Home & living

5 Perkara Suami WAJIB Ambik Tahu Apabila Disuruh Beli Barang oleh Si Dia

By 11/08/2020October 11th, 2021No Comments

Rentetan musim pandemik beberapa bulan lepas dimana kerajaan hanya benarkan seorang sahaja daripada ahli keluarga untuk keluar membeli barang dapur dan barang harian yang penting iaitu ketua keluarga, tak lain tak bukan iaitu geng- geng suami. Ada dikalangan suami yang sudah pro bab barang dapur tapi tak dinafikan ada juga yang tidak pernah pun keluar membeli sendiri. Adoi, mesti berdebar-debar kan?

Jadi geng suami wajib kenal 5 barang yang sangat kerap orang lelaki tertukar di kedai untuk elak geng isteri menyinga dekat rumah nanti. Mari sini kami berikan tips siap-siap supaya geng suami dapat balik dengan selamat ke rumah.

  1. Halia dan LengkuasBagi yang sudah biasa memasak, mesti pandai nak membezakan halia dan lengkuas. Tapi bagi geng suami yang jarang-jarang ke dapur mesti pening nak pilih, dah lah bentuk dan warna lebih kurang. Nak tahu apa bezanya, jom boleh baca tips dibawah.
    • Warna dan tekstur kulit; Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut tetapi lengkuas pula berwarna coklat gelap. Tekstur kulit halia licin dan berkilat tetapi untuk lengkuas pula agak kasar.
    • Bau dan rasa; Halia dan lengkuas sebenarnya mempunyai bau yang bersifat segar dan kuat aromanya akan tetapi untuk membezakannya halia mempunyai bau yang lebih kuat dan lengkuas mempunyai sedikit aroma citrus yang menyegarkan.
  2. Ikan Mabong, Ikan Kembung dan Ikan PelalingTiga jenis ikan yang rupa saling tak tumpah, macam adik beradik sangat. Pening nak cari dekat pasar kan? Nak tanya, orang ramai, malu lagi. Haa, meh sini kami bagi tips nak bezakan ikan- ikan ini. Mudah saja!
    • Ikan mabong saiznya lebih besar, dan isinya juga lebih tebal berbanding ikan kembung. Manakala ikan pelaling selalunya saiznya kecil sahaja, selebar dua jari dewasa sahaja.
  3. Daun Sup dan Daun KetumbarNi kadang-kadang geng isteri pun boleh pening nak pilih. Kalau ikan-ikan diatas kita kata adik beradik, yang daun-daun ni dah macam kembar pun ada! Sekali pandang memang tak perasan langsung perbezaannya. Kalau ada geng suami yang dapat bawak balik daun yang betul, memang kami salute lah!

    Tips paling senang nak bezakan ialah:
    • Dari segi bau. Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang. Daun ketumbar pula bau lebih kuat dan tajam seakan bau sabun dan ala sitrus.
    • Nama/Label di pasar raya. Daun sup dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery manakala daun ketumbar dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro
  4. Suhun dan BihunWarna sama putih, kalau sekali pandang rupa dan bentuk pun hampir sama. Pernah anda rasa keliru nak bezakan suhun dan bihun? Kedua duanya dibuat menggunakan bahan yang berbeza, tekstur dan cara memasak yang tidak sama. Nak tahu macamana nak bezakanya, jom baca info dibawah.
    • Warna, tekstur dan rasa; Warna bihun selalunya putih kusam, mudah rapuh dan patah semasa kering tetapi selepas dimasak ianya akan menjadi lembut dan kenyal. Manakala suhun berwarna putih jernih dan ia lebih liat dan tidak mudah patah semasa kering. Akan tetapi apabila sudah dimasak teksturnya akan menjadi licin dan mudah putus. Rasanya juga lebih tawar berbanding bihun.
  5. Limau Kasturi, Limau Purut dan Limau NipisSebut je limau, macam-macam limau ada di pasar raya. Namun ada tiga limau yang si isteri selalu guna didapur untuk tujuan masakan. Ia adalah limau Kasturi, limau nipis dan limau purut. Nak tahu macamana nak bezakan ketiga-tiganya, jom baca dibawah.
    • Fizikal dan tekstur; Ketiga-tiga berwarna hijau akan tetapi limau purut dan limau Kasturi berwarna hijau yang lebih pekat manakala limau nipis pula berwarna hijau muda dan kekuningan. Untuk tekstur pula limau purut lebih mengerutu manakala limau Kasturi dan limau nipis lebih licin.

Jadi geng suami, dah belajar sesuatu pada hari ini? Tapi anda semua jangan risau kalau anda tidak mempunyai masa dan ingin menggunakan jalan pintas untuk selamat daripada keluar mencari barang-barang diatas, kami di TheLorry ada menyediakan perkhidmatan TheLorry Grocer!

Rider kami akan menolong anda untuk membelikan senarai barang-barang yang anda perlukan dan menghantarnya terus ke pintu rumah anda mengikut masa yang anda tetapkan. Sangat mudahkan?

Jadi, apa lagi cepat ambil telefon anda, muat turun applikasi kami dan juga boleh buka website kami di https://thelorry.com/my untuk cuba perkhidmatan ini. Belum cuba, belum tahu, sekali cuba teringat lagi. Yang penting, jangan lupa bagi review kepada perkhidmatan kami ya!

Sharing is caring