Posted Date: 27, Apr 18

Bagaimana Undian Anda Dipindah Dari Lokasi Undi Ke Pusat Kiraan Undi

drive-01

Musim mengundi hampir sampai ke kemuncak, dan kami pasti ramai antara anda sudah membuat persiapan untuk balik mengundi.

Kami pasti juga anda telah mengambil initiatif untuk mengetahui penjalanan proses pengundian nanti, lebih-lebih lagi kepada yang pertama kali mengundi. (Jika anda belum berbuat demikian, dapatkan info di sini).

Dalam menunggu ketibaan PRU ke-14 ini, pernahkah kita terfikir bagaimana jutaan undian rakyat Malaysia bergerak, dari lokasi undian ke pusat kiraan undi masing-masing?

Jenis kenderaan apa yang digunakan rasanya ya? Adakah mereka menggunakan lori askar/polis? Atau van berperisai yang selalu digunakan untuk pemindahan wang tunai di ATM?

Kami menanyakan kepada seorang guru sekolah yang pernah mengendalikan PRU yang lepas, dan dapatkan kaedah sebenar bagaimana undian kita dipindahkan dari lokasi mengundi ke pusat kiraan undi masing-masing.

Kereta cikgu

Inilah yang kami dapat tahu dari bekas Ketua Tempat Mengundi (KTM) pilihan raya tersebut.

Semua keperluan telah disediakan di bangunan majlis perbandaran beberapa hari sebelum PRU dijalankan. Kami sebagai KTM akan mengambil kesemua barangan mengikut kawasan masing-masing, asingkan, dan simpan di mana-mana sudut selamat di bangunan tersebut.

Menjelang pagi sebelum PRU, dalam lingkungan 6 pagi, kami bergerak balik ke bangunan untuk mengambil barang keperluan dan membawanya ke sekolah.

Jadi, adakah mereka dibawa oleh lori askar atau polis? atau van berperisai?

Haha, tidaklah. Kami bawa kereta sendiri sahaja.

Oooohhh.

Tetapi yang seronoknya, kenderaan kami diiringi sekumpulan polis semasa di jalan raya. Terasa seperti orang kenamaan pula!

Hmmm betul juga. Perlulah ada jangka keselamatan walaupun bukan menggunakan kenderaan istimewa.

Eh! Tetapi, bagaimana pula keadaannya apabila undian telah dibuat, dan ingin dibawa pula ke pusat pengiraan undi? Mestilah jangka keselamatan perlu diketatkan lagi kerana mengandungi undian rakyat?

Tidak juga. Kami menggunakan kereta kami juga untuk membawa undian-undian tersebut. Tetapi pegawai dari SPR cekap mengawasi gerak-geri kami.

Oooohhh.

Dan kami mendapat pengiringan polis juga semasa membawanya ke pusat kiraan.

Begitu rupanya. Teruja kami memikirkan bagaimana caranya untuk undian semasa PRU dibawa dari satu tempat ke satu tempat. Ingatkan menggunakan kenderaan yang lebih hebat, rupanya naik kenderaan petugas sahaja.

Rasanya, kalau PRU kali ini menggunakan servis TheLorry untuk pemindahan undian, wajar atau tidak?

About TheLorry
TheLorry is an on-demand logistics platform for 4x4 trucks, vans and lorries. We serve private and commercial clients across Malaysia and Singapore.
image
moving home/office?
Get a quote under 30s and move now from RM35
Learn More
image