Stories

Kurangkan “Blindspot” Cermin Kereta

By 13/08/2016October 4th, 2021No Comments

1. Laraskan cermin pandang belakang. Fungsinya adalah untuk melihat kenderaan di belakang kereta anda. Cermin ini tidak perlu dicondongkan untuk melihat kereta di sebelah. Itu adalah fungsi cermin sisi.

2. Sekiranya, cermin pandang belakang adalah terlalu kecil, anda boleh pasangkan cermin yang lebih luas.

3. Seterusnya, sandarkan kepala anda pada cermin tingkap pemandu. Laraskan cermin sisi kanan sehingga anda hampir tidak dapat melihat badan kereta anda.

4. Kemudian, posisikan kepala anda di tengah kereta, selari dengan gear dan brek tangan. Betulkan cermin sisi di sebelah kiri sama seperti di atas dengan menyelaraskan cermin sehingga anda hampir tidak dapat melihat badan kereta anda.

5. Selepas penyelarasan, ujilah “blind spot” anda di jalan raya. Semasa memandu, tumpukan perhatian anda pada kenderaan di belakang. Beri laluan untuk ia boleh memotong anda. Semasa kenderaan memotong, badan kenderaan itu sepatutnya akan sentiasa di dalam medan penglihatan anda.

Sharing is caring