Posted Date: 16, Apr 21

TheLorry bantu jayakan projek “Uncle Chin’s Humble Home”

TheLorry telah menjalin kerjasama bersama sekumpulan anak muda yang berniat murni untuk membantu sebuah keluarga yang menetap di Ampang pada Tahun Baru Cina yang lepas.

Selama beberapa tahun ini, Keluarga Chin tidur berbumbungkan atap yang bocor tatkala hujan, berdindingkan kayu bertemankan anai-anai. Bila-bila masa sahaja rumah ini boleh roboh rapat ke bumi.

Uncle Chin house

Melihatkan kepada keadaan keluarga yang susah meruntun jiwa kami. Mujurlah, pelbagai pihak menghulurkan tangan membantu dalam inisiatif membaiki rumah untuk keluarga Mr Chin. TheLorry tidak melepaskan peluang menghantar satu pasukan memberi khidmat kepada keluarga ini bersama-sama Scale Space Works.

Pasukan TheLorrry terdiri daripada movers yang berpengalaman dalam menyediakan lori sewa bagi membantu mereka untuk pindah rumah ke tempat sementara yang keluarga ini diami sehingga pembaikan rumah mereka selesai secara percuma.

Kami berasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek “Uncle Chin’s Humble Home”. Semoga kami diberikan kesempatan di masa hadapan untuk membantu lebih ramai keluarga dengan inisiatif seperti ini.

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada keluarga TheLorry, boleh daftar di https://thelorry.com/careers

1 2 3
About TheLorry
TheLorry is an on-demand logistics platform for 4x4 trucks, vans and lorries. We serve private and commercial clients across Malaysia, Singapore, Indonesia and Thailand
image
moving home/office?
Get a quote under 30s and move now from RM35
Learn More
image