Moving Tips

Panduan Lengkap Perkhidmatan Cross Border Malaysia ke Singapura

Panduan Lengkap Perkhidmatan Cross Border Malaysia ke Singapura 2025

oleh TheLorry pada 13 Ogos 2025.

Memasuki dunia perkhidmatan cross border Malaysia – Singapura bukan sekadar peluang perniagaan, tetapi langkah strategik untuk mengembangkan pasaran dan pendapatan. Dengan ekonomi dua negara yang saling berkait, permintaan terhadap penghantaran barang rentas sempadan semakin meningkat.

Dalam panduan ini, kami akan kongsikan langkah demi langkah persediaan, dokumen penting, serta tips operasi yang akan memastikan perjalanan anda lancar dan menguntungkan.

1. Sahkan Kenderaan Anda — Permohonan GVP

Langkah pertama untuk memulakan perkhidmatan Cross Border Malaysia ke Singapura ialah mendapatkan Goods Vehicle Permit (GVP) bagi membolehkan kenderaan komersial anda memasuki Singapura. Proses ini dilakukan di Land Transport Authority (LTA), Singapura, dan memerlukan anda hadir secara fizikal di pejabat mereka di Sin Ming Drive.

Contoh GVP yang perlu dilekatkan di cermin hadapan kenderaan.

Proses permohonan ini adalah sedikit leceh, kerana anda perlu ke Singapura terlebih dahulu untuk memohon terus kepada pejabat Land Transport Authority (LTA) di Sin Ming Drive. Borang permohonan GVP walau bagaimanapun boleh didapati di sini.

Untuk perhatian, caj yang akan dikenakan untuk memiliki GVP adalah sebanyak 40 Dollar Singapura sebulan, dan ia boleh dibuat dalam jangka masa lebih dari sebuan.

Dokumen yang diperlukan:

Jika anda berminat untuk ke Singapura untuk mendapatkan GVP, anda perlu juga menyediakan beberapa dokumen bersama;

  • Sijil Insurans (asal dan salinan bersama cop “Certified True Copy” dan tandatangan rasmi dari syarikat insurans)
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (asal dan salinan)
  • Kad Autopass (jika telah diberikan sebelum ini)
  • Borang permohonan GVP (seperti disediakan di link di atas) atau PSVP (Juga disediakan di Pusat Perkhidmatan Pelanggan LTA)
  • Gambar kenderaan menunjukkan nombor plat, pandangan sisi dan belakang dengan kesemua pintu kenderaan terbuka (untuk van sahaja)

Kad autopass yang menyerupai Touch N Go dari segi penggunaannya.

Selain daripada dokumen-dokumen di atas, anda juga patut mendapatkan In-Vehicle Unit (IU) semasa anda berada di. Singapura, kerana anda perlu menggunakannya untuk memandu di jalan ERP (Electronic Road Pricing) yang mengenakan caj selama anda di Singapura kelak. Maklumat lanjut GVP di laman rasmi Land Transport Authority Singapore.

Untuk perkhidmatan lori sewa profesional yang patuh undang-undang, layari TheLorry Cross Border Service

2. Lantik Forwarding Agent Berpengalaman

Forwarding agent adalah penghubung utama anda dengan kastam Malaysia dan Singapura. Mereka menguruskan semua dokumen import/eksport, menjimatkan masa dan mengelakkan kesilapan yang boleh melambatkan perjalanan.

Proses melantik ejen biasanya mengambil masa 3 hari bekerja. Pilih syarikat yang mempunyai rekod cemerlang dalam penghantaran antarabangsa.

3. Dokumen Penting untuk Operasi Cross Border

Sebelum memulakan perjalanan pertama, pastikan anda dan ejen forwarding menyediakan:

Dokumen Kegunaan
Import/Eksport Permit Kebenaran mengangkut barang secara sah
Commercial Invoice Senarai lengkap barang muatan
Kad Kastam Kebenaran keluar & masuk Malaysia

Import/Eksport Permit

Import/eksport permit adalah salah satu dokumen yang membolehkan anda import dan eksport barangan antara Malaysia ke Singapura, dan ia akan diuruskan oleh forwarding agent anda.

