awalnya, tapi bila tiba hari kerja ada caj tambahan last minit. Dengan TheLorry, harga jelas siap termasuk lori, tenaga kerja, dan sst. Pelanggan tahu apa yang dibayar sebelum buat tempahan. Jika pelanggan nak tambah servis tambahan lagi seperti kotak, boleh tengok harga siap-siap di website kami semasa penempahan.

3. Pasukan Profesional & Terlatih

Perabot besar macam almari kayu atau peti sejuk bukan sekadar berat, tapi juga boleh rosakkan dinding, lantai, atau lif kalau tak dikendalikan betul. Pasukan TheLorry dilatih untuk:

  • Buka (dismantle) barang besar dengan selamat.

  • Lindungi rumah pelanggan semasa proses pindah.

  • Susun barang dalam lori dengan kemas supaya tak rosak.

4. Pilihan Fleksibel (Ikut Item atau Pakej Lori)

Tak semua orang perlukan lori penuh. Ada yang cuma nak buang satu sofa, ada pula yang nak kosongkan satu rumah penuh. TheLorry beri pilihan — ikut barang atau guna pakej lori penuh.

5. Tempahan Mudah & Terjamin

Pelanggan hanya perlu buat tempahan 2 hari lebih awal, dan kami jamin ada pasukan yang akan datang ikut masa ditetapkan. Semua boleh diurus melalui aplikasi atau laman web TheLorry.

Dengan guna servis rasmi macam TheLorry, pelanggan bukan saja jimat masa & tenaga, tapi juga bantu kurangkan sisa perabot terbuang secara haram. Menurut United Nations Environment Programme (UNEP), pengurusan sisa mampan adalah kunci untuk masa depan yang lebih hijau.

👉 Pendek kata, dengan TheLorry, pelanggan bukan sekadar buang perabot tapi dapat ketenangan fikiran sebab semuanya diurus secara selamat, telus, dan bertanggungjawab.

Pelupusan Perabot di Damansara Utama

TheLorry disposal service in Damansara Utama.

Servis pelupusan 1 Ton TheLorry di Selangor

Servis pelupusan perabot TheLorry memang direka khas untuk uruskan barang besar dan berat yang lori sampah biasa takkan ambil. Macam dalam gambar atas ni, pasukan kami di Damansara Utama memang jaga setiap langkah kerja—dari buka perabot, angkat sampai susun dalam lori. Baru-baru ni, team kami bantu Puan Peish Chong yang nak kosongkan sebuah bilik untuk ibu beliau. Antara barang yang perlu dilupuskan termasuk almari, kerusi rotan, kerusi besi dan juga buku-buku lama.

Furniture ready for disposal

Kerusi rotan, kerusi besi dan kabinet yang sedia untuk dilupuskan.

Untuk mudahkan kerja, Puan Peish pilih Pakej Pelupusan 1-Ton dengan 3 orang tenaga kerja—memang sesuai untuk rumah bersaiz sederhana. Dari awal sampai habis, beliau langsung tak perlu angkat barang. Semua diuruskan oleh team TheLorry: kosongkan almari, buka komponen besar, angkat keluar rumah, dan akhirnya susun elok-elok dalam lori. Setiap langkah dibuat dengan hati-hati supaya tak calarkan dinding atau lantai rumah.

Dismantling furniture for disposal

Team TheLorry buka komponen besar sebelum angkat keluar.

Apa yang buat servis ni betul-betul bebas stres:

  • Tak risau calar dinding atau rosakkan lantai masa angkat barang besar
  • Tak perlu pening kepala fikir nak buang barang besar kat mana
  • Elak sakit badan sebab cuba angkat sendiri masa pindah, renovate atau kemas rumah
Loading items into lorry

Team kami susun semua barang kemas dalam lori 1-Ton untuk pelupusan.

Tak sampai beberapa jam, bilik Puan Peish terus kosong dan bersih. Ruang yang dulunya penuh dengan barang lama dah bertukar jadi bilik selesa untuk ibunya. Kisah nyata ni tunjukkan yang servis pelupusan TheLorry bukan sekadar buang perabot lama, tapi juga bagi balik ruang, masa, dan ketenangan fikiran untuk keluarga.

