Tips Pindah Rumah

Tips Mencari dan Menempah Lori Sewa Untuk Pindah Rumah

By 22/10/2021Mac 13th, 2023No Comments

Pindah rumah adalah satu proses yang memenatkan. Pemilihan lori sewa dan perkhidmatan pindah rumah memainkan peranan yang penting. Jika tersilap pilih, anda akan mendapat perkhidmatan yang tidak setimpal dengan harga yang perlu dibayar. Oleh itu, adalah penting untuk menilai dan mengambil kira beberapa faktor sebelum memilih lori sewa atau perkhidmatan pindah rumah bagi melancarkan proses pemindahan.

1. Dapatkan Sebut Harga di Aplikasi TheLorry

TheLorry adalah sebuah platform diatas talian untuk membuat tempahan lori sewa 1 tan, 5 tan, van dan juga 4X4 dengan mudah, cepat dan telus.

2. Pilih Saiz Lori Yang Sesuai

Untuk yang tidak pasti dengan pemilihan saiz lori yang sesuai bagi pindah rumah, anda boleh dapatkan panduan mengenai saiz serta anggaran muatan lori di laman web TheLorry.

3. Dapatkan Servis Tambahan

Servis tambahan adalah bagi membantu melancarkan proses pindah rumah anda. Dapatkan khidmat buka pasang dan pembungkusan perabot bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau calar pada permukaan perabot ketika proses pindah rumah.

Antara servis tambahan yang boleh dipilih :-

  • Tenaga kerja (Manpower)
  • Bubble and shrink wrapping
  • Buka pasang perabot
  • Insurans
  • Kotak

a) Tenaga Kerja (Manpower)

Jika anda menggunakan perkhidmatan pindah rumah TheLorry, anda boleh memilih sehingga 3 orang manpower yang diperlukan bagi membantu mengangkat semua perabot ke rumah baharu. Lagi ramai manpower bantu, lagi cepat dan mudah proses pindah rumah.

b) Bubble Wrapping & Shrink Wrapping 

Pembalut seperti bubble wrapping dan shrink wrapping sangat membantu bagi mengelakkan barang daripada pecah atau calar ketika dalam perjalanan ke rumah baharu nanti.  

Lapik dan balut barangan mudah pecah seperti pinggan dan cermin dengan kemas sebelum dibawa naik ke lori sewa. Faktor jalan raya yang tidak rata akan meningkatkan risiko mudah pecah.

 c) Buka Pasang Perabot

Buka pasang perabot kebiasaannya diperlukan bagi perabot besar seperti almari dan katil. Ini bagi memudahkan perabot besar dibawa keluar dan muat untuk dimasukkan ke lori sewa. Manpower TheLorry akan membantu memasang semula perabot di rumah baharu.

d) Insurans

TheLorry menyediakan pakej insurans mengikut nilai perlindungan. Insurans yang diambil akan melindungi perabot berharga anda sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan ketika proses pindah rumah.

e) Kotak

Mana nak cari kotak untuk pindah rumah? Jika anda tinggal berdekatan dengan pasaraya, mungkin anda boleh cuba nasib dengan mencari kotak-kotak terpakai di bahagian tempat pemunggahan (loading bay). Atau cara yang lebih mudah, anda boleh guna perkhidmatan pindah rumah TheLorry dan kami akan hantar kotak terus ke pintu rumah.

4. Dapatkan Butiran Pemandu

 Apabila membuat tempahan di TheLorry, anda akan menerima emel pengesahan dan panggilan telefon dari bahagian khidmat pelanggan untuk pengesahan butiran. Anda juga akan menerima maklumat rakan pemandu yang akan membantu proses pindah rumah anda.

 5. Beritahu Barang Mana Yang Perlu Diangkat

Apabila movers tiba di rumah, anda perlu beritahu barang mana yang perlu atau tidak perlu diangkat oleh movers bagi mengelakkan kekeliruan ketika proses pindah rumah dan anda hanya perlu pantau sahaja kerja yang dilakukan oleh movers.

 5. Pembayaran

Di platformโ€ฏTheLorry, kami menerima pembayaran secara tunai ataupun online

Sekiranya online, anda boleh membuat pembayaran melalui kad kredit, bank, atau platform e-wallet seperti Touch ‘n Go dan Boost. Kaedah pembayaran online ini lebih mudah dan tidak memerlukan penyimpanan tunai dalam tangan yang banyak.

Pelbagai diskaun menarik juga ditawarkan apabila anda membayar dengan menggunakan e-wallet atau dapatkan kod promo di media sosial kami.

Dengan pembayaran secara tunai, anda sebaiknya menyediakan wang yang mencukupi pada hari pindah rumah anda.

Setelah tugasan pindah rumah yang dijalankan selesai, status akan bertukar kepada Complete dan anda akan menerima emel Thank You serta invois akan dihantar untuk rujukan pelanggan.

7. Beri rating

Maklum balas dan rating adalah penting dalam memperbaiki dan menambah baik perkhidmatan kami. Berikan komen dan rating yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pasukan pindah rumah TheLorry. Pihak kami sangat menghargai setiap komen daripada pelanggan – baik dan buruk.

 

Sharing is caring