Anda perlu menyediakan pasport asal dan salinan bersama senarai barangan untuk mengeksport dari Malaysia ke Singapura.

Lebih dokumentasi akan diperlukan jika anda ingin mengimport barangan dari Singapura ke Malaysia, di mana anda perlu menyediakan pasport, kad pengenalan MyKad, dan mana-mana bil utiliti dengan alamat Malaysia.

Commercial Invoice

Commercial Invoice adalah sebuah penyata yang menyenaraikan barangan dalam muatan kenderaan anda dengan teliti.

Ia, bersama import/eksport permit membolehkan anda untuk bergerak antara Malaysia dan Singapura secara sah.

Kad Kastam

Kad Kastam ini digunakan untuk keluar dan masuk pagar .

Ia dikeluarkan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, dan ia adalah kebenaran bagi kenderaan anda untuk keluar dan kembali ke Malaysia.

Anda perlu memohon kad ini pada pihak kastam sebelum memulakan perjalanan ke Singapura.

Dengan ini, anda sudah bersedia sepenuhnya untuk melakukan perkhidmatan cross border ke Singapura! Sekarang anda hanya perlu mencari pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda!

Tetapi..sama kah perkhidmatan pemindahan/penghantaran ke Singapura berbanding di dalam Malaysia?

4. Pengendalian Pelanggan & Senarai Barang

Bagi pelanggan B2B, proses ini biasanya lebih tersusun. Tetapi untuk pelanggan individu, tekankan keperluan menyediakan senarai barang yang lengkap bagi memudahkan penyediaan invois dan mengelakkan barang larangan seperti tembakau, alkohol, dadah, dan senjata api.

Senarai barangan teliti

Antaranya adalah untuk pastikan pelanggan menyenaraikan dengan teliti barang-barang mereka yang ingin dipindahkan.

Jika pelanggan anda adalah di kalangan syarikat (B2B), ini tidak menjadi masalah. Tetapi kepada pelanggan individu yang ingin berhijrah ke Singapura, mereka perlu tekankan keperluan ini.

Tujuan senarai barangan yang teliti ini adalah untuk forwarding agent anda menyediakan Commercial Invoice, dan juga untuk memastikan barangan yang memasuki Singapura adalah bukan barangan yang terlarang.

Jadi, pastikan pelanggan anda menyenaraikan setiap barangan mereka yang ingin dipindahkan menggunakan kenderaan anda. Senarai tersebut boleh diberi kepada forwarding agent anda untuk proses seterusnya.

Untuk makluman, antara barangan yang dilarang adalah barangan tembakau, minuman beralkohol, dadah, dan senjata api.

Pastikan tempat penghantaran

Perkara ini tidak ada perbezaannya jika dibandingkan dengan kerja pemindahan di dalam Malaysia, kerana anda sentiasa perlu pastikan keadaan bangunan sebelum penghantaran.

Tetapi disebabkan destinasi anda berada di negara jiran, kepastian yang lebih perlu diketengahkan.

Keadaan tempat penghantaraan adalah termasuk jenis bangunan (rumah teres atau apartment), tingkat berapa, dan sama ada lif disediakan atau tidak.

5. Persediaan Lokasi Penghantaran

Seperti penghantaran domestik, pastikan anda mengetahui:

  • Jenis bangunan (teres, apartment)

  • Tingkat & akses lif

  • Keadaan jalan masuk

Maklumat ini membantu anda merancang tenaga kerja dan masa penghantaran.

6. Masa untuk Bertolak

Setelah semua langkah dipenuhi, anda kini bersedia untuk memulakan perkhidmatan cross border Malaysia – Singapura. Dengan strategi pemasaran yang tepat, anda boleh menarik pelanggan yang memerlukan perkhidmatan profesional dan selamat.


Kos & Anggaran Harga Perkhidmatan Cross Border Malaysia ke Singapura

Ramai pelanggan ingin tahu berapa kos sebenar untuk menggunakan perkhidmatan Cross Border Malaysia ke Singapura sebelum membuat tempahan. Harga biasanya bergantung pada beberapa faktor: jenis lori (1 tan, 3 tan, atau 5 tan), jumlah barang, jarak lokasi jemputan di Malaysia, serta lokasi penghantaran di Singapura.

