Moving Tips

Tips Memilih Saiz Lori Untuk Disewa

By 10/02/2017June 12th, 2023No Comments

“Encik nak buat tempahan untuk sewa lori 1 tan atau 3 tan?”

“Ha? Mana saya tahu.”

Ini perkara yang biasa yang kita, sebagai khidmat pelanggan di TheLorry dengar apabila pelanggan hendak membuat tempahan lori untuk disewa.

Sekiranya kita pernah pindah rumah, kita boleh lah bajet sedikit tentang saiz lori yang sesuai untuk pindah barang-barang rumah kita.

Tapi sekiranya tiada pengalaman, jangan risau, kami akan bantu. Kalau ada mencari lori sewa di sekitar KL, boleh baca artikel kami tips mencari lori sewa di KL.

Berikut merupakan tips yang boleh kami kongsikan untuk memilih lori yang betul untuk disewa.

1. King size bed & tilam tidak akan muat lori 1 tan

Tuan/puan ada king size bed untuk dipindah? Ha. Silalah membuat tempahan untuk lori 3 tan (sekurang-kurangnya 14 kaki).

Ini kerana king size bed selalunya berukuran 6 kaki x 6 kaki.

Dan ukuran lebar serta tinggi lori 1 tan hanya 5 kaki x 5 kaki.

Confirm tidak akan muat!

2. Sofa 3 + 2 + 1 seater sudah mengambil separuh ruang 1 tan

Secara am, sekiranya tuan/puan ada sofa set (3 seater + 2 seater + 1 seater), lebih kurang separuh ruang dalam lori 1 tan sudah penuh diisi.

Baki separuh lagi boleh diisi dengan salah satu pilihan di bawah:

  1. 1x rak buku kecil + 1x meja makan 4 seater (sudah dibuka)
  2. 1x katil single (sudah dibuka) + 5-10x kotak-kotak
  3. 1x peti sejuk + 1x mesin basuh
  4. Dan barangan yang seumpama di atas

3. Ketinggian almari

Ketinggian dan juga kelebaran almari perlu diambil kira apabila mahu memindah rumah.

Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah kelebaran pintu-pintu serta laluan-laluan di rumah tuan/puan. Juga perlu dipertimbangkan sama ada almari tersebut muat untuk dipindahkan dengan selamat menggunakan tangga, sekiranya lif tidak muat.

Adakah almari itu muat untuk melalui pintu-pintu dan laluan-laluan tersebut, sama ada secara baring atau menegak?

Sekiranya tidak muat – kami cadangkan almari tersebut dibuka dan dipasangkan semula ke rumah baru.

4. Jadi apa yang muat dalam lori 1 tan?

Berikut merupakan senarai barangan yang akan memaksimakan lori 1 tan:

  • 1x Katil (Single atau Queen yang sudah dibuka)
  • 1x Almari 2 pintu (yang sudah dibuka)
  • 1x Meja study
  • 1x Side table
  • 1x Kerusi pejabat
  • 1x Peti sejuk (satu pintu)
  • 1x Mesin basuh
  • 1x Meja dressing
  • Bawah 10x kotak-kotak serta barangan loose

Sekiranya ada penambahan barangan daripada senarai di atas, maka tuan/puan perlu membuat tempahan untuk lori 3 tan.

5. Bagaimana dengan van pula?

Van sesuai untuk mengangkat barangan perabot yang ringan dan tidak berapa besar.

Saiz van (Toyota Hiace) adalah seperti berikut: 8’ (panjang) x 3’ (lebar) x 4’ (tinggi).

Disebabkan ketinggian yang terhad, berikut merupakan senarai barangan yang kami percaya muat dan boleh dihantar menggunakan van:

  • Kotak-kotak baju dan barangan loose
  • Meja study kecil
  • Dresser kecil
  • Katil single
  • Kerusi pejabat
  • Sofa “Klippan”
  • Barangan “flatpack” yang dibeli di IKEA
  • Mesin basuh

6. Bagaimana dengan 4×4 pula?

Trak 4×4, berukuran 4’ (panjang) x 3’ (lebar) x 2’ (tinggi) adalah jenis pengangkutan yang sesuai untuk menghantar 1 atau 2 barangan perabot dengan harga ekonomi.

Namun begitu, tuan/puan perlu peka bahawa sekiranya barangan tuan/puan melebihi had ketinggian 2 kaki, maka ada potensi barangan tersebut tidak akan dilindung oleh hujan sepenuhnya.

Kebiasaanya, pemandu 4×4 akan melindungi barangan tuan/puan dengan kanvas atau selimut.

Jenis barangan yang sesuai untuk diangkat menggunakan 4×4:

  • Kotak-kotak baju dan barangan loose
  • Meja study kecil
  • Dresser kecil
  • Kerusi pejabat
  • Barangan “flatpack” yang dibeli di IKEA
  • Mesin basuh

7. Jenis-jenis rumah dan lori yang dicadangkan

Sekiranya tuan/puan masih tidak pasti jenis lori dan bilangan pekerja yang diperlukan untuk memindahkan semua barangan dalam rumah, boleh rujuk carta di bawah:

Jenis rumahButiranCadangan jenis loriBilangan pekerja
FlatAda lif1 tan2 pekerja
FlatTiada lif1 tan3 pekerja ke atas
ApartmenAda lif3 tan (14 kaki)3 pekerja ke atas
ApartmenTiada lif3 tan (14 kaki)4 pekerja ke atas
KondominiumAda lif3 tan (14 kaki)3 pekerja ke atas
KondominiumTiada lif3 tan (14 kaki)4 pekerja ke atas
Rumah teres1 tingkat3 tan (14 kaki)3 pekerja ke atas
Rumah teres2 tingkat ke atas3 tan (14 kaki)3 pekerja ke atas
Rumah berkembar (semi detached)1 tingkat3 tan (17 kaki)3 pekerja ke atas
Rumah berkembar (semi detached)2 tingkat ke atas3 tan (17 kaki)3 pekerja ke atas
Townhouse2 tingkat ke atas3 tan (17 kaki)3 pekerja ke atas
Rumah banglo2 tingkat ke atas3 tan (17 kaki)3 pekerja ke atas

8. Isu ketinggian lori

Credits to www.barsec.com.au

Seperkara lagi yang tuan/puan perlu peka adalah ketinggian lori yang ditempah.

Ini kerana di sesetengah tempat, lori yang mempunyai ketinggian lebih 7 kaki tidak dapat masuk ke kawasan loading bay.

Apabila ini berlaku, kebiasaannya lori akan parking di bahagian luar dan pekerja akan menggunakan troli untuk menolak barangan ke dalam lori.

Kemungkinan juga akan berlaku kelewatan kerana proses menolak yang mungkin memakan masa.

Jika anda sudah pasti saiz lori yang anda perlukan, dapatkan sebut harga sekarang dan biar kami bantu anda pindah rumah!

Anda juga boleh dapatkan lagi info tentang tips memilih saiz lori sewa dengan betul.

Sharing is caring