Nak Sewa Lori 1 Tan?
Ramai yang masih keliru lori yang patut anda pilih untuk sewa sebelum pindah rumah. Sebenarnya ada banyak jenis lori yang anda boleh pilih, kadang, bila anda tanya pada pemandu lori sewa pun mereka akan bertanya balik :-
- Apa barang nak pindah?
- Berapa barang?
- Nak lori 1 tan, 3 tan atau 5 tan?
- Nak lori jenis kanvas, lori kotak (bonded) atau tailgate?
Baca Lagi : Tips Memilih Saiz Lori Untuk Disewa
Disini penulis ingin kongsikan apakah itu lori 1 tan?
Apakah Itu Lori 1 Tan?
Lori 1 tan bersamaan juga dengan lori 1000 kg. Saiz standard sebuah lori 1 tan adalah 10 x 5 x 5 kaki sahaja. Perabot besar yang boleh dimuatkan ke dalam lori 1 tan kebiasaannya barang-barang adalah :-
- Meja
- Laci-laci kecil
- Mesin basuh
- Peti sejuk (saiz sederhana)
- Katil queen
- Almari saiz sederhana.
- Bawah 10 kotak-kotak atau barangan loose
Boleh rujuk gambar visual dibawah tentang saiz dan kebesaran lori 1 tan dengan menggunakan kiraan kaki.
Jenis Rumah Yang Sesuai Untuk Lori 1 Tan
Jenis rumah yang sesuai untuk anda pindah barang menggunakan lori 1 tan adalah rumah apartment, atau bilik dengan jumlah barang yang tidak melebihi saiz 10 x 5 x 5 kaki. Dengan ketinggian 5 kaki, sekiranya ada barang melebihi 5 kaki, barang tersebut perlu dibaringkan dengan cermat agar barang tidak rosak.
Rumah Apartment
Rumah jenis apartment adalah rumah yang sesuai untuk anda lori sewa 1 tan kerana dengan saiz apartment yang kecil (Studio room), servis apartment atau saiz 450 – 900 kaki persegi adalah mencukupi untuk meletakkan barang-barang untuk pindah rumah menggunakan lori 1 tan.
Luas Bilik
Kepada yang nak pindah barang yang hanya bersaiz bilik sahaja juga sesuai menyewa lori 1 tan untuk pindah. Ini kerana barang-barang yang selalu ada dalam bilik adalah :-
- Katil
- Almari
- Lampu
- Kipas
- Meja
- Kerusi
Baca Lagi : 5 Tips Untuk Pilih Lori Sewa Dengan Betul
Barang Yang Muat Untuk Diisi dalam lori 1 tan?
Berikut cadangan barang-barang yang boleh dimuatkan ke dalam lori 1 tan, iaitu:-
- Katil dan tilam jenis Single dan Queen
- Almari 1 atau 2 pintu
- Meja belajar
- Kerusi pejabat
- Peti Ais 1 pintu
- Mesin basuh
- Sofa 1 atau 2 tempat duduk
- Meja komputer
- Meja makan
- Piano (Digalakkan guna lori jenis tailgate)
- Motorsikal (Digalakkan guna lori jenis tailgate)
Sekiranya memindahkan barang-barang kecil dan tak banyak, disarankan untuk sewa van atau 4×4 sahaja.
Barang Yang Tak Muat Untuk Isi 1 Tan Lori
Dengan saiz sebesar 10 kaki x 5 kaki x 5 kaki, ada juga beberapa barang yang tidak boleh dimasukkan ke dalam lori 1 tan untuk pidah rumah. Berikut cadangan barang-barang yang tidak muat dimasukkan :-
- Barang yang saiz tinggi melebihi 5 kaki dan panjang melebihi 10 kaki (Sekiranya lebih perlu di “adjust”, disarankan untuk menyewa lori bersaiz 14 kaki (3 tan) atau lori bersaiz 17 kaki (5 tan))
- Katil saiz king (Melainkan dibuka katilnya) (Sekiranya lori kanvas muat untuk lori 1 tan)
- Tilam saiz king
- Set Sofa 3+2+1
anda boleh pilih sewa jenis lori 3 tan atau 5 tan untuk memindahkan barang-barang tersebut.
Baca Lagi : 5 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Semasa Mencari Lori Sewa
Anda sedang mencari lori sewa 1 tan untuk pindah rumah? Kami juga menyediakan perkhidmatan lori sewa 1 tan dengan pantas dan mudah hanya klik melalui website kami sahaja. Booking di www.thelorry.com/my