Posted Date: 10, Apr 18

5 Kesalahan Yang Perlu Dielak Semasa Mencari Lori Sewa

65125308_m

Kepada yang sudah berjaya memiliki rumah baru, biar pun rumah sewa, Tahniah! Semakin hari semakin susah untuk kita memiliki rumah sendiri, jadi untuk anda berjaya mempunyai kediaman adalah sebuah kejayaan besar.

Tetapi anda akan berdepan dengan suatu lagi masalah selepas memiliki rumah sendiri, iaitu berpindah masuk.

Kebanyakkan orang akan pilih untuk menempah lori sewa untuk membantu dengan urusan berpindah rumah, tetapi ramai yang melakukan kesalahan semasa ingin mencari perkhidmatan ini.

Dan kesalahan boleh membawa kepada kerugian, sama ada dari segi masa, tenaga, atau wang.

Inilah antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan semasa mencari lori sewa untuk pindah rumah.

1. Cari nombor di bus stop

47325485_m

Nombor lori sewa di perhentian bas, tiang elektrik, dan pokok bukanlah sesuatu yang buruk. Ini adalah sebuah strategi pemasaran yang telah dilakukan oleh para pemandu lori dari dulu lagi.

Tetapi pada zaman sekarang, telah menjadi semakin susah untuk kita mempercayai 100% kepada pengusaha lori yang tinggalkan nombor mereka di tempat-tempat seperti ini.

Pengusaha lori kini sudah mahir mempromosikan perkhidmatan mereka menggunakan medium seperti laman sosial dan laman web sendiri.

Telah ramai yang kami dengar akan kisah mereka di mana mereka telah ditipu oleh pengusaha lori yang mereka dapatkan dari perhentian bas dan tepi jalan.

Cara yang betul

Daripada mencari nombor-nombor di tepi jalan, tanya rakan-rakan atau ahli keluarga jika mereka ada kenalan yang menyediakan perkhidmatan lori sewa. Kenalan keluarga atau rakan selalunya boleh lebih dipercayai.

ATAU, anda sekarang boleh mencari dan mendapatkan lori sewa di laman web seperti perkhidmatan tempah lori online TheLorry!

2. Pilih satu, tempah satu

Kisah terjadi kepada seseorang yang malas untuk mencari lori sewa, dan pilih untuk menempah dari nombor yang didapati di papan notis rumah apartment nya.

Beliau dikenakan caj sebanyak RM400 untuk memindahkan barangannya dari Subang Jaya ke Bandar Sunway menggunakan lori 1 tan. Beliau berasa bahawa caj itu agak mahal, tetapi anggap ia adalah standard tahun 2018.

Menyesal tidak sudah apabila beliau dapati bahawa beliau sebenarnya boleh mendapatkan harga yang lebih murah dengan pengusaha lori lain, memandangkan jarak dan jenis lori yang telah dipilih.

Cara yang betul

Dapatkan beberapa nombor dan laman web perkhidmatan lori sewa untuk bandingkan sebut harga mereka. Ini dinamakan kaji seldik atau survey.

Ada antara pemandu lori yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pelanggan mereka. Jadi anda perlu berhati-hati.

3. Tidak dibawa bincang

36374205_m

Ini adalah salah satu kesalahan yang sangat biasa berlaku, semasa kita ingin menempah apa-apa perkhidmatan pun.

Kebanyakkan pengusaha lori yang menyediakan perkhidmatan pindah rumah sering berurusan terus dengan pelanggan mereka, dan selalunya ia adalah perniagaan sendiri.

Tidak kesemua pengusaha lori adalah sebegini, tetapi anda mungkin akan mengenali seorang yang menetapkan harga sedikit tinggi dari yang standard (sedikit kaji selidik membolehkan anda tahu harga standard).

Jadi jika anda tidak membincangkan harga dengan betul, anda mungkin akan dikenakan caj yang lebih tinggi dari biasa.

Cara yang betul

Bincang dengan teliti harga yang mereka tawarkan, dan cuba padankan harga itu dengan tahap perkhidmatan yang disediakan.

Jika anda rasa berbaloi, baru teruskan.

4. Terlalu memilih

Ada juga kes orang yang ingin pindah rumah ini yang terlalu memilih akan perkhidmatan yang ingin ditempah.

Apabila anda tidak berpuas hati akan harga yang disebut oleh lebih dari 5 orang pengusaha lori, ada kemungkinan tahap penerimaan harga anda yang terlalu tinggi.

Ini akan menyebabkan proses berpindah rumah anda bertambah stress. Percayalah, anda tidak mungkin ingin menambahkan stress semasa proses berpindah rumah.

Cara yang betul

Seperti yang telah dinyatakan, ia adalah langkah yang baik untuk anda keji selidik apakah harga penanda aras bagi perkhidmatan lori sewa yang terkini.

Terdapat prkhidmatan lori pindah rumah yang hanya mengenakan caj ke atas jenis lorinya dan jarak dari lokasi pengambilan dan penghantaran.

Ada pula yang mengambil kira jumlah dan berat barangan yang akan diangkut.

Dan ada juga yang mengambil kira jumlah pekerja (atau tenaga kerja) yang akan membantu mengangkat barangan anda semasa berpindah.

Jadi, tanya kepada pengusaha lori anda sama ada harga yang ditawarkan termasuk perkhidmatan apa, dan cuba dapatkan harga yang paling berbaloi.

5. Hubungi di saat-saat akhir

29083219_m

Kita sebagai manusia ada sebuah penyakit, dan penyakit itu adalah lupa. Kadang-kala kita boleh terlupa perkara yang sangat penting, seperti mencari lori sewa untuk pindah rumah.

Dan apabila kita lupa, mulalah kita panik dan bertindak tergesa-gesa. Ini boleh menyebabkan kita untuk menempah perkhidmatan lori sewa yang kurang ideal.

Cara yang betul

Tugasan mencari perkhidmatan lori sewa untuk pindah rumah sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum hari perpindahan. Tetapi yang paling baik, 3 minggu sebelum.

Ini menawaarkan masa yang mencukupi untuk anda cari pengusaha lori ideal anda, dan juga untuk mereka mengesahkan tempahan anda mengikut tarkh yang anda inginkan.

About TheLorry
TheLorry is an on-demand logistics platform for 4x4 trucks, vans and lorries. We serve private and commercial clients across Malaysia and Singapore.
image
moving home/office?
Get a quote under 30s and move now from RM35
Learn More
image