Apa Kata Pelanggan Tentang Servis Pelupusan TheLorry

Bila orang cari servis pelupusan perabot di KL, Selangor atau Lembah Klang, mereka bukan hanya nak harga murah. Apa yang lebih penting adalah pekerja yang profesional, masa yang tepat, dan keyakinan bahawa barang lama mereka diurus dengan selamat. Inilah sebab kenapa review pelanggan sangat bermakna — ia buktikan pengalaman sebenar orang yang pernah guna servis kami.

TheLorry Review, Lori Sewa Review, The Lorry Review, Review TheLorry, Review Sewa Lori, Lori Sewa, Sewa Lori, Lori Sewa Murah, Lori Pindah Rumah, Review Lori Sewa Murah, Trusted Lori Sewa, Rental Lory Review, Lori Sewa Near Me, Lori Sewa Berdekatan, disposal service, TheLorry disposal service, lori disposal service, lori sewa buang barang lama, lori buang barang, lori sewa buang perabot, buang perabot lama, lori buang perabot, disposal, lori disposal, nak buang perabot, nak buang barang lama

Cindy Lai berkongsi bagaimana team kami bantu beliau buang built-in cupboard lama:

“The team did an excellent job. Customer service was fast, and the movers were professional and friendly. Pricing was also cheaper than other vendors.”

Dari pengalaman Cindy, jelas yang pelanggan hargai gabungan servis cepat, mesra dan harga telus. Bukan mudah cari vendor yang tak ada caj tersembunyi, jadi review macam ni beri keyakinan tambahan untuk pelanggan baru.

TheLorry Review, Lori Sewa Review, The Lorry Review, Review TheLorry, Review Sewa Lori, Lori Sewa, Sewa Lori, Lori Sewa Murah, Lori Pindah Rumah, Review Lori Sewa Murah, Trusted Lori Sewa, Rental Lory Review, Lori Sewa Near Me, Lori Sewa Berdekatan, disposal service, TheLorry disposal service, lori disposal service, lori sewa buang barang lama, lori buang barang, lori sewa buang perabot, buang perabot lama, lori buang perabot, disposal, lori disposal, nak buang perabot, nak buang barang lama

Cass Lee pula highlight tentang ketepatan masa dan kecekapan team:

“The disposal team came on time and confirmed their timing in the morning. They were very polite and efficient and got rid of everything in record time. Will definitely use again!”

Ketepatan masa ni penting sebab ramai orang jadualkan pelupusan ikut masa pindah rumah atau renovasi. Bila team kami datang tepat waktu, ia kurangkan stres pelanggan dan buktikan kami boleh dipercayai.

TheLorry Review, Lori Sewa Review, The Lorry Review, Review TheLorry, Review Sewa Lori, Lori Sewa, Sewa Lori, Lori Sewa Murah, Lori Pindah Rumah, Review Lori Sewa Murah, Trusted Lori Sewa, Rental Lory Review, Lori Sewa Near Me, Lori Sewa Berdekatan, disposal service, TheLorry disposal service, lori disposal service, lori sewa buang barang lama, lori buang barang, lori sewa buang perabot, buang perabot lama, lori buang perabot, disposal, lori disposal, nak buang perabot, nak buang barang lama

Chrisloke Sietlan alami sendiri kelajuan dan profesionalisme team kami masa pelupusan barang besar:

“I had 6 big items cleared out in less than 45 minutes. Totally professional and on time. Really appreciate the staff and workers. Well done and keep up the good work!”

Review ni tunjukkan kelebihan TheLorry dalam uruskan barang besar dengan cepat tanpa kompromi pada kualiti kerja. Untuk pelanggan yang tak nak bazir masa seharian tunggu, kepantasan ini memang jadi faktor utama.

Kesemua testimoni ini tunjukkan perkara yang paling pelanggan hargai: komunikasi jelas, ketepatan masa, layanan mesra, dan harga telus. Ia bukan sekadar buang perabot lama — tapi menjadikan proses itu bebas stres dan boleh dipercayai.

Ada soalan atau nak tahu pakej mana sesuai untuk anda?
Pasukan TheLorry Customer Support sentiasa bersedia untuk bantu.

💬 Hubungi Kami di WhatsApp

Servis Pelupusan TheLorry

Tempahan servis pelupusan bersama TheLorry memang direka untuk jadi mudah, pantas dan bebas stres. Sama ada anda nak buang beberapa barang saja atau kosongkan satu rumah penuh, ada dua pilihan yang boleh disesuaikan ikut keperluan anda: Pelupusan Mengikut Item atau Pakej Penuh Lori.

