Posted Date: 10, Apr 21

8 Tips pindah rumah baharu bersama si comel

Pindah ke rumah baharu boleh memberikan tekanan dan memenatkan jika tidak kena dengan caranya. Buat yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah, apa pula kata “si comel” anda? Adakah mereka bersedia untuk pindah ke rumah baharu?

Pindah ke rumah baharu boleh menyebabkan perubahan tingkah laku dan “mood” kucing anda. Ini kerana, mereka sudah berasa selesa dan selamat di kediaman sekarang. Perubahan tempat memberikan kesan kepada mereka.

Dengan perancangan yang lebih awal mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kucing anda.

Disini kami kongsikan 8 tips berpindah ke rumah baharu bersama kucing kesayangan anda :-

  1. Letakkan kucing anda di tempat yang selamat

    Sediakan keperluan kucing anda di tempatnya dan pastikan kucing tidak keluar ketika mover mengangkat barang ke dalam lori.

  2. Pastikan pintu dan tingkap tertutup rapat

    Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pastikan anda menutup rapat pintu dan tingkap bilik anda. Ini bagi menjamin keselamatan kucing dan kucing tidak melompat keluar ketakutan.

  3. Pastikan kucing anda selesa sepanjang dalam perjalanan

    JLetakkan kucing anda dalam carrier yang sesuai dan letakkan di tempat duduk belakang. Jangan buka pintu carrier kucing ketika anda sedang memandu.

    Jika anda perlu memandu dalam jarak yang jauh, anda dinasihatkan supaya “puasakan” kucing anda beberapa jam sebelum memulakan perjalanan.

  4. Masukkan perabot ke bilik utama terlebih dahulu

    Apabila tiba sahaja lori di rumah baharu anda, pastikan mover membawa barang masuk ke bilik utama dahulu dan anda boleh letakkan kucing bersama barang keperluannya di bilik utama atau di mana-mana tempat yang selamat dalam rumah.

  5. “Tour” rumah baharu bersama kucing

    Persekitaran yang baru boleh membuatkan kucing anda takut. Jadi, apa kata anda cuba bawa kucing melihat persekitaran rumah untuk mewujudkan rasa selesa di rumah baharu.

  6. Kekalkan rutin bersama kucing anda

    Jangan tukar rutin harian anda bersama kucing dengan tergesa-gesa di tempat baharu. Bawa kucing berjalan di taman yang berdekatan atau biarkan mereka di dalam rumah sahaja.

  7. Pastikan tempat selamat dan “cat-friendly”

    Pastikan rumah baharu anda tiada benda atau haiwan yang berbahaya yang boleh mengancam keselamatan kucing anda seperti sarang lebah atau rumput racun. Periksa persekitaran rumah sebelum anda berpindah bersama kucing anda

  8. Berikan snek kegemaran kucing anda

    Setelah melalui satu hari yang memenatkan dan mood yang tidak menentu, berikan kucing anda snek kegemaran bagi membuatkan mereka gembira :)

    Untuk pengalaman pindah rumah yang terbaik buat anda dan juga si comel, gunakan perkhidmatan pindah rumah TheLorry :)

    Layari laman web kami untuk maklumat lanjut https://thelorry.com/my

About TheLorry
TheLorry is an on-demand logistics platform for 4x4 trucks, vans and lorries. We serve private and commercial clients across Malaysia, Singapore, Indonesia and Thailand
image
moving home/office?
Get a quote under 30s and move now from RM35
Learn More
image