Kenaikan Cukai SST 1 Julai 2025
(Gambar oleh Jakub Żerdzicki)
Apa Yang Kita Perlu Tahu?
oleh TheLorry pada 8 Julai 2025
Pernah dengar tentang kenaikan cukai SST yang akan bermula 1 Julai 2025? Ramai orang mungkin dah dengar sepintas lalu, tapi tak semua tahu apa sebenarnya perubahan yang akan berlaku, dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada hidup seharian — sama ada sebagai pengguna, pemilik rumah, pelajar, atau usahawan.
Daripada artikel yang diterbitkan oleh ASEAN, kita dapat lihat bahawa perubahan ini merupakan langkah kerajaan untuk memperkukuh kedudukan fiskal negara dan meningkatkan kutipan hasil — tanpa membebankan golongan majoriti rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan Kementerian Kewangan, mereka menekankan bahawa pelaksanaan SST ini dilakukan secara bersasar. Barangan asas dan perkhidmatan penting masih dikecualikan. Tetapi skop cukai diperluaskan kepada pelbagai perkhidmatan seperti logistik, perkhidmatan kecantikan, pembelajaran swasta (untuk pelajar antarabangsa), servis kewangan, dan banyak lagi. Malah, servis seperti sewaan jangka pendek (contoh: Airbnb), dan pembaikan rumah seperti plumbing kini juga mungkin dikenakan cukai.
Menurut laporan dari The Malaysian Reserve, cukai ini juga akan menjejaskan kos penyelenggaraan rumah dan servis pihak ketiga seperti pengurusan bangunan — bukan terus kepada sewa, tetapi melalui kos sampingan.
(Gambar oleh Fikri Rasyid)
Fahami Apa Itu SST di Malaysia dan Kesan Kepada Pengguna & Perniagaan
SST atau “Sales and Service Tax” ialah sistem cukai kepenggunaan yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengutip hasil daripada jualan barang dan perkhidmatan. Ia diperkenalkan semula pada tahun 2018 bagi menggantikan GST, dan bermula 1 Julai 2025, sistem ini akan melalui pengembangan besar-besaran dari segi skop dan kadar.
Secara umumnya, SST dibahagikan kepada dua:
- Cukai Jualan (Sales Tax) – Dikenakan kepada barangan yang dihasilkan dalam negara atau diimport.
- Cukai Perkhidmatan (Service Tax) – Dikenakan kepada perkhidmatan tertentu seperti logistik, kecantikan, kesihatan swasta, pendidikan swasta, perundingan profesional dan banyak lagi.
(Gambar oleh Angki Perdana)
Siapa yang Terlibat dan Terkena Kesan dengan SST?
- Peniaga dan perniagaan kecil – Terutamanya yang beroperasi dalam sektor perkhidmatan atau menjual barangan yang tidak lagi dikecualikan.
- Pengguna – Secara tidak langsung, kos servis dan barangan mungkin meningkat sedikit kerana servis tambahan kini dikenakan SST.
- Penyewa, pemilik rumah, dan pembeli baru – Walaupun rumah dan sewa kediaman tidak dikenakan SST, servis seperti baik pulih, plumbing, dan pengurusan bangunan mungkin dikenakan cukai.
Contoh mudah, sebelum ini servis sewa lori mungkin tidak dikenakan SST secara meluas, tapi dengan perluasan skop baru, sebahagian servis berkaitan logistik dan penghantaran kini berada dalam radar SST. Begitu juga servis kecantikan, pendidikan swasta (untuk pelajar antarabangsa), dan pembangunan perisian.
(Gambar oleh Kelvin Zyteng)
Kenapa SST diperluaskan?
Kerajaan Malaysia, di bawah inisiatif Ekonomi MADANI, melaksanakan langkah ini untuk:
- Memperkukuh kedudukan fiskal negara
- Meningkatkan kutipan hasil negara tanpa membebankan majoriti rakyat
- Memastikan perkhidmatan awam dapat ditambah baik
- Memberi bantuan terus kepada rakyat melalui hasil cukai
Tapi ramai yang risau…
- “Adakah hidup makin mahal lepas SST ni?”