1. Pelupusan Mengikut Item (1–7 Barang)

Pilihan ini sesuai untuk anda yang hanya nak buang beberapa barang lama seperti sofa, tilam, kerusi atau meja. Tak perlu sewa lori penuh atau tong roro besar, anda hanya bayar ikut jumlah barang yang nak dibuang.

  • Sesuai untuk 1–7 barang
  • Tak perlu sewa tong roro yang besar
  • Proses cepat, fleksibel dan lebih jimat

Cara tempah Pelupusan Mengikut Item:

  1. Buka Aplikasi TheLorry.
  2. Pilih menu Disposal.
  3. Tekan “Disposal by Item.”
  4. Isi borang dan senaraikan barang yang nak dibuang (contoh: almari, sofa, tilam).
  5. Hantar permintaan quotation.
  6. Tunggu quotation melalui emel atau mesej.
  7. Semak, sahkan, dan buat bayaran secara online.

*Nota: Kami berhak untuk tidak menerima sisa basah atau produk berasaskan minyak.

2. Pakej Penuh Lori (Lori + Tenaga Kerja)

Kalau barang yang nak dibuang lebih banyak — contohnya selepas pindah rumah, ubahsuai, atau kosongkan rumah pusaka — Pakej Penuh Lori adalah pilihan terbaik. Setiap pakej termasuk lori serta pekerja berpengalaman untuk angkat, cabut, dan muatkan barang. Anda tak perlu risau nak angkat perabot berat sendiri.

Saiz Lori 1 Tan

Lori Saiz S – 1 Tonne + 2 Pekerja (Dari RM250*)

Pilihan kecil tapi praktikal. Sesuai untuk rumah sederhana yang ada 5–7 perabot besar. Contohnya:

  • 2 x Katil Queen + tilam
  • 1 x Peti sejuk 1 pintu
  • 1 x Almari
  • 1 x Kabinet
  • 1 x Sofa 3 tempat duduk
  • 1 x Meja makan 6 kerusi
  • 1 x Mesin basuh

Lori saiz 3 tan

Lori Saiz M – 3 Tonne + 3 Pekerja (Dari RM390*)

Pilihan ini lebih sesuai untuk keluarga besar atau rumah yang ada banyak barang besar. Dengan lori 3 tan dan 3 pekerja, lebih dari 8 barang boleh dibuang dalam satu trip. Contoh muatan:

  • 1 x Katil King + tilam
  • 1 x Peti sejuk 2 pintu
  • 1 x Almari 2 pintu
  • 1 x Kabinet
  • 1 x Set sofa 3+2 tempat duduk
  • 1 x Meja makan 6 kerusi
  • 1 x Mesin basuh

*Harga permulaan boleh berubah ikut jenis bangunan (ground floor, kondo dengan lif, atau walk-up stairs).

Langkah Tempahan Pakej Lori TheLorry

Nak tempah Pakej Lori pun mudah, direka untuk beri pengalaman tanpa stres. Ikut langkah berikut:

 

1. Booking Type: Pilih Disposal dan pilih tarikh & masa.

2. Pickup Location: Masukkan alamat, nama, no. telefon dan jenis bangunan (Ground Floor, Ada Lif, atau Tangga).

Lori Size M

3. Vehicle Selection: Pilih lori 1 tan atau 3 tan ikut jumlah barang.

4. Quotation: Harga termasuk pengangkutan, pekerja dan sst. (Nota: Kami tak terima sisa basah atau produk berasaskan minyak).

Pilihan Lori

Langkah Akhir

  1. Masukkan nota tambahan (contoh: akses rumah atau upload gambar barang).
  2. Semak tempahan & pilih cara bayaran.
  3. Tanda kotak Terma & Syarat, kemudian sahkan tempahan.

Pilihan Bayaran

  • Online Payment: Bayar dengan online banking atau kad kredit/debit.
  • Hoolah Installments: Bayar ⅓ dahulu, bakinya 2 kali tanpa faedah.
  • Cash on Delivery (COD): Bayar terus pada pemandu selepas kerja selesai.

