Driver Partner Stories

Keseimbangan Kerja dan Kehidupan Adalah Kunci Kepada Kejayaan Chandrasegeran

By 05/10/2021February 17th, 2022No Comments

Seimbangkan kehidupan dan kerja

Bagi Encik Chandrasegeran daripada CS Success Trading, bekerja dan masa bersama keluarga perlu seimbang. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai penghantar dengan sebuah syarikat kurier. Menyedari beliau akan mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan berpotensi mempunyai perniagaan sendiri, beliau akhirnya menyertai TheLorry sebagai rakan pemandu. Dengan menyertai TheLorry, beliau boleh mengatur jadual kerjanya sendiri dan juga menambah aset kenderaan yang dimiliki bagi kegunaan penghantaran.

Sistem baru bantu kurangkan bebanan

rakan pemandu

Apabila TheLorry memperkenalkan sistem ‘Monthly Invoicing’ di aplikasi TheLorry-Partner, Encik Chandrasegeran dan rakan pemandu yang lain berasa sangat gembira. Ini kerana sistem baru ini dapat mengurangkan beban kerja-kerja dokumentasi dan memberikan masa yang lebih untuk untuk mereka menjana pendapatan.

Fleksibiliti masa

Encik Chandrasegeran meletakkan keluarga sebagai prioriti utamanya, beliau percaya dengan meluangkan masa kualiti bersama yang tersayang dapat mengurangkan penat setelah seminggu bekerja. Sebagai rakan pemandu di TheLorry, beliau boleh memilih untuk menerima tempahan pindah rumah atau penghantaran mengikut lokasi dan jadual yang tersendiri. Fleksibiliti masa bekerja sebegini agak sukar untuk didapati di tempat lain. Sebab itu, beliau masih setia bersama TheLorry.

Sharing is caring