- “Harga servis dan barangan akan naik semua ke?”
- “Sebagai peniaga kecil, adakah saya wajib daftar SST?”
- “Kalau saya guna perkhidmatan logistik, akan ada cukai tambahan ke?”
Jawapan ringkasnya: bergantung kepada kategori servis dan nilai jualan tahunan anda. Untuk rakyat biasa, barangan asas dan perkhidmatan penting masih dikecualikan. Tapi bagi peniaga, compliance tetap perlu dipantau dengan teliti — terutamanya jika anda ada pelanggan korporat, pelanggan luar negara, atau terlibat dengan servis profesional.
Kerajaan turut memberikan tempoh kelonggaran hingga 31 Disember 2025 untuk pendaftaran dan pematuhan. Jadi tiada penalti bagi syarikat yang mengambil langkah untuk patuh, asalkan menunjukkan usaha ke arah itu.
(Gambar oleh Jem Sahagun)
Apa Akan Jadi Lepas SST ni dikuatkuasakan pada 1 Julai 2025 ni?
Malaysia menjangka dapat menambah RM3 bilion hasil tahunan menerusi pelaksanaan SST yang diperluas ini. Dana ini akan disalurkan kepada pembinaan infrastruktur, bantuan tunai, dan perkhidmatan awam yang lebih efisien.
Namun sebagai pengguna atau peniaga, pemahaman terhadap SST dan bagaimana ia memberi kesan kepada operasi harian sangat penting. Dengan pengetahuan ini, kita boleh rancang kewangan dengan lebih bijak — sama ada untuk perniagaan kecil atau keperluan isi rumah.
Risau Harga TheLorry Naik? – Harga Termasuk SST & Tetap Berpatutan!
Servis kami tidak terkecuali daripada kenaikan kadar cukai SST seperti yang diumumkan oleh kerajaan. Bermula 1 Julai 2025, beberapa kategori servis termasuk logistik dan penghantaran turut tertakluk kepada cukai perkhidmatan sebanyak 6%, mengikut klasifikasi perkhidmatan sedia ada.
Namun, anda tak perlu risau. Di TheLorry, semua harga yang dipaparkan dalam aplikasi atau laman web kami sudah termasuk SST. Tiada caj tersembunyi, tiada kejutan pada saat akhir. Kami masih komited untuk memastikan servis kami kekal berpatutan, telus, dan mudah untuk semua pelanggan — tak kira individu, keluarga mahupun pemilik perniagaan kecil (IKS).
Sama ada anda nak pindah rumah, hantar barang, atau buang perabot lama, sistem tempahan kami akan paparkan harga penuh siap cukai supaya anda boleh buat keputusan dengan tenang dan yakin.
Dan yang paling penting, kami masih kekal dengan janji kami — untuk berikan servis Mudah, Murah dan Memuaskan.
Servis Apa Lagi TheLorry Tawarkan?
Mungkin ramai yang masih belum tahu, TheLorry bukan sekadar menyediakan servis pindah rumah biasa. Kami ada pelbagai jenis perkhidmatan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan — tak kira untuk individu, keluarga, pelajar, atau pemilik bisnes.
Berikut antara servis utama kami:
1. Pakej Pindah Rumah (House Moving Package)
Mudah dan lengkap — ikut saiz rumah anda, tak perlu pening. Pakej siap dengan pekerja, wrapping, dan servis buka pasang barang. Sesuai untuk rumah studio, apartment, teres atau banglo.
2. Penghantaran On-Demand Lori Sewa
Nak hantar barang besar ke lokasi lain tanpa perlu tunggu? Pilih tarikh & masa sendiri, dan kami akan uruskan dari pickup hingga drop-off. Sesuai untuk pengguna yang perlukan penghantaran cepat atau “last minute”.
3. Servis Pelupusan (Disposal Service)
Barang lama makin banyak kat rumah? Kami ada Disposal by Item untuk mereka yang cuma nak buang 1–5 item, atau Disposal Full Truck Load untuk pelanggan yang nak kosongkan stor atau rumah sepenuhnya. Pilih saiz lori dan kami bantu uruskan dengan selamat dan sah.