Masih ragu-ragu nak pilih pakej mana? Jangan risau,
pasukan TheLorry Customer Support sentiasa ada untuk bantu anda pilih dengan lebih tepat.

💬 Chat dengan Kami di WhatsApp

Pilihan Perkhidmatan Pelupusan dalam jadual

Pilihan Sesuai Untuk Apa Yang Termasuk Harga Dari
Pelupusan Mengikut Item 1–7 item (sofa kecil, kerusi, tilam) Tempahan fleksibel, tidak perlu lori penuh Berdasarkan quotation
Pakej Lori 1 Tonne Rumah kecil dengan sehingga 7 item besar Lori 1-tonne + 2 orang pekerja Dari RM250*
Pakej Lori 3 Tonne Rumah besar / lebih 8 item perabot besar Lori 3-tonne + 3 orang pekerja Dari RM390*

💡 Harga adalah kadar asas dan mungkin berbeza mengikut jenis bangunan (rumah landed, kondo dengan lif, atau  bertangga).

Soalan Lazim (FAQ) Pelupusan Perabot Lama

Apa itu perkhidmatan pelupusan perabot lama?

Ia adalah perkhidmatan untuk membantu anda membuang barang besar seperti sofa, almari, atau tilam tanpa perlu sewa lori sendiri atau tong besar.

Bagaimana pelupusan pukal berfungsi?

Mudah sahaja — anda boleh tempah lori 1-tonne (sehingga 7 item) atau lori 3-tonne (8 item ke atas).

Adakah perkhidmatan pelupusan ini berbaloi?

Ya. Ia menjimatkan masa, mengelakkan risiko kecederaan, serta memastikan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab berbanding buang sendiri.

Siapa yang boleh guna perkhidmatan ini?

Semua penduduk di KL, Selangor, dan Lembah Klang yang perlu buang tilam, sofa, atau perabot lama.

Di mana boleh tempah perkhidmatan pelupusan?

Tempahan mudah melalui TheLorry App atau laman web TheLorry. Pilih “Disposal”, tentukan pilihan anda, dan sahkan tempahan online.

Berapakah kos pelupusan perabot lama?

Harga bermula daripada RM250 (1-tonne), RM390 (3-tonne), atau mengikut kiraan item bagi pelupusan kecil.

Peringatan Penting!

Untuk keselamatan dan pematuhan undang-undang, terdapat item yang tidak boleh kami angkut:

  • Hidupan
    Dilarang sama sekali membawa sebarang hidupan seperti haiwan atau manusia pada bila-bila masa dan atas apa-apa alasan.

  • Bahan Berbahaya
    Tidak dibenarkan membawa bahan berbahaya. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada: bahan letupan, gas, cecair mudah terbakar, pepejal mudah terbakar, bahan beracun atau berjangkit, bahan radioaktif, dan bahan menghakis.

  • Bahan Letupan
    Senjata api, peluru, atau sebarang bahan letupan lain adalah dilarang sama sekali.

  • Barangan Haram
    Segala barangan yang haram untuk dijual atau dibeli, serta barangan yang diperoleh, dibeli, atau dijual melalui cara yang menyalahi undang-undang adalah tidak dibenarkan.

👉 Jika tidak pasti, hubungi pasukan khidmat pelanggan TheLorry.

ℹ️ Sekatan ini bukan unik kepada TheLorry sahaja, malah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti DBKL serta Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Kurangkan Sisa untuk Masa Depan Lebih Baik 

Pelupusan perabot lama bukan sekadar tentang mengosongkan ruang, tetapi juga tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Menurut laporan Global Waste Management Outlook 2024 (UNEP):

  • Kos pengurusan sisa global boleh meningkat daripada USD 252 bilion (2020) kepada lebih USD 640 bilion setahun menjelang 2050 jika tiada perubahan.
  • Namun, melalui ekonomi kitaran (circular economy), dunia boleh mencapai keuntungan bersih USD 108 bilion setahun dengan amalan guna semula, kitar semula, dan pengurangan sisa.

Dengan menempah melalui TheLorry, anda bukan sahaja membuang perabot lama dengan mudah, tetapi turut:

  • Mengurangkan pembaziran yang tidak perlu
  • Menyokong ekonomi hijau
  • Membantu menjadikan Malaysia lebih lestari

🌍 Ingat, tindakan kecil seperti pelupusan perabot secara bertanggungjawab boleh membawa perubahan besar untuk generasi akan datang.

