Info

Ketahui Sejarah Penubuhan Hari Malaysia 1963

By 14/09/2023No Comments

Peristiwa Penting dalam Sejarah Negara Malaysia

Hari Malaysia adalah hari perayaan penting di Malaysia yang disambut setiap tahun pada 16 September. Ia adalah hari yang bersejarah kerana pada tarikh ini, Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Pembentukan Malaysia bukan sahaja mencipta sebuah negara baharu, tetapi juga merupakan satu langkah penting dalam sejarah Malaysia yang membawa bersama negeri-negeri Malaya, Sarawak, Sabah, dan Singapura (walaupun Singapura kemudiannya keluar dari persekutuan pada tahun 1965).

Sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia bermula dengan tekad Tunku Abdul Rahman untuk

  1. Menyelamatkan Sabah, Sarawak, dan Singapura daripada pengaruh komunis.
  2. Menggabungkan Tanah Melayu dengan ketiga wilayah tersebut untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat.

Oleh kerana dorongan inilah, semangat Tunku Abdul Rahman untuk mewujudkan idea penubuhan Malaysia semakin kukuh, dan idea ini akhirnya diwujudkan pada tarikh yang ditetapkan.

Mari kita lihat lebih dekat sejarah penubuhan Hari Malaysia pada tahun 1963.

16sept meeting

Latar Belakang Sebelum Penubuhan Malaysia

Sebelum tahun 1963, Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia) telah mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British pada tahun 1957. Walau bagaimanapun, proses menuju kemerdekaan sepenuhnya masih berlanjutan. Beberapa wilayah, seperti Sarawak, Sabah, dan Singapura, masih di bawah pemerintahan British. Pada masa yang sama, idea untuk membentuk Malaysia yang merangkumi semua wilayah ini mula dipertimbangkan.

Perjanjian dan Penubuhan Malaysia

Tempoh antara tahun 1957 hingga 1963 adalah masa yang kritikal dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu menuju kepada pembentukan Malaysia.

Berbagai usaha, pertemuan, dan perundingan dijalankan untuk mencapai penciptaan sebuah negara baru yang dikenali sebagai Malaysia, yang merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak.

Setelah Tunku Abdul Rahman mengambil alih kepimpinan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dia menyedari bahawa peluang terbuka untuk memulakan proses pembentukan Malaysia dengan menggabungkan wilayah-wilayah berdekatan seperti Sabah, Sarawak, dan Singapura di bawah satu negara yang berkongsi aspirasi ekonomi dan sosial yang serupa.

perbincangan dengan tunku abdul rahman

Gagasan dan keinginan untuk membentuk Malaysia yang diusulkan oleh Tunku Abdul Rahman telah disuarakan pada 27 Mei 1961 di Hotel Adelphi, Singapura.

Pada tahun 1961, perjanjian awal untuk pembentukan Malaysia telah ditandatangani antara kerajaan Malaya, Sarawak, dan Sabah di dalam Dewan Rakyat sebagai mengiktiraf pengisytiharan persekutuan malaysia selepas Sabah dan Sarawak menyertainya.

Reaksi Sabah Sarawak Dalam Pembentukan Malaysia

Keinginannya itu diterima dengan baik oleh Perdana Menteri Singapura dan pihak British, namun mendapat tentangan dari Sabah dan Sarawak.

Pada 23 Julai 1961, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia yang diketuai oleh Donald Stephen mengadakan pertemuan untuk menyokong penubuhan Malaysia.

Proses pembentukan Malaysia ini berlangsung secara dramatik dengan campur tangan dan perdebatan yang melibatkan pihak awam. Berbagai isu, terutamanya isu politik, timbul sepanjang tempoh ini.

Suruhanjaya Cobold Dibentuk Pada 17 Januari 1962

Seterusnya, Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk pada 17 Januari 1962,. Tujuan utama Suruhanjaya ini adalah untuk menggabungkan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

ahli suruhanjaya cobbold

Sepanjang Suruhanjaya ini beroperasi, tekanan dari pihak British terhadap penduduk tempatan untuk menentang penyertaan mereka dalam Malaysia semakin meningkat.

Pada bulan Julai 1962, akhirnya satu persetujuan dicapai setelah Perdana Menteri Tanah Melayu dan Perdana Menteri Singapura mengakui kepentingan pembentukan Malaysia melalui satu perbincangan damai yang lebih luas.

Hasil kata sepakat itu membawa kepada termeterainya satu perjanjian iaitu Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura di London bagi membentuk satu gagasan pembentukan malaysia.

tandatangan kerjasama malaysia

Penubuhan Malaysia akhirnya berlaku pada 16 September 1963. Inilah saat bersejarah di mana Malaysia secara rasmi diisytiharkan sebagai sebuah negara yang terdiri daripada negeri-negeri Malaya, Sarawak, dan Sabah. Pembentukan Malaysia tidak hanya melibatkan aspek politik, tetapi juga aspek sosial dan ekonomi. Namun, keanggotaan Singapura tidak kekal lama. Singapura mula bertindak untuk berpisah daripada menyertai Malaysia pada tahun 1965.

Faktor Singapura Keluar Dari Malaysia

Cukai

Salah satu faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia melibatkan isu-isu ekonomi, politik, perkauman, dan konsep “Malaysia Malaysia”.

