Info

Antara Faktor dan Sebab Rakyat Malaysia Memilih Kerja di Singapura

By 29/03/2024April 1st, 2024No Comments

Tekanan kos sara hidup yang semakin berat di negara ini mendorong rakyat Malaysia untuk memilih untuk mencari rezeki di Singapura. Di tambah dengan kekuatan mata wang yang kukuh dan kestabilan politik juga menjadi faktor utama yang mendorong banyak golongan muda untuk berhijrah ke negara jiran tersebut.

SERVIS PINDAH RUMAH CROSS BORDER SINGAPURA

Ramai pekerja di negara ini terpaksa bekerja lebih daripada satu pekerjaan, manakala ramai isteri pula turut membantu mencari nafkah untuk keluarga dengan matlamat memperoleh pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan.

Kredit gambar : Utusan.com.my

Dalam laporan Channel News Asia, lebih separuh pekerja Malaysia berkhidmat dalam bidang profesional dan 80 peratus yang lain bekerja dalam sektor perkhidmatan.

Oleh itu, tidak harianlah negara Singapura ini menjadi pilihan utama bagi warga Malaysia yang mencari pekerjaan, terutamanya di Johor, disebabkan oleh tawaran gaji yang lumayan, kira-kira lima kali ganda lebih tinggi, serta lokasinya yang berhampiran.

Berikut adalah 5 sebab kenapa bekerja di Singapura antara menjadi pilihan rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan graduan IPT yang baru tamat pengajian.

5 Sebab Rakyat Malaysia Memilih Kerja di Singapura

Pendapatan di Singapura, 3 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Kerja di Malaysia

Tidak dapat dinafikan, pertukaran mata wang antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura merupakan satu kelebihan bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Bekerja di Singapura sambil menetap dan berbelanja di Malaysia – mempunyai banyak kelebihan. Kadar gaji yang munasabah dan nilai yang ditawarkan di negara jiran tersebut lebih berbaloi. Kalau lah Malaysia menawarkan gaji, insentif, dan upah yang sama menarik seperti yang diberikan oleh majikan di sana, mesti rakyat akan memilih untuk bekerja di negara ini.

Pendapatan Meningkat Seiring dengan Peningkatan Nilai Mata Wang

Singapura merupakan negara maju dengan ekonomi yang stabil dan sentiasa berkembang. Dua tahun yang lalu, jika gaji anda sebanyak SGD 1,000 sebulan, pendapatan anda dalam Ringgit Malaysia adalah RM2,600. Namun, kini, jika gaji anda masih sama SGD 1,000, pendapatan anda dalam Ringgit Malaysia akan menjadi RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji daripada majikan, pendapatan anda telah meningkat!

Pendapatan Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda mungkin pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang dahulu hangat diperkatakan… gaji yang ditawarkan amat lumayan, katakanlah RM15,000 sebulan. Tetapi, untuk bekerja di Australia, anda perlu tinggal di sana juga. Ini akan meningkatkan kos sara hidup anda. Berbanding dengan bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun bekerja di negara maju seperti Singapura. Kos sara hidup rendah, namun gaji tinggi!

Mudah Pulang Ke Tanah Air!

Kembali kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, setelah dikaji, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan ditipu oleh agen anda dan terdapat majikan yang tidak membayar gaji sebagaimana yang dijanjikan! Apabila semua ini berlaku, untuk pulang ke Malaysia menjadi rumit dan sukar. Kos penerbangan pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu Ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika berlaku apa-apa, anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. 🙂

SERVIS PINDAH RUMAH CROSS BORDER SINGAPURA

Pekerjaan Sah dan Kurang Berisiko!

Apabila bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan permit kerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Kerja (Singapura). Anda kenal pasti majikan anda dan mempunyai dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu pembayaran gaji yang tidak ditunaikan seperti di negara-negara lain di mana anda bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu anda tidak akan mampu mengambil tindakan undang-undang kerana tiada permit kerja. Walaupun anda membuat laporan polis, mereka tidak akan mengambil tindakan kerana dari segi undang-undang, anda tiada permit kerja dan anda tidak sah bekerja.


Adakah anda sedang mencari peluang untuk bekerja dan berpindah ke Singapura?

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan kami untuk servis pindah rumah ke negara Singapura. Segala dokumen kami uruskan dan dapatkan promosi servis cross-border sekarang! Klik dibawah untuk info lanjut.

driver-carry-box

Sumber :

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/02/1214254/rakyat-malaysia-dapat-gaji-lumayan-di-singapura-brunei

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/08/988530/warga-malaysia-cenderung-kerja-di-singapura

https://www.ikerjayagraduan.com/2023/09/5-sebab-memilih-singapura-untuk-bekerja.html

Sharing is caring