Masih Tak Pasti?

Mengemas rumah atau pejabat tidak semestinya jadi sesuatu yang memenatkan. Sama ada hanya sebuah tilam, set sofa, atau satu lori penuh perabot lama, TheLorry menyediakan perkhidmatan pelupusan perabot yang mampu milik dan boleh dipercayai di KL, Selangor dan Lembah Klang.

Dengan bantuan pekerja profesional, harga yang jelas, serta pilihan fleksibel, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada barang besar tanpa sebarang kerumitan.

Promo September 2025 TheLorry

Jangan Lepaskan Promosi TheLorry September 2025

Jika anda masih menangguhkan pelupusan perabot lama kerana kos atau rasa susah, inilah masa terbaik untuk bertindak. TheLorry sedang mengadakan Promosi Eksklusif September 2025 dari 11 September 2025 hingga 30 September 2025 sahaja.

Berikut adalah apa yang anda akan nikmati sepanjang tempoh ini:

Diskaun Buang Barang Lama September 2025

  • Diskaun 5% Perkhidmatan Pelupusan – Tiada perbelanjaan minimum. Sama ada tilam tunggal, sofa besar, atau satu lori penuh barang lama, anda terus jimat. (Kod Promo: CLEAR5, digunakan automatik semasa checkout)

Diskaun House Moving Pakej September 2025

  • Diskaun 10% Pindah Rumah & Perkhidmatan On-Demand – Dengan tempahan minimum RM250, keluarga dan individu boleh pindah dengan lebih jimat tanpa kompromi pada kualiti. (Kod Promo: MOVE10, digunakan automatik semasa checkout)

Promo ini bukan sekadar diskaun, tetapi ia menjadikan pelupusan sisa pukal dan pindah rumah lebih mampu milik, mudah, dan boleh diakses di seluruh Selangor, KL dan Lembah Klang.

Jadi, sama ada anda sedang merancang pembersihan besar-besaran, menggantikan perabot lama, atau bersiap sedia untuk berpindah jangan tunggu sehingga Oktober bila promosi ini tamat.

👉 Tempah perkhidmatan pelupusan atau pakej pindah rumah anda hari ini dan nikmati penjimatan sebelum 30 September 2025.

Bacaan Disyorkan dari TheLorry

  • Promosi TheLorry September 2025 – Jangan lepaskan diskaun terhad ini untuk perkhidmatan pindah dan pelupusan. Peluang terbaik untuk berjimat sambil pindah atau buang perabot lama.
  • Pakej Pindah Rumah – Nak lebih daripada pelupusan? Terokai pakej pindah rumah yang fleksibel dan mesra bajet.
  • Pindah Rentas Sempadan Malaysia–Singapura – Rancang pindah antarabangsa? Ketahui bagaimana TheLorry membantu anda berpindah dengan lancar.
  • Lori Sewa KL – Sama ada pindah kecil atau besar, ketahui mengapa perkhidmatan lori sewa kami antara yang paling dipercayai di Kuala Lumpur.

Soalan Lazim Tentang Perkhidmatan Pelupusan TheLorry (FAQ)

Bagaimana cara melupuskan perabot lama di Selangor?

TheLorry menawarkan perkhidmatan pelupusan untuk barang besar seperti sofa, almari, dan tilam di KL, Selangor, dan Lembah Klang.

Apa itu perkhidmatan pelupusan pukal?

Perkhidmatan pelupusan pukal TheLorry sesuai untuk pembersihan besar dengan lori 1-tonne atau 3-tonne lengkap bersama tenaga kerja.

Adakah terdapat perkhidmatan pelupusan perabot berhampiran saya?

Ya. Kami hanya meliputi kawasan KL, Selangor, dan sekitar Lembah Klang.

Adakah anda menawarkan pelupusan tilam?

Ya. Sama ada tilam single, queen atau king-size, kami boleh uruskan.

Bolehkah saya tempah pelupusan sofa?

Ya. Sama ada sofa tunggal atau berbentuk L, nyatakan sahaja semasa tempahan dan pasukan kami akan uruskan.

Berapa awal saya boleh buat tempahan pelupusan?

Tempahan pelupusan memerlukan sekurang-kurangnya 2 hari notis.
Sharing is caring