Tips Pindah Rumah

8 Tip Pindah Rumah Baharu Bersama Si Comel

oleh TheLorry pada 25 Ogos 2025.

Kucing dikenali oleh sifat teritorial dan suka menghabiskan masa dalam persekitaran mereka sendiri. Apabila kucing dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain, mereka akan jadi kurang senang. Erti kata lain, sukar untuk menyesuaikan diri di tempat baharu. Apa yang anda boleh lakukan adalah pastikan proses pindah rumah tidak menganggu ketenteraman kucing kesayangan anda.

Disini kami kongsikan 8 tip pindah rumah bersama kucing:

1. Letakkan kucing anda di tempat yang selamat  

Sediakan keperluan kucing anda di tempatnya dan pastikan kucing tidak keluar ketika home mover mengangkat barang ke dalam lori.

2. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pastikan anda menutup rapat pintu dan tingkap bilik anda. Ini bagi menjamin keselamatan kucing dan kucing tidak melompat keluar ketakutan dan meganggu kerja-kerja home mover

3. Pastikan kucing anda selesa sepanjang dalam perjalanan

Letakkan kucing anda dalam carrier yang sesuai dan letakkan di tempat duduk belakang. Jangan buka pintu carrier kucing ketika anda sedang memandu. Jika anda perlu memandu dalam jarak yang jauh, anda dinasihatkan supaya “puasakan” kucing beberapa jam sebelum memulakan perjalanan.

 

 

4. Masukkan perabot ke bilik utama terlebih dahulu

Apabila tiba sahaja lori di rumah baharu anda, pastikan home mover meletakkan perabot di bilik utama dahulu dan anda boleh letakkan kucing bersama barang keperluannya di bilik utama atau di mana-mana tempat yang dirasakan selamat dalam rumah.

 

 

5. Tour rumah baharu bersama kucing

Persekitaran baharu boleh membuatkan kucing anda takut. Jadi, apa kata anda cuba bawa kucing melihat persekitaran rumah untuk mewujudkan rasa selesa di rumah baharu.

6. Kekalkan rutin

Jangan tukar rutin harian kucing dengan tergesa-gesa di tempat baharu. Bawa kucing berjalan di taman yang berdekatan atau biarkan mereka dalam rumah sahaja.

7. Pastikan tempat selamat dan cat-friendly

Pastikan rumah baharu anda tiada benda atau haiwan yang berbahaya yang boleh mengancam keselamatan kucing anda seperti sarang lebah atau rumput racun. Periksa persekitaran rumah sebelum anda berpindah bersama kucing anda

8. Berikan snek kegemaran kucing anda

Setelah melalui hari yang memenatkan dan mood yang tidak menentu, berikan snek kegemaran kepada kucing anda sebagai reward

Untuk pengalaman pindah rumah yang terbaik buat anda dan juga si comel, gunakan perkhidmatan TheLorry 😉

 Tempah sekarang

Cara Membantu Kucing Cepat Menyesuaikan Diri

  • Gunakan pheromone spray seperti Feliway untuk mengurangkan stres.

  • Sediakan safe zone dengan kotak pasir, makanan, dan katil.

  • Luangkan masa bermain bersama supaya mereka tidak merasa diabaikan.


Kesalahan Lazim Pemilik Ketika Pindah Rumah dengan Kucing

  1. Membiarkan kucing berkeliaran semasa movers bekerja.

  2. Memberi makan sebelum perjalanan jauh – boleh sebabkan muntah.

  3. Memperkenalkan rumah terlalu cepat – kucing perlukan masa.

Pindah Rumah Baharu Lebih Tenang Bersama Si Comel

Pindah rumah sememangnya satu cabaran besar, apatah lagi jika anda mempunyai kucing. Namun, dengan persediaan awal, tip yang betul, dan perhatian penuh, proses ini boleh jadi lebih mudah. Ingatlah, bagi kucing, rumah bukan sekadar bangunan, tetapi tempat yang penuh dengan bau, kenangan, dan rasa selamat.

Dengan mengikuti panduan 8 tip pindah rumah baharu bersama si comel, anda bukan sahaja memudahkan proses perpindahan, tetapi juga membantu kucing anda merasa lebih bahagia di rumah baharu.

👉 Untuk pengalaman pindah rumah lebih lancar, anda boleh menggunakan perkhidmatan profesional seperti TheLorry.

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana cara tenangkan kucing yang stres waktu pindah?

Gunakan pheromone spray, sediakan bilik, kekalkan rutin makan & bermain, dan beri snek.

Berapa lama kucing perlukan masa untuk menyesuaikan diri di rumah baharu?

Kebanyakan kucing memerlukan 3–14 hari, ada yang sehingga 3–4 minggu bergantung kepada personaliti.

Perlukah bawa kucing keluar rumah terus selepas berpindah?

Tidak. Biarkan kucing biasakan diri dalam bilik dahulu, kemudian kenalkan ruang baru

Apa yang perlu ada dalam carrier kucing semasa perjalanan?

Kainn air dan makanan.

Adakah perlu bawa kucing jumpa doktor selepas pindah rumah?

Tidak wajib jika sihat. Namun, bawa ke veterinar jika kucing tidak makan, lesu, atau menunjukkan tanda stres berlebihan.

Apa tanda kucing tidak selesa dengan rumah baharu?

Bersembunyi lama, mengiau kuat, enggan makan atau minum, tidak guna litter box, atau kelihatan agresif secara tiba-tiba.

 

Sharing is caring