Secara purata, kos boleh bermula dari beberapa ratus ringgit untuk penghantaran kecil, manakala penghantaran berskala besar atau komersial mungkin mencecah ribuan ringgit. Pastikan anda mendapatkan sebut harga terperinci daripada penyedia perkhidmatan yang berpengalaman seperti TheLorry, yang boleh membantu anda menganggarkan kos dengan lebih tepat dan menguruskan semua dokumen kastam.

💡 Tip: Bandingkan harga daripada beberapa penyedia tetapi elakkan memilih hanya berdasarkan kos terendah — faktor keselamatan, kepakaran pemandu, dan kecekapan pengurusan dokumen juga sangat penting.


Mulakan Perkhidmatan Cross Border Anda Sekarang

Bayangkan perasaan lega apabila semua urusan penghantaran ke Singapura diuruskan oleh satu pasukan yang berpengalaman dan dipercayai. Tiada lagi kebimbangan tentang dokumen kastam, barang tertahan di sempadan, atau kelewatan penghantaran.

TheLorry menyediakan perkhidmatan cross border yang lengkap — dari lori sewa yang bersih dan terurus, pemandu yang berpengalaman, sehinggalah penyediaan permit import/eksport dan invois komersial. Sama ada anda seorang peniaga yang mahu menghantar stok, atau keluarga yang ingin berpindah rumah, kami mempunyai penyelesaian yang sesuai untuk anda.

💡 Klik di sini untuk tempah sekarang dan rasai sendiri kemudahan Cross Border Service TheLorry — penghantaran rentas sempadan yang lebih mudah, cepat, dan selamat.


Cadangan Bacaan Lanjut di Blog TheLorry

Jika anda merancang untuk menggunakan perkhidmatan Cross Border Malaysia ke Singapura atau sekadar mencari panduan logistik yang tepat, Blog TheLorry menyediakan pelbagai artikel bermanfaat untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak. Berikut adalah tiga artikel yang patut anda baca:

  1. Tips Memilih Kotak untuk Perpindahan Menggunakan Lori Sewa
    Pilihan kotak yang betul boleh menentukan kelancaran proses perpindahan anda. Artikel ini membincangkan jenis kotak yang sesuai, cara mengelakkan kerosakan barang, dan tip pembungkusan yang menjimatkan ruang dalam lori.

  2. Lori Sewa Murah dengan TheLorry
    Fahami bagaimana TheLorry menawarkan perkhidmatan lori sewa pada harga berpatutan tanpa mengorbankan kualiti. Artikel ini menjelaskan faktor yang mempengaruhi harga dan bagaimana anda boleh mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda.

  3. Cara Tempah Lori Sewa 1 Tan Murah
    Untuk penghantaran berskala kecil atau pindahan ringan, lori 1 tan adalah pilihan terbaik. Artikel ini memberikan panduan langkah demi langkah untuk menempah lori 1 tan dengan mudah, cepat, dan murah melalui TheLorry.

💡 Dengan membaca artikel-artikel ini, anda bukan sahaja akan lebih bersedia untuk proses penghantaran atau perpindahan, malah dapat membuat pilihan yang lebih tepat dan menjimatkan kos.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu perkhidmatan cross border Malaysia - Singapura?

Perkhidmatan penghantaran atau pemindahan barang antara Malaysia dan Singapura secara sah dengan dokumen dan permit yang lengkap.

Bagaimana cara memohon GVP untuk lori?

Permohonan dilakukan di pejabat LTA Singapura dengan membawa dokumen kenderaan, insurans dan borang GVP lengkap.

Adakah perkhidmatan cross border berbaloi?

Ya, ia membuka peluang perniagaan lebih luas dengan pasaran di dua negara.

Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?

Individu, syarikat, atau peniaga yang memerlukan penghantaran barang antara Malaysia dan Singapura.

Di mana boleh tempah perkhidmatan cross border?

Anda boleh menempah melalui laman rasmi TheLorry di pautan cross border service.

Berapakah kos perkhidmatan cross border?

Kos bergantung kepada jenis lori, jarak, dan jumlah barang, biasanya bermula dari beberapa ratus ringgit.

 

Sharing is caring