4. Perkhidmatan Rentas Sempadan (Cross-Border Malaysia ke Singapore)
Nak pindah ke Singapura atau dari Singapura ke Malaysia? Kami sediakan perkhidmatan lengkap termasuk urusan kastam, permit dan dokumentasi. Sesuai untuk pemilik bisnes, ekspatriat, keluarga dan pelajar.
Lori Sewa Untuk Perniagaan Kecil & Sederhana (SME & IKS)
Dalam dunia perniagaan, kelajuan dan kecekapan adalah segalanya. Ramai pemilik perniagaan Small Medium Enterprise (SME) atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kini beralih kepada servis lori sewa sebagai solusi logistik yang mudah, fleksibel dan dipercayai.
Sama ada anda pemilik restoran, peniaga borong, penjual dalam talian (online seller), pengedar barang dapur atau mesin, atau menjalankan perniagaan percetakan, keperluan untuk menghantar stok dengan cepat dan selamat adalah keutamaan. TheLorry membantu mengisi keperluan itu dengan menyediakan lori sewa untuk perniagaan korang dalam pelbagai kapasiti, dari lori 1 tan, 3 tan hingga 5 tan, bergantung kepada saiz dan jumlah barang anda.
Pelanggan perniagaan kami menggunakan servis lori sewa untuk menghantar stok ke gudang, premis runcit, kiosk, kedai fizikal atau terus ke pelanggan mereka. Ada juga yang menggunakan lori sewa on-demand untuk event seperti bazar, ekspo, pameran perniagaan dan roadshow. Tambahan pula, fleksibiliti waktu memilih masa dan tempahan menjadikan TheLorry sebagai pilihan utama — anda boleh pilih sendiri tarikh dan masa penghantaran yang sesuai dengan jadual operasi syarikat atau bisnes anda.
Antara kelebihan yang paling dihargai oleh SME dan IKS ialah servis tambahan yang ditawarkan oleh TheLorry. Selain pemandu berpengalaman, kami turut sediakan pekerja untuk bantu angkat barang, servis buka pasang, dan juga cling wrap untuk keselamatan tambahan — terutamanya bagi barangan fragile atau elektronik.
Apa yang penting, setiap lori sewa SME yang ditempah melalui TheLorry disertakan dengan harga telus tanpa caj tersembunyi. Anda boleh lihat anggaran harga terus dari laman web atau aplikasi kami. Dan sekiranya anda perlukan dokumen invois rasmi untuk tujuan rekod syarikat, kami akan sediakan — lengkap dengan butiran servis dan sebut harga.
Dengan kenaikan permintaan dalam sektor e-dagang dan jualan atas talian, semakin ramai peniaga kecil yang kini memerlukan servis lori sewa untuk penghantaran yang boleh dipercayai. TheLorry bukan sahaja menawarkan penyelesaian logistik, malah menjadi rakan kongsi logistik jangka panjang kepada ramai pemilik bisnes yang ingin berkembang.
Dengan TheLorry, anda boleh rancang, pilih dan tempah semuanya secara online — mudah, murah dan memuaskan. Kami bukan saja sediakan servis lori sewa biasa, tapi juga pakej yang boleh disesuaikan ikut bajet dan kehendak anda.
Testimoni atau Review Perniagaan SME dengan TheLorry
Salah satu pelanggan SME kami yang paling setia ialah Coffee Star Malaysia — sebuah jenama yang menyediakan mesin Auto Barista ke pelbagai lokasi strategik di seluruh negara.
Menurut En. Raja Ahmad Fauzan, Chief Coffee Enthusiast mereka:
“Setiap bisnes perlu fokus kepada core business masing-masing. Kami di Coffee Star fokus pada penyediaan kopi berkualiti — dan kami serahkan urusan logistik kepada pakar seperti TheLorry.”
Coffee Star menghadapi cabaran besar apabila perlu menghantar mesin kopi bersaiz besar (lebih enam kaki tinggi) ke pelbagai lokasi setiap hari. Mereka memerlukan lori sewa dengan tail lift, sesuatu yang agak sukar didapati di pasaran biasa. Dengan TheLorry, mereka bukan saja dapat lori yang bersesuaian, malah dilengkapi dengan tenaga kerja profesional untuk bantu urusan loading dan unloading dengan selamat.
“Kami puas hati dengan servis TheLorry. Pantas, efisien, dan sangat memahami keperluan SME seperti kami yang perlu penuhi permintaan pelanggan tanpa melengahkan masa.”
Selain itu, Oniza Zain memuji betapa mudahnya proses tempahan:
“Proses dia sangat simple, semudah ABC. Kami sangat galakkan semua SME di luar sana untuk cuba TheLorry. Dengan servis yang pantas dan efisien, pelanggan kami pun lebih puas hati.”
Kini dengan perancangan untuk memperluaskan rangkaian mesin mereka ke lebih banyak lokasi, Coffee Star terus yakin untuk bekerjasama bersama TheLorry bagi memastikan setiap penghantaran berjalan lancar. Untuk mendengar feedback mereka, boleh ke Youtube TheLorry untuk dengarkan review mereka.
Bukan itu sahaja, perniagaan tempatan lain yang telah mempercayai TheLorry sebagai rakan logistik ialah Hausboom, jenama minuman berkarbonat tempatan yang kini semakin dikenali di dalam dan luar negara. Dalam satu rakaman temubual pendek, wakil dari Hausboom, Puan Lyn, berkongsi pengalaman menggunakan servis lori sewa dari TheLorry untuk operasi harian dan penghantaran stok mereka.
Menurut Puan Lyn, urusan logistik Hausboom bersama TheLorry berjalan “so far so good”, dan beliau turut menekankan bahawa servis ini telah banyak membantu kelancaran penghantaran mereka ke pelbagai lokasi — sama ada untuk agihan stok ke gudang, acara atau terus ke pelanggan.
“Saya sangat encouraged untuk orang-orang yang akan datang, terutamanya peniaga kecil dan besar, untuk gunakan TheLorry punya services… Best!”
Kenyataan dari Puan Lyn ini bukan sekadar pujian kosong, malah menjadi motivasi kepada lebih ramai usahawan dan peniaga tempatan untuk memilih servis yang boleh dipercayai, profesional dan mudah digunakan. Dengan servis seperti lori sewa hantar stok, lori sewa event, dan juga penghantaran on-demand, TheLorry memudahkan pengurusan logistik perniagaan kecil dan besar.
Ramai pemilik bisnes seperti Hausboom kini bergantung kepada platform TheLorry kerana mereka boleh memilih saiz lori yang sesuai (1 tan, 3 tan, 5 tan), menempah secara atas talian, dan memilih tarikh serta masa mengikut keperluan operasi mereka. Tambahan pula, TheLorry turut menyediakan pekerja tambahan dan servis wrapping — sesuai untuk penghantaran barangan fragile atau bernilai tinggi seperti produk F&B, mesin, dan stok jualan.
Testimoni dari Puan Lyn ini menjadi bukti bahawa servis logistik yang bagus boleh memberikan impak besar kepada perniagaan. Jika anda seorang peniaga yang cari lori sewa untuk hantar stok atau ingin mudahkan urusan penghantaran perniagaan, TheLorry sentiasa bersedia untuk bantu anda berkembang.
Sedia Nak Tempah Lori Sewa Untuk Perniagaan Anda?
Tak Pasti Nak Pilih Saiz Lori? Takut Harga tiba-tiba Mahal?
Tak perlu risau. Kami sediakan House Moving Package yang siap dengan pilihan saiz lori, pekerja, cling wrap, servis buka pasang — semua dalam satu harga yang telus. Anda hanya perlu pilih berdasarkan jenis rumah anda — studio, apartment, teres atau banglo. Mudah, kan?
Ada sebarang pertanyaan? Boleh hubungi Customer Careline kami. Tempah sekarang di www.thelorry.com atau muat turun aplikasi kami di App Store dan Play Store. Jangan risau, memang kami tiada cas tersembunyi. Apa yang anda nampak semasa di akhir process booking anda, itulah harganya.
Dengan SST atau tanpa SST, kami tetap akan beri servis terbaik, dengan harga yang masuk akal. Bila nak pindah, TheLorry sentiasa ada.