Masalah ekonomi muncul ketika berlaku perselisihan mengenai pemungutan cukai. Menurut perjanjian yang disepakati antara Persekutuan dan Singapura, hasil cukai akan dibahagikan dengan kadar 60 peratus diberikan kepada Singapura dan 40 peratus kepada kerajaan persekutuan.

Namun, isu cukai ini menjadi lebih rumit ketika konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia berlaku. Kerajaan persekutuan kemudian memutuskan untuk mengkaji semula perjanjian cukai dengan menetapkan bahawa Singapura perlu menyerahkan 60 peratus hasil cukai kepada kerajaan persekutuan. Ini adalah salah satu faktor utama yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia.

Ketegangan yang timbul akibat isu ini menimbulkan kemarahan pemimpin Singapura dan merosakkan hubungan antara Kuala Lumpur dan Singapura. Hal ini juga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman. Perkara ini berterusan sehingga mengakibatkan Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai pemisahan Singapura daripada Malaysia, seperti yang tersurat dalam laporan akhbar yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

singaporeout

Politik

Selain itu, perpisahan Singapura daripada Malaysia juga disebabkan oleh isu politik yang memainkan peranan penting.

Isu ini bermula apabila Parti Aksi Rakyat (People Action Party (PAP)) berjanji untuk hanya beroperasi di Singapura dan tidak berhasrat untuk terlibat dalam pilihan raya di Semenanjung Malaysia dalam tempoh lima tahun selepas penubuhannya.

Namun, janji ini tidak ditepati, dan PAP kemudian menyertai Pilihan Raya 1964 di Semenanjung Malaysia.

Ketika pilihan raya tersebut, PAP berusaha menentang Parti Perikatan serta bercita-cita untuk mewakili komuniti Cina dalam kerajaan, menggantikan MCA.

Kemelut politik ini menjadi pemicu bagi meningkatnya isu-isu perkauman.

Tunku Abdul Rahman dengan tegas menyatakan bahawa PAP tidak lagi diperlukan di Semenanjung Malaysia kerana penglibatannya yang tidak memberikan kesan positif kepada kerajaan, khususnya kerana parti ini masih baru.

Menurut Tunku, penglibatan PAP boleh merencatkan perpaduan antara pelbagai kaum di Semenanjung Malaysia dan juga mengancam hubungan antara UMNO dan MCA.

Disebabkan ketegangan ini, hubungan antara PAP dan UMNO menjadi semakin renggang.

Isu ini semakin meruncing apabila masyarakat Melayu di Singapura mulai merasa bahawa hak-hak mereka dilupakan dan Singapura tidak mengambil berat tentang kesejahteraan orang Melayu, yang kemudian menyebabkan ketidakpuasan di kalangan komuniti ini.

Oleh itu, Tunku Abdul Rahman berjumpa dengan beberapa pertubuhan yang mewakili orang Melayu di Singapura untuk membicarakan isu ini. Keadaan ini akhirnya memuncak dengan berlakunya rusuhan kaum di Singapura yang mengancam keselamatan negara.

Konsep Malaysia Malaysia

Gagasan “Malaysia Malaysia” yang diperjuangkan oleh pemimpin Singapura tidak diterima dengan baik oleh pemimpin UMNO.

Gagasan ini mencabar institusi Kesultanan Melayu dan mengancam hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Tindakan ini memuncak dengan Tunku Abdul Rahman menganggap tindakan Singapura sebagai sesuatu yang ekstrem jika dibiarkan berterusan.

Akhirnya, pada 9 Ogos 1965, Singapura mengumumkan pemisahannya dari Malaysia melalui satu pengisytiharan rasmi yang menyatakan bahawa Singapura tidak lagi menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Kesan pemisahan Singapura daripada Malaysia boleh dinilai dengan melihat perkembangan negara mereka dalam aspek politik, sosial, dan ekonomi Singapura secara keseluruhannya.

Makna Hari Malaysia

Hari Malaysia adalah hari yang penting dalam sejarah Malaysia kerana ia melambangkan persatuan dan perpaduan negara ini. Ia juga merupakan masa untuk meraikan kepelbagaian budaya, etnik, dan agama di Malaysia. Sambutan Hari Malaysia biasanya disertai dengan perarakan, pertunjukan seni budaya, dan pelbagai acara kebangsaan lain.

Penubuhan Hari Malaysia pada tahun 1963 adalah peristiwa bersejarah yang penting dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah negara merdeka. Ia melibatkan kerjasama di antara pelbagai entiti politik dan etnik, mencipta sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kekayaan alam. Sambutan Hari Malaysia setiap tahun mengingatkan rakyat Malaysia tentang pentingnya persatuan dan perpaduan dalam mencapai kemajuan dan kekayaan bersama.

Yang menariknya sekarang ini kerajaaan malaysia telah mengumumkan tarikh 16 September adalah cuti umum (public holiday) di Malaysia. Sejarah pembentukan Malaysia bermula dengan hasrat Tunku Abdul Rahman Sejarah hari cuti malaysia pada 16 September diumumkan sebagai public holiday oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pada Oktober tahun 2009.

Dengan perayaan yang diadakan setiap tahun pada 16 September, Hari Malaysia terus mengingatkan kita tentang perjuangan dan pencapaian masa lalu, serta memberi inspirasi untuk masa depan yang lebih cerah dan bersatu.

Tonton video tentang pembentukan Hari Malaysia. Kredit : YouTube MyParlimen

Sumber : Penubuhan Persekutuan Malaysia Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima, Prof. Madya Dr. Joseph M. Fernando, Universiti Malaya

